Salam hormat pembaca Blog UpProfits,
Hari ni aku terasa nak Review Blog yang bagi aku memberikan informasi bermanfaat kepada peminat komputer, gadjet dan IT. Blog yang aku maksudkan tu adalah MyGlobalNetworks.com . Blog ini menawarkan informasi berkaitan komputer, IT, dan gadjet2 terbaru dengan ‘Tag line’nya ‘Fix Computer Problems – about fix computer problems, we right here..’.
Latar belakang penulis blog :
Beliau menggelarkan diri beliau MJ @ MJali. Beliau adalah seorang yang berminat dengan blogging. Mempunyai kepakaran dalam bidang komputer dan juga berkerja dalam bidang komputer. Berumur 34 tahun, berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Baru mula berblogging kerana mahu berkongsi maklumat tentang komputer dan pengkhususan dalam repair and services computer IT.
Mengenai Blog MyGlobalNetworks.com :
Isi kandungan blog banyak menumpukan isu berkaitan dunia komputer dan IT. Sesuai dengan latar belakang beliau yang pakar dalam bidang pengkomputeran. Sememangnya itulah yang perlu beliau lakukan agar blog beliau ini menjadi tempat rujukan peminat sealiran yang mencari info berkaitan untuk menyelesaikan masalah berkaitan dunia komputer dan IT. Jika bercerita mengenai blog / website berbahasa Inggeris, memang dah bersepah di internet. Tetapi blog berbahasa Melayu seperti blog ini, teramatlah kurangnya. Oleh itu, selepas ini bolehlah para peminat komputer dan IT yang kurang faham berbahasa Inggeris tu menjadikan Blog MyGlobalNetworks[dot]com ini sebagai tempat rujukan. Selain tu, beliau juga berminat dengan Gadjet2 terbaru..orang celik IT katakan..
Komen dan Cadangan Penambahbaikan Blog MyGlobalNetworks.com :
Nak komen atau memberi cadangan, kenalah analisa kelebihan dan kekurangan blog ni dulu. Walaupun beliau menyatakan yang beliau masih baru dalam dunia blogging, tetapi kalau tengok Ranking Alexa dan Backlinks blog beliau, rasanya tak kot..Setakat hari ini (14 Apr 2011), Backlinks ke blog beliau adalah 241 dan Ranking Alexa beliau adalah..
So, macamaner nak kata baru? Maybe yang baru adalah blog beliau ini kot sebab sebelum ini beliau menggunakan Blogspot sebelum berpindah ke WordPress gara2 diserang Trojan (maybe sebab nak test kot setakat mana ke’power’an beliau dalam menyelesaikan masalah komputer..hehe).
Sebenarnya, banyak lagi penambahbaikan yang boleh dilakukan terhadap blog ini agar lebih mengancam. Tapi ni daripada pendapat ikhlas aku la sebagai pembaca. Mana yang baik ikut, tak nak ikut boleh diabaikan..
Antaranya :-
- Penjenamaan Blog – Pada pendapat aku, adalah lebih baik beliau menjenamakan domain beliau MyGlobalNetworks[dot]com daripada sering me’war-war’kan nama Blog ‘Fix Computer Problems‘. Mungkin tujuan beliau untuk menerangkan apa yang ditawarkan oleh beliau atau tujuan SEO. Tapi kalau orang dah kenal jenama MyGlobalNetworks[dot]com, dengan sendirinya orang akan tahu apa yang ditawarkannya. Silap2 boleh jadi jenama terkenal..huhu..
- Header Blog – Rasanya baik ditukar header yang lebih melambangkan isi kandungan blog beliau iaitu berkenaan dunia pengkomputeran dan IT (bukan header yang ada rumput2 tu..hehe..gurau jer). Cadangan aku, kalau ada modal lebih, upah jer designer profesional untuk design header tu. Member2 blogger pun ramai yang tawarkan servis design header ni.
- Keyword – hardware, apakah, computer, laptop, teknik, notebook, iphone, ipad, desktop, kenapa, tips, tutorial, apakah, virus, bagaimana, android, window, kelebihan, kekurangan, cara, trojan. Dah okay dah tapi rasanya tak perlulah letak kat atas header tu. Walaupun dah hide pun tetap boleh nampak. Kalau pengunjung blog yang tak tahu, maybe akan cuba klik tapi tak boleh. Mungkin tujuan beliau adalah untuk SEO, supaya ‘robot‘ akan jumpa keyword tu dulu masa crawl blog ni. Cadangan aku, letakkan keyword tu kat meta tag atau beliau juga boleh letakkan di ‘Alt image header’. Cara ni pun berkesan untuk SEO.
- Isi Kandungan Blog – Kebanyakannya dah bagus kerana lebih menumpukan kepada maklumat-maklumat berkaitan dunia pengkomputeran dan IT disamping informasi mengenai Gadjet2 terbaru. Kalau boleh, mana entri-entri yang langsung tidak berkaitan tu, jangan dimasukkan langsung. Entri-entri juga perlulah ‘up to date’ dan mengikuti perkembangan semasa. Barulah pengunjung akan menuju ke blog ini terlebih dahulu jika nak cari info terkini.
- Tag & Categories – Perlu lebih tersusun dan kemas. Barulah pembaca mudah mencari informasi yang diinginkan. Tak perlu spam keyword, pengguna WordPress ada plugin2 yang sesuai untuk mantapkan SEO blog.
- Search & Sitemap – Tiada. Pendapat aku, blog informasi seperti ini lebih bagus jika ada salah satu atau kedua-duanya. Sedikit sebanyak boleh membantu pembaca agar mudah mencari informasi yang diinginkan jika mereka tidak jumpa apa yang dicari. Tak der la mereka exit dan mencari info diblog lain pula.
- Widget – Widget2 yang tak berkaitan seperti Shoutmix tu rasanya tak perlu kot. Mungkin tujuannya adalah untuk memudahkan beliau berhubung dengan pengunjung blog, tapi silap2 jadi papan iklan pulak. Cadangan aku, sebarang pertanyaan bolehlah menggunakan Contact Form atau cara mudah nak menjawab soalan yang kerap ditanya, sediakan laman F.A.Q. Tapi kenalah rajin memberi maklumbalas semula setiap pertanyaan. Barulah pengunjung akan rasa lebih dihargai.
Rasanya, itu sajalah Review aku untuk Blog MyGlobalNetworks[dot]com ni. Macam aku cakap tadi, ‘Mana yang baik tu ikut, kalau tak nak ikut tu bolehlah diabaikan’. Akhir kata kepada MJali, SELAMAT MAJU JAYA!
p/s – Kalau korang juga ingin mencari informasi berkaitan komputer dan IT, jom ramai2 terjah blog MJ —> [KLIK]












Ini mmg btul2 review nih
review blog saya bleh?
@Dalila..boleh Cik Dalila, nanti ada masa saya Review ek..Cik Dalila nak review blog UpProfits ni pun boleh..hehe
salam saudara fauzi.. memang saya masih baru dalam bidang.. penghujung bulan dua buka akaun blogspot.. Bergiat aktif pulak penghujung bulan march.. terima kasih atas comment dan cadangan. mj sudah membacanya dan membuat penilaian. terima kasih sudi join contest blog nie.. Selamat berblogging.. salam..
@mj ..w’salam bro mj..baru atau lama xpenting asalkan kita sudi berkongsi ilmu..byk komen dan cdgn dilihat tlh pun bro MJ praktikkan dlm blog MyGlobalNetwork..sedap nama tu kan berbanding sblm nih..blog pun dh makin kemas..hehe
Anyway, keep up blogging! Slmt Maju Jaya!
[...] 11 http://eiz1004.upprofits.com/contest-review-blog-fix-computer-problems/ [...]
[...] lama tak Review Blog, 1st and last blog yang aku review dulu pun Blog MyGlobalNetworks milik bro MJ. Kali nih aku nak Review Blog 2DayBlogger pulak. Boleh? Whoa, dasat nih! Nak review [...]
terbaiklah…mak pahamkan lebih jelas…boleh tak tolg tunjuk ajar
hafizal recently posted..Terpantas…….