
Sengaja aku mulakan 1st entry blog aku nih dengan citer nih..bukan apa, sebagai pembuka semangat aku berkarya melalui Coretan Peribadi aku kat blog nih.
Ni lah anugerah pertamaku setelah aku mendirikan rumahtangga..iaitu anak sulungku; Muhammad Danish Fitri. Comel tak? Kenapa aku pilih nama tu? Orang kata..kalau nak bagi nama anak tuh, biar ada makna yang baik2..bukan setakat nak glamer jer..hehe..
Lama juga amik masa nak pilih nama anak sulung aku nih..yelah, anak sulung katakan..tak nak ler bagi nama sembarangan jer kan..Last2 aku ngan wife pilih nama nih..Danish! Nama Danish nih bukan sebab nak glamer jer ek..tapi sebab maknanya gak..maknanya ‘Yang Bijaksana’. Bukan apa, harapan seorang ayah..memanglah nak anak dia jadi seorang yang pandai & bijaksana. Jangan dah besar nanti, lupakan ayahnyer dahler..huhu..
Yang Fitri tu plak sebab masa dia lahir..memang masa bulan Raya pun..AidilFitri. Bila digabungkan menjadi Danish Fitri cam sedap plak disebut. So, terus jelah kitorang bagi nama tuh. Lagipun, Fitri tuh maknanyer ‘Yang Semulajadi’..so, Danish Fitri tuh maknanyer ‘Kebijaksanaan yang Semulajadi’ lah kan..
Diam tak diam sekarang umur dia dah pun 9 bulan..sampai tanggal 14 Oktober 2009 nih maka genaplah umur dia 1 tahun. Dah nak samabut Birthday pertama dia..hadiah apa lah yang Ayah ngan Mama nak bagi ni ek?








[...] perkahwinan, kehadiran anak-anak dianggap anugerah dan pengikat kasih sayang hidup berkeluarga. Tanpa anak-anak, hidup berkeluarga pasti bagaikan [...]
wah..comelnya danish fitri..semoga menjadi anak yang soleh..:D