Apa Motif Sebenar Demo Mahasiswa di UPSI?

Sambutan Tahun Baru 2012 di UPSI
Sambutan tahun baru 2012 disambut meriah dengan percikan bunga api, dengan azam baru dan semangat baru. Tapi lain pula ceritanya dengan gelagat Mahasiswa kita di UPSI. Mereka memilih untuk berdemonstrasi sehingga diakhiri dengan peristiwa berdarah. Apa motif sebenar demo itu untuk Mahasiswa?
Talkinkan AUKU sebelum kajian selesai?
Belum pun kajian berkenaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 selesai, wujud lagi kontroversi terbaru membabitkan perhimpunan menuntut kebebasan akademik di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Pemansuhan AUKU dituntut kononnya akta ini menyekat kebebasan akademik mahasiswa. Akta ini dirasakan mengongkong kebebasan bersuara mahasiswa dan menyekat penglibatan pelajar dengan parti politik dan kesatuan sekerja.
Pihak kerajaan pula kononnya telah menyediakan platform terus untuk maklum balas pindaan AUKU menerusi media sosial dan melalui pusat pengajian tinggi masing-masing.
Sebenarnya, secara peribadi aku lihat bantahan terhadap AUKU ini lebih ke arah berpolitik daripada kebebasan bersuara Mahasiswa. Sebagai seorang mahasiswa, rasanya adalah lebih baik mereka menumpukan perhatian terhadap pelajaran sebab itulah objektif utama kita melanjutkan pelajaran ke IPT iaitu menuntut ilmu.
Kalau untuk tujuan berpolitik, rasanya tak perlu kot. Tapi aku setuju jika mahasiswa diberikan ruang khas untuk bersuara menyampaikan pandangan mereka. Mungkin juga mereka boleh diberikan ruang untuk berdebat menyatakan pandangan masing-masing, berforum atau berdialog. Pendek kata, berbincang secara ilmiah dalam satu ‘meja bulat‘ selain dari berdemonstrasi di jalanan.
Perhimpunan menuntut kebebasan Adam Adli?
Ada juga yang mengatakan demo di UPSI itu bertujuan untuk menuntut agar Adam Adli Abdul Halim yang juga penuntut UPSI tidak disiasat berhubung insiden 17 Disember lalu dan supaya kerajaan memberi kebebasan akademik yang lebih luas.
Daripada seorang pelajar biasa-biasa, nama Adam Adli terus dikenali selepas isu Kontroversi turun benderanya yang dianggap biadap dan berunsur penghinaan. Disebabkan itulah beliau akan disiasat tujuan dan motif beliau bertindak sedemikian. Ada yang menyokong dan ada juga yang membantah tindakan beliau. Masing-masing dengan hujah masing-masing. Motif?
Secara peribadi, aku rasa biarlah siasatan diteruskan pihak berwajib. Jika benar, Adam Adli tidak bersalah, pasti dia akan dibebaskan. Beliau pasti ada sebab musabab tersendiri sehingga bertindak sedemikian. Mungkin didorong perasaan dendam, sakit hati atau sekadar provokasi, hanya beliau yang tahu. Tapi bagi aku, tindakan provokasi sedemikian bukanlah satu cara berhemah daripada seorang mahasiswa yang juga bakal guru.
Pada pandangan korang, betul atau tidak tindakan saudara Adam Adli tu? Kenapa?
Berkaitan Kempen ‘Bebas Anwar 901′?
Ada juga yang mengaitkan perhimpunan mahasiswa di UPSI dengan isu 9 Januari 2012. Rakyat Malaysia sedia maklum pada tarikh berkenaan akan diumumkan keputusan isu Liwat pemimpin pembangkang samada bersalah atau tidak. Suratan atau kebetulan, banyak pula siri kekecohan sebelum tarikh 9 Jan 2012 ini yer termasuklah demo di UPSI ini.
Aku tak mahu menyebelahi mana-mana pihak lebih-lebih lagi yang berkaitan parti politik, tapi pada pandangan aku, sedikit sebanyak perhimpunan di UPSI tuh mungkin ada unsur politik. Tambahan lagi dengan kehadiran beberapa ahli politik (menurut kata Hidayah dalam FBnya). Yang peliknya siri kekecohan tu sebelum 9 Jan, adakah ada kaitan dengan siri Jelajah Bebas Anwar 901? Mungkin sekadar kebetulan.
Pendapat aku, bersalah atau tidak, biarlah undang-undang yang menentukan. Keputusan 9 Jan itu nanti bukanlah keputusan tanpa bicara. Peluang juga telah diberikan oleh mahkamah biarpun telah tertangguh berkali-kali. Rakyat 1Malaysia termasuk aku ternanti-nanti juga apa keputusannya nanti samada beliau bersalah atau tidak.
Sama-sama kita tunggu 9 Januari 2012 nanti dengan sabar. Kebenaran pasti mengatasi kebatilan.
Ada unsur politik menjelang PRU ke-13?
Ramai yang memberi komen mengenai Demo Mahasiswa di UPSI itu sebenarnya tidak berada di lokasi kejadian. Bagaimana jika komen tersebut daripada mereka yang berada di lokasi. Yang mana satu korang nak percaya? Banyak versi nih.
Menurut pelajar terbabit, kekecohan berlaku setelah kumpulan berkenaan bertindak mengeluarkan kata-kata kesat kepada anggota FRU serta bertindak memanjat pagar dan merempuh sebuah klinik. Biarpun amaran supaya bersurai telah dikeluarkan, namun ianya tidak diendahkan oleh mereka terbabit malah bertindak memanjat pagar dan cuba merobohkan pagar utama UPSI.
Tapi yang menjadi kemusykilan adalah kehadiran beberapa orang politik dalam demonstrasi itu. Adakah mereka juga mahasiswa yang mahukan pemansuhan AUKU? atau mempertahankan tindakan Adam Adli? atau dalang disebalik perhimpunan mahasiswa ini? Motif?
Ada juga pendapat mengatakan demo tersebut bertujuan untuk memburuk-burukkan kerajaan menjelang pilihan raya umum ke-13, yang dijangka akan diadakan dalam waktu terdekat. Perhimpunan yang bertukar ganas semasa hendak disuraikan oleh polis ini juga sebahagian daripada usaha dan perancangan pihak tertentu mahu mencetuskan huru-hara.
Demo di UPSI itu juga akan beri gambaran buruk terhadap kerajaan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan kerana pilihan raya umum akan diadakan dalam masa terdekat.
Provokasi Melampau punca kekerasan Polis?

Demonstrasi yang kononnya aman berakhir dengan pertumpahan darah. Isunya sekarang siapa yang memulakan kekecohan tersebut sehingga masing-masing bertindak agresif dan ganas.
Ada yang menyalahkan polis dan FRU sebagai punca pertumpahan darah itu berlaku. Agak-agak kalau tiada provokasi melampau, keadaan boleh bertukar ganas tak? Polis dan FRU juga manusia biasa dimana tahap kesabaran mereka juga ada hadnya. Lebih-lebih lagi mereka memikul tanggungjawab serta diberi amanat menjaga keselamatan negara. Jika kita yang menyarung uniform polis dan FRU ketika itu, adakah kita hanya akan tersenyum melihat kata-kata kesat dan provokasi sedemikian? Nanti ada pula yang kata mereka tak bertegas dan lebih parah lagi tak buat kerja.
Tambahan pula setelah kumpulan berkenaan enggan bersurai walaupun amaran telah diberikan. Malah mereka bertindak mara ke pintu utama merempuh sekatan polis dan FRU. Apa motifnya? Provoke? Owh..mungkin mereka ingin serahkan memorandum kepada pihak kerajaan? Ada ker?
Apa istilah perhimpunan aman sebenarnya?
Tercari-cari juga apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan perhimpunan aman. Masing-masing ada versi tersendiri berdasarkan pemahaman masing-masing.
Kebanyakan mereka yang berhimpun secara aman ini untuk menunjukkan protes mereka mengenai sesuatu isu atau tuntutan. Apabila suara mereka tidak didengari oleh pihak yang dituntut, demonstrasi atau perhimpunan aman akan diadakan untuk menyatakan suara hati mereka.
Banyak cara perhimpunan aman boleh dijalankan contohnya seperti HIMPUN baru-baru ini. Siap dapat permit berhimpun lagi untuk berhimpun di Stadium. Boleh juga berhimpun secara aman seperti berpiket dengan sepanduk dan kain rentang selagi tidak menyusahkan orang lain. Walaupun provokasi dilakukan melalui sepanduk dan kain rentang, asalkan mesejnya sampai kepada orang ramai terutamanya pihak yang dituntut. Perlu ker provokasi bersifat fizikal? U touch me, i sue u!
Berhimpun secara aman pada masa-masa tertentu juga rasanya okay kot. Mungkin selepas memorandum atau tuntutan diserahkan kepada pihak berkenaan, bolehlah bersurai dan tunggu sajalah apa tindakan mereka selepas itu. Jika tiada tindakan daripada mereka yang berwajib, gunakan saluran lain selagi tidak mencetuskan huru-hara dan pertumpahan darah.
Jika berkaitan kerajaan, kita berhak menentukan siapa yang akan memerintah sebab undi di tangan kita. Jika majoriti rakyat dah memilih, pasti ada sebabnya kenapa ianya menjadi pilihan majoriti rakyat. Jika ada yang tidak berpuas hati, tunggu pilihanraya berikutnya. Paling lama pun 5 tahun jer tempoh menunggu, mungkin kurang dari tuh. Rakyat berhak menentukan kerajaan memerintah, tapi bukan secara Demonstrasi Jalanan.
p/s – Suka kiranya jika kita dapat berbincang mengenai isu ini secara positif dan membina. Setiap pandangan dan cadangan bernas diterima asalkan jangan kaitkannya dengan isu politik atau kepentingan individu. Nak juga dengar pandangan mahasiswa berkenaan isu ini. Pandangan orang luar, pemerhati atau bekas mahasiswa mungkin berbeza dengan pandangan mahasiswa sendiri. Apa pula pandangan pembaca sekalian?











Apa Motif Sebenar Demo Mahasiswa di UPSI? http://t.co/axs2Ajyd
haish…. tak aman dah negara ni?
Boleh jer aman jika masing2 boleh bertolak ansur dan berbincang lek lok..
@AdamAdli apa komen anda? http://t.co/k2VGgjJY
Mcm mna nk aman kalau ada org yg s
lalu cetuskn masalah..
Maybe mereka ada sbb yg tersendiri..cuma caranya tuh jer dirasakan kurg sesuai..
laa para pelajar jangan buat bebukan lah politik semakin teruk lah di Malaysia ni ..ada je ..
puanbee recently posted..Makan Log : Pizza Hut
Malaysia macam dah tak aman je…:-(
apa yang saya nmpk..antara motifnya ialah kata2 TPm kita yang ada mengata keluluasan UPSI tpaksa mencari kerja sendiri…mereka semua tdk dijanjikan dgn kerja yang tetap sbagai guru2 yang kelulusan IPG ( dulunya maktab ) …ini hanya pandangan peribadi…dari situ mcm2 isu ini semakin parah..:)
tuan tanah recently posted..Giveway Tapak Banner Percuma Ditutup
Xnmpk pula itu sbg punca utama..kalu sbb yg seremeh itu, kita boleh agak secetek mana pemikiran mereka..cuba tanya bidang2 lain esp engineering, ada diorg komplen sbb kena cari kerja sendiri?
btw..TQ bro atas pandangan itu..
emm..dari dulu aku dah tak berkenan. tak tahu kenapa..
titan recently posted..10 Blogger-blogger kacak yang berpengaruh
Tang mana yg bro titan xberkenan tuh..apa puncanya?
Aq sokong ape yg tertulis! 200%!
Jgn sokong jer bro..tunjuk sekali sokongan tuh kalu benar pencinta keamanan..hehe
penentangan ni oo..meh join kami..PERTUBUHAN PENYATUAN PEMBELAAN MELAYU MALAYSIA (PPPMM)
politik di malaysia sudah smpi ke tahap yg perlu diubah..samada secara telus atau secara paksaan, cara demo atau kekerasan terpulang kepada masyarakat…asia barat adalah contoh terdekat..bibit persamaan sedikit sebanyak wujud..
and, what happen to those countries now???
diorang nak perhatian tu..
kurang kasih sayang dari pakcik najib..
ohcikgu recently posted..Safee Sali tak berkenan kontrak 3 tahun.
Owh..mcm tu ker cikgu..kes turun bendera dulu tu pun maybe sbb nk simpan gmbr pakciknya tuh kot..kerinduan agaknya slps kurang diberi perhatian..hehe
entahlah..pening dgn gelagat anak muda skrg..walaupun bergelar mahasiswa, kdg2 apa yg diperjuangkan tuh mcm bkn utk mahasiswa jer..lbh ke arah kepentingan individu tertentu..
Tambah Komen
Apa komen sis..nk juga dgr komen mahasiswa UPSI..