Sejak kebelakangan nih makin galak pulak aku tengok orang buang anak. Tengok TV isu buang anak, tengok paper pun isu buang anak. Tu yang aku terpikir tuh..anak nih anugerah ker ‘sampah’?
Mungkin benar andaian orang ramai, bulan Ogos hingga December tetiap tahun pasti banyak kes buang anak. Bulan Ogos hingga September ni mungkin ‘produk’ hasil dari Perayaan Tahun Baru. Oktober hingga December plak, hasil ‘produk’ Hari Kekasih.
Jika andaian ini benar, kita boleh bayangkan betapa dahsyatnyer muda-mudi kita sekarang nih. Bagaimana perayaan2 sebegini dijadikan musim mengawan plak oleh pasangan2 walaupun belum berkahwin.
Cuba lihat disekeliling kita, pergaulan anak-anak muda kita, bagaikan dah tiada batas, lelaki perempuan bagaikan tiada beza. Walau pun zaman dah berubah, dunia dah maju, tak semestinya kita turut melupakan adab, kesopanan & kesusilaan terutamanya bagi yang beragama Islam.
Salah siapa sebenarnya semua ini berlaku? Salah didikan ke? salah ibu bapa ke yang manjakan anak? salah keadaan sekeliling ke? atau banyak lagi yang kita mahu salahkan. Tapi sebelum kita salahkan orang lain, kita muhasabah diri kita dulu, kenapa perlu menuding jari. Lebih baik kita salahkan diri kita sebagai empunya diri dulu. Kenapa? Sebab segalanya bermula atas kehendak kita sendiri. Kita dikurniakan akal untuk memilih mana yang baik & buruk. Mungkin kita sendiri yang tak dapat mengawal nafsu, mungkin juga diri kita sendiri yang tak membataskan pergaulan (takut digelar anti sosial), mungkin diri kita sendiri yang tak mengamalkan ajaran & didikan agama walaupun pernah belajar & diajar, mungkin kita sendiri yang tak menegur walaupun ianya berlaku disekeliling kita, & banyak kemungkinannya lagi.
Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak, jika hari ini kita tak perbetulkan apa yang tidak betul, kita pasti risau apa yang akan terjadi pada anak2 kita dikemudian hari nanti. Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai, ianya umpama kain putih, kita yang akan mencorakkan kehidupan mereka pabila besar kelak. Sayangilah anak-anak kita seadanya..
Saksikanlah kasih sayang & penyesalan yang ditunjukkan oleh binatang ini walaupun ianya tidak berakal sepertimana kita manusia. Sebagai manusia, gunakanlah akal kita sebaiknya agar kita tidak menjadi lebih teruk dari makhluk yang tidak berakal.
p/s* :- Setuju dengan cadangan memberi hukuman yang lebih berat kepada pesalah buang bayi ini seperti Seksyen 302 kerana ianya sememangnya kes pembunuhan (jika mati) atau cubaan membunuh (jika tak mati).
p/s** :- Pelik..teringat kawan2 yang telah lama berkahwin tetapi tidak dikurniakan anak tetapi yang belum berkahwin senang2 beranak malah dibuangnya pula..wallahualambissawab..















Karangan sangat baik, berita manfaat kepada sesiapa pun.