Gempar! Boikot Belacan? Apa kata anda..

Sepertimana yang kita ketahui, belacan sering digunakan dalam masakan. Kita guna dalam sambal belacan, nasi goreng belacan, perisa dalam masakan dan sebagainya. Tapi tahukah kita, Ada di antara belacan yang kita gunakan itu BERACUN? Awas! bagi penggemar belacan..

PUTRAJAYA: “Jangan makan belacan”. Itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIPM), Datuk Dr Maamor Osman mengenai belacan yang disahkan beracun berikutan mengandungi Rhodamine B, iaitu pewarna kimia merah jambu yang berbahaya yang dijual di negara ini.

Dr Maamor berkata penggunaan belacan boleh diganti dengan bahan lain termasuklah ikan bilis atau udang kering sebagai perisa tambahan untuk menyedapkan masakan.

“Bagi saya, pengguna perlu berhenti daripada makan belacan, mereka boleh gunakan ikan bilis atau udang kering. Rasanya sama saja, jadi jangan makan belacan.

“Selain itu, pengguna juga boleh menggunakan belacan segar yang boleh dibeli daripada pengusaha yang dikenali, bagi memastikan belacan terbabit tidak mengandungi bahan beracun yang boleh memudaratkan kesihatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Rabu lalu, akhbar melaporkan Kementerian Kesihatan mengingatkan orang ramai supaya berwaspada dengan belacan disahkan beracun berikutan mengandungi Rhodamine B iaitu sejenis bahan pewarna kimia merah jambu yang berbahaya.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata penggunaan bahan pewarna itu dalam makanan adalah dilarang kerana ia mempunyai potensi menyebabkan penyakit barah serta banyak digunakan dalam industri plastik dan tekstil.

Sumber : Metro Ahad 15/8/2010

Dr Maamor berkata penggunaan belacan boleh diganti dengan bahan lain termasuklah ikan bilis atau udang kering sebagai perisa tambahan untuk menyedapkan masakan.

p/s – Apa kata anda sebagai penggemar belacan mengenai isu ini? Terutama yang sememangnya membesar dengan makan belacan.hehe!

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
    • Post a comment

      CommentLuv badge