Album Inggeris Pertama Siti Nurhaliza dilancarkan | All Your Love

all your love - siti nurhalizaSalam hormat,

Penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza, 32, merealisasikan impiannya merakamkan album Inggeris pertamanya berjudul All Your Love yang dilancarkan di Starhill, Bukit Bintang di sini semalam (26 September 2011).

Peluang merakamkan album Inggeris itu tercetus hasil daripada inisiatif anak tirinya, Adib Khalid, 21 menerusi syarikat rakamannya iaitu What’s Up Entertainment Sdn. Bhd. yang mana Adib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif di syarikat tersebut.

Selepas 16 tahun bergelar penyanyi dan merakamkan 13 buah album Melayu, pelancaran album inggeris ini juga mahu mencabar kemampuan Siti sebagai penyanyi selain akan membuktikan kemampuan Adib dalam syarikat yang baru diterajuinya itu.

Album All Your Love yang mula berada di pasaran pada 22 September 2011 lalu mengandungi 10 buah lagu Inggeris termasuklah sebuah lagu duet dengan penyanyi terkemuka dari Amerika Syarikat, Sean Kingston berjudul Remember You diedarkan oleh syarikat rakaman Warner Music Malaysia dan dijual dengan harga RM29.90.

Cetakan pertamanya sebanyak 3,000 unit dikhabarkan telah pun habis dijual. Sekarang ini sebanyak 3,000 unit akan dicetak di mana ia mendapat sambutan yang baik termasuklah para peminat Siti daripada kaum Cina dan India.

Beliau mengharapkan agar album ini dapat menembusi pasaran antarabangsa terutamanya di luar kawasan Asia Tenggara. Malah, Adib juga mempunyai perancangan untuk memasarkan album ini di Australia.

..

p/s – Tahniah Siti Nurhaliza atas pelancaran album Inggeris pertama beliau. Suka melihat semakin ramai ikon Malaysia di persada antarabangsa. ;-)

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , , ,

    Kongsikan pendapat anda..