Terlebih dahulu aku nak ucap Terima Kasih kat Nuffnang. Bukan apa, sebelum ni aku cuma ada 1 Buffered Earning (BE) je yang menari-nari kat ruang SkyScraper (SS) blog aku tu. Metered jer BE yang satu tu, aku dapat lagi 3 BE daripada Nuffnang. Tapi semuanya jenis SS gak. Bersyukur jelah..
Actually, aku pun tak tahu kriteria yang bagaimana yang dimahukan Nuffnang sebenarnya untuk memperoleh BE. Aku pun masih bereksperimen lagi.
Ada yang kata ‘Nuffnang hanya pilih blog yang Famous jer macam Blog RedMummy, Blog JustKhai, dan Blog BenAshaari’. Ada yang kata ‘kena selalu update Blogger Bio dan update Survey kat Blog Manager Nuffnang‘. Ada yang kata ‘isi kandungan blog kena berkaitan dengan niche Nuffnang’, dan sebagainya. Agak2 yang mana 1 yang betul? atau semuanya betul..hehe..
Kalau korang pun macam aku, tak pasti cara mana tepat dan betul untuk dapat BE, korang cuba jer semua cara yang dicadangkan kat Tutorial para Blogger yang dah dapat BE (search kat Google) atau bereksperimen ‘try and error’. Manalah tahu salah satu cara yang korang gunakan tu btol.. Korang gak yang akan dapat BE kan? Nanti biler tak dapat nanti, korang cakap Nuffnang Pilih Kasih plak..hehe!
Terima Kasih nuffnang!!!
p/s – Pada pendapat aku, yang penting adalah Content Blog korang & kepuasan korang berbloging. Nuffnang akan lebih suka blog korang jika ianya menepati Niche Advertiser Nuffnang. Pendapat korang pulak?











tahniah kerja berjaya juga dapat buffered nuffnang. :Bukan senang tu nak dapat.

titan recently posted..Buffered Earning ke-3 dari Nuffnang
TQ, bro..
Tahniah kerana dapat buffered earning dari Nuffnang.. Ramai kawan kawan bloger saya langsung ketinggalan berbanding blog abang. Tahniah sekali lai\gi
Syah
Bangi
Coach handbag Malaysia