Berita Kematian Steve Jobs, Kritikan iPhone 4S dan iPhone 5 bakal pengaruhi Saham Apple?

iphone 4S vs iphone 5Salam hormat,

Pelancaran iPhone 4S oleh Apple Inc baru-baru ini mendapat kritikan hebat dari penggemar Apple apabila iPhone 5 yang dinantikan tidak muncul sebaliknya hanya iPhone 4 yang dipertingkat. Hari ini penggemar Apple sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian Steve Jobs (genius dan pengasas Apple) akibat kanser pankreas selepas bergelut sejak sekian lama. Kejutan demi kejutan seperti ini sudah pasti bakal mempengaruhi Saham Apple di pasaran saham.

iPhone 4S dan bukannya iPhone 5

Kritikan terhadap iPhone 4S baru-baru ini saja sudah cukup mempengaruhi apabila saham Apple jatuh lebih empat peratus di pasaran Wall Street. Tim Cook yang menggantikan Jobs pada Ogos lalu memperkenalkan iPhone baru yang mempunyai pengenalan suara dan kamera yang lebih baik, namun ia kelihatan sama seperti telefon sebelum ini.

Pada mulanya, ramai penggemar Apple dan pelabur yang menantikan produk terbaru Apple itu. Jangkaan mereka Apple akan melancarkan iPhone 5 sepertimana heboh diperkatakan sebelum itu sebaliknya hampa apabila ianya adalah iPhone 4S iaitu iPhone 4 yang dinaiktaraf.

Pengumuman pelancaran iPhone 4S itu jelas mengecewakan ramai pihak termasuk pelabur sehinggakan mempengaruhi saham Apple. Adakah iPhone 4S itu nanti akan menjadi salah satu produk Apple yang gagal?

Kehilangan Steve Jobs pasti dirasai

Usaha dan pencapaian Steve Jobs membangunkan jenama Apple begitu mengagumkan dunia. Nama Apple dan Steve Jobs bagaikan tidak boleh dipisahkan. Berita kematian Steve Jobs pasti akan dirasai. Walaupun jenama Apple telah mendapat tempat dihati penggemarnya, namun suasananya pasti berbeza selepas ketiadaan beliau.

Bukan ingin menidakkan keupayaan penggantinya selepas ini, cuma keyakinan pelabur pasti akan berbelah bahagi dengan keupayaan Apple selepas ini. Apple kini berada di persimpangan kritikal apabila telefon Android keluaran Samsung Electronics dan pesaing lain semakin mendekati dalam persaingan produk teknologi telekomunikasi.

Biarpun begitu, Steve Jobs telah meninggalkan asas yang kukuh buat Apple Inc dan jenama Apple. Terpulang kepada penggantinya dan Apple Inc untuk memajukan dan menaikkan lagi jenama dan saham Apple agar terus menjadi pilihan pelabur dan kekal sebagai peneraju dalam persaingan produk Teknologi Komunikasi.

..

p/s – Suka makan Apple! ;-)

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , , ,

    Kongsikan pendapat anda..
    • puanbee 6 October 2011 at 5:52 PM

      suka jus aplle .. hehheeh
      puanbee recently posted..Cara Tengok Telefon Bimbit Asli Atau Tidak !My Profile

    • [...] sementara.. “Google has suspended PR in regard to pay tribute to Steve Jobs”. Apa yang Steve Jobs dah buat dengan Pagerank Google? Mungkin ini salah satu cara Google untuk memperingati pemergian [...]

    • test 18 October 2011 at 1:44 PM

      [...] pelabur dan kekal sebagai peneraju dalam persaingan produk Teknologi Komunikasi. Sumber asal : http://eiz1004.upprofits.com/berita-kematian-steve-jobs-kritikan-iphone-4s-dan-iphone-5-bakal-pengar… Click here to cancel [...]

    • Samsung Galaxy Note sebagai Gadjet Impianku 19 November 2011 at 3:10 PM

      [...] terbaik. Jika sebelum ini Samsung Galaxy S2 adalah pilihan terbaik mengatasi iPhone 4S, tapi dengan kehadiran Samsung Galaxy Note, ianya lebih memikat hati dan mengujakan. Kenapa? Kita [...]

    • Post a comment

      CommentLuv badge