Bagaimana Buat Duit dengan Blog?

buat duit dengan blog - tip blogging terbaik - aku seorang bloggerSalam hormat,

**Entri ini adalah sempena Contest SEO 2DayBlogger Jun 2011..

Buat duit dengan Blog? Itulah tujuan utama mengapa banyak blog baru tumbuh bagaikan cendawan. Baru jer buat blog, masing-masing dah mengaku ‘Aku Seorang Blogger‘. Tapi masih ramai yang gagal membuat duit dengan blog. Kenapa? Mengapa? Bagaimana dan di mana nak dapatkan Tip Blogging Terbaik

Buat Duit Dengan Blog..

Memang ramai yang boleh buat blog dan boleh ‘create’ blog yang baik. Pelbagai jenis blog yang ada sekarang ni seperti Blog Informasi, Blog Personal, Blog Tutorial, Blog Sukan, Isu Semasa, Tip Kesihatan dan bermacam-macam lagi. Tapi bila berbicara mengenai Buat Duit dengan Blog, masing-masing membisu seribu bahasa. Kebanyakannya malu nak ceritakan berapa pendapatan yang telah mereka terima melalui Blog. Kenapa? Sebab kebanyakannya masih gagal mendapatkan RM1 pertama mereka. Apatah lagi nak ceritakan pasal Cashout pertama.

Kenapa ramai yang gagal buat duit dengan Blog?

  • Tak tahu cara yang betul dan berkesan untuk menjana pendapatan dari blog,
  • Tiada guru atau mentor untuk membimbing melakukan cara yang betul dan berkesan,
  • tidak berani mencuba dan bangkit kembali selepas gagal.

Pelbagai cara boleh digunakan untuk Buat Duit dengan Blog :-

  • melalui iklan Adsense, Nuffnang, Innity, dsb (cara yang paling popular),
  • melalui advertorial atau sponsored post,
  • melalui affiliate (produk fizikal mahu pun digital),
  • melalui penjualan blog yang telah ‘establish’.

Sebenarnya bermacam-macam cara lagi yang boleh digunakan untuk menjana pendapatan dan buat duit melalui internet selain melalui Blog. Contohnya dengan produk affiliate (ClickBank, Amazon,dsb), Facebook dan Twitter (ChurpChurp atau Says.my) malah boleh juga melalui email.

Aku Seorang Blogger..

Kelebihan utama blogger sebab adanya Blog. Kita boleh tulis apa saja dan masukkan apa saja ke dalam blog sebab ianya milik kita. Jika kena caranya, Blog memang boleh menjadi mesin duit kepada pemiliknya. Tapi kenapa masih ramai yang gagal melakukannya?

Sebab utama..

  • Trafik Blog,
  • Nasib,
  • Rezeki,
  • Usaha,
  • Semua di atas.

Jika semuanya memihak kepada kita, tiada sebab kita tak boleh Buat Duit dengan Blog. Apa yang penting adalah keinginan kita melaksanakannya seterusnya menjadi seorang Blogger berjaya.

Tip Blogging Terbaik..

Seorang Blogger yang berjaya menjana pendapatan dari Blog semestinya ada rahsia atau tip yang menjadi resepi kejayaan mereka. Bukan semua orang yang mampu menjadikan Blognya mesin Duit. Kebanyakan blogger berjaya yang kita lihat adalah blogger yang telah sedia popular di kalangan blogger seperti RedMummy, Hanis Zalikha, atau Fatin Liyana. Atau mungkin juga Ben Ashaari, Cik Epal atau pun 2DayBlogger. Mereka ini sememangnya telah berjaya mendapatkan pendapatan mencecah 4 angka sebulan. Tapi bagaimana mereka melakukannya?

Mereka juga bermula dari bawah seperti kita. Bukan sehari dua mereka melakukannya sebaliknya ada yang telah bertahun berblogging dan bergelar blogger. Maka, tak mustahillah ‘follower’ mereka juga beribu-ribu kerana mereka juga ada pembaca setia yang senantiasa mengikuti setiap perkembangan blog mereka. Kita? Hari ini buat blog tapi esoknya dah putus asa?

Lama atau tidak satu-satu Blog itu bukan pengukur kejayaan seorang Blogger. Sebaliknya Blog itu akan berjaya jika ianya berinformasi, berkualiti, dan ‘dekat’ dengan pembacanya. Internet adalah sumber informasi. Kebanyakan orang melayari internet untuk mencari informasi. Jika segala informasi yang dicari itu ada dalam blog kita, tak mustahil pengunjung akan mengunjunginya semula untuk mencari informasi yang lain. Kualiti juga perlu untuk menjadikan Blog kita itu unik dan disukai pengunjung.

Ada yang kata ‘Trafik Blog = $Duit‘. Disebabkan itulah ramai yang menyarankan untuk meningkatkan trafik ke blog untuk benar-benar menjanakan Duit dari Blog. Jika ditanya kepada blogger yang telah berjaya, pasti ini jawapan yang diberikan..

  • Trafik, trafik, trafik
  • Promosi, promosi, promosi
  • Usaha, usaha, usaha

Ini menunjukkan kejayaan mereka terhasil dari usaha yang tidak mengenal jemu. Jangan jadikan kegagalan sebagai penghalang untuk kita beroleh kejayaan. Albert Einstein sendiri pun berjaya mencipta lampu dengan percubaan beribu kali. Katanya, ianya bukan kegagalan sebaliknya beribu jalan untuk mencapai kejayaan. Bukankah itu juga Tip yang Terbaik?

Jadi, mulai sekarang, kita tetapkan matlamat apa yang kita mahu sebagai Seorang Blogger. Kemudian, rancang bagaimana untuk mencapai matlamat kita itu. Akhir sekali, usaha untuk mencapai matlamat kita itu. Insya-Allah, jika ada rezeki kita, duit itu akan datang dengan sendirinya. Mungkin melalui Blog, mungkin melalui kenalan-kenalan yang juga seorang blogger atau apa saja.

Sekian.

.

Baca artikel penuh..

**********************

“Contest SEO ini telah dianjurkan oleh Blog 2DayBlogger.Com dengan kerjasama blog upprofits,  lepak dan broframestone. Manakala hadiah telah disponsor oleh 2DayBlogger,upprofits,broframestone , MJ,MySuperKids , Muje,Puan Bee ,Ellen, DenaiHati,k-worlds,hairulazni,ummihanie,dinsblog“.

**********************

p/s – Aku pun nak ngaku juga ‘aku seorang Blogger’..baru nak belajar selok belok Buat Duit dengan Blog. Tapi sebelum tu kenalah menuntut ilmu dulu dengan Otai-otai yang dah berjaya untuk korek Tip Blogging Terbaik mereka. Ada yang sudi jadi mentor? ;-)

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , , , ,

    Kongsikan pendapat anda..