Tanggal 31 Ogos, maka genaplah 53 tahun Kemerdekaan Malaysia. Walaupun Hari Kemerdekaan hanya disambut sederhana, namun ianya tetap meriah. Cuma, jika digiatkan lagi kempen kesedaran & ditanamkan lagi semangat patriotik ke dalam hati & jiwa warganya, rasanya pasti akan lebih meriah.
Tapi agak mengecewakan, kibaran jalur gemilang dirasakan masih kurang. Yang ada kebanyakannya di bangunan2 kerajaan berbanding bangunan2 syarikat swasta. Di jalan2 raya juga kurang kelihatan, begitu juga di kenderaan2, rumah2 dan sebagainya. Adakah rakyat Malaysia masih menantikan subsidi? Jika diberi bendera percuma, baru mahu dikibarkan. Jika ada kempen & peraduan, baru ingin sertai. Dimanakah semangat patriotisme kita sebagai rakyat Malaysia?
Mungkin disebabkan kebanyakan daripada kita adalah anak2 selepas Merdeka. Disebabkan itu mungkin menjadikan kita kurang menghayati erti kemerdekaan yang sebenarnya sepertimana yang dilalui datuk nenek kita.
Namun begitu, sempena Hari Kemerdekaan ke-53 ini. Marilah kita sama2 semarakkan semangat patriotisme kita & bangga menjadi anak Malaysia. Dengan slogan ’1Malaysia Menjana Transformasi’, marilah kita sahut seruan kerajaan Malaysia ini untuk ‘transform’ diri kita ke arah yang lebih baik.
Merdeka! Merdeka! Merdeka!











