Korang pernah dengar ke apa itu Grapevine? Kalau korang selalu periksa akaun ChurpChurp korang, mesti korang akan perasan kehadiran kempen baru yang dinamakan Grapevine ni. Ya, Grapevine adalah satu bentuk iklan terbaru daripada pihak ChurpChurp dan Nuffnang yang menawarkan ganjaran berganda.
Berganda? Ya, melalui kempen Grapevine, pembaca blog pun boleh mendapat ganjaran, pemilik blog pun boleh mendapat ganjaran. Berbanding dengan kempen sebelum ini dimana hanya pemilik blog saja yang mendapat ganjaran melalui iklan-iklan Nuffnang dan ChurpChurp yang dipaparkan di blog mereka. Ini juga secara tak langsung dapat meningkatkan minat pembaca blog untuk klik iklan-iklan yang akan dipaparkan nanti.
Bagaimana Grapevine berfungsi?
Cuba korang lihat gambar di bawah ni..
Faham? Pemilik blog memaparkan kempen Grapevine di blog. Anda dan pembaca blog berkongsikannya dengan rakan-rakan lain melalui laman sosial seperti Facebook dan Twitter dimana ianya juga akan di’klik’ oleh rakan-rakan anda yang melihatnya dan berminat dengan iklan yang dipaparkan. Pembaca blog akan mendapat ganjaran untuk setiap klik unik yang dijana daripada perkongsian iklan di laman sosial mereka. Begitu juga dengan pemilik blog, juga turut mendapat ganjaran untuk setiap klik unik yang dijanakan oleh pembaca blog. Menarik bukan?
Kaedah di atas adalah menurut apa yang aku faham berdasarkan laman web Grapevine tu. Apa pun, kita nantikan saja pengumuman rasmi daripada pihak ChurpChurp dan Nuffnang mengenai kempen terbaru mereka ini; Grapevine.
p/s – Terima kasih bro Faiz kerana berkongsikan info mengenai Grapevine ini.










salam,
cikgu ..dh join ni..hari pertama dpt 0.20..masuk hari kedua dh RM2..hari ke5..cikgu check ..dh cecah rm20..wah boleh wat duit ni.
@cikgu ki ..Whoa! best la cikgu..dh jd pendapatan sampingan dh tuh.. Good Job!
tima kaseh..
macam mana nak join grapevine nie.. akaun churpchurp dah ada dah.. tapi tak tau macam mana.. huhuhuuh
@Abu..actly cara dia kena cari kat blog2 yg ada iklan grapevine nih..tp ada jer cara len.. klik jer link nih http://churpchurp.com/grapevine/ ..then share kat twitter or FB ..pas tu masukkan email utk claim rewards grapevine nih..slmt mencuba!