Adegan Kanibal dalam Program TV

Adegan Cannibal dalam Proefkonijnen BNN
Salam hormat,
Sebuah rancangan televisyen di London dijangka mencetuskan kemarahan apabila ia memaparkan adegan kanibal (orang makan orang) yang menyaksikan dua penyampainya memakan daging manusia.
Yang peliknya mereka memakan daging mereka sesama sendiri. Hos terbabit, Dennis Storm memakan daging rakannya , Valerio Zeno, manakala Zeno pula memakan daging Storm. Malah si Storm dan Zeno dilihat duduk di meja yang disinari cahaya lilin untuk memakan daging terbabit.
Namun, persediaan untuk acara itu disiarkan dalam klip daripada program berkenaan yang dijadual disiarkan menerusi saluran televisyen Belanda, BNN.
Storm yang sebahagian pinggulnya dipotong untuk rancangan itu berkata:
“Agak pelik untuk melihat mata rakan kita apabila anda mengunyah daging perutnya.”
“Kami ke pemotong daging, ke pakar bedah dan ke studio, kemudian kami merenung satu sama lain dan makan.”
“Chef memasaknya dalam kuali dengan minyak matahari. Kami tidak mencampurkannya dengan garam atau lada hitam kerana ingin tahu rasanya.”
Menurut Storm, tujuan program itu yang berjudul Proefkonijnen dalam bahasa Belanda ialah untuk memberi jawapan secara terbuka terhadap persoalan ganjil.
Malah, beliau turut berkata
“Bahagian melucukan pertunjukan ini ialah untuk mendapatkan jawapan mudah kepada soalan bodoh seperti: ‘Bolehkah anda bercukur dengan sos tomato’ atau ‘Adakah orang buta boleh memandu.’
“Dan kami ingin tahu bagaimana rasa daging manusia. Ia hanya daging yang besar beberapa sentimeter dan kini saya ada cerita menarik mengenai parut pada tubuh saya.”
Entah apa yang bermain dalam fikiran penerbit rancangan ini. Rasanya ianya seumpama satu tindakan ‘desperate‘ untuk menaikkan rating tontonan rancangan TV mereka. Pelik dan menjijikkan.

Cannibal Holocaust - Manusia pemakan daging manusia
.
p/s – Semakin maju manusia, semakin mundur pula cara pemikiran mereka. Apa pendapat anda mengenai tindakan mereka itu?











pelik-pelik la orang putih nie…