Google Pagerank Updates October? Semua site jatuh PR0?

pagerank jatuhSalam hormat,

Terbaca di Blog Denaihati mengenai keluhannya dilempang Google sehingga PR0, terus aku pun check Google Pagerank (PR) blog UpProfits. Tahniah! Semua jatuh PR0. Semua..sehinggakan site Google, Facebook, dan lain-lain yang PR tinggi tu pun jatuh menjunam ke PR0. What? Google tengah Updates PR ke October nih? Apa pulak perubahan Algorithma PR Google kali ni?

Sepertimana semua sedia maklum, Pagerank atau PR menunjukkan kualiti sesebuah site menurut algorithma Google. Ianya sedikit sebanyak sememangnya mempengaruhi kedudukan sesebuah site dalam laman SERPs enjin pencari Google. Mempunyai kedudukan yang baik dalam SERPs sudah pasti memberi kelebihan dalam limpahan trafik organik. Disebabkan itulah semakin ramai yang menyedari kelebihan SEO, pagerank mahupun Alexa semata-mata untuk mendapatkan kedudukan yang baik di SERPs.

Hasil pencarian aku di Google sedikit sebanyak memberikan pencerahan. Menurut laman forum yang aku baca, ianya hanya bersifat sementara.. “Google has suspended PR in regard to pay tribute to Steve Jobs”. Apa yang Steve Jobs dah buat dengan Pagerank Google? Mungkin ini salah satu cara Google untuk memperingati pemergian ikon Teknologi ini.

Rasanya buat masa ini, semua Toolbar atau PR checker tidak berfungsi sepertimana sepatutnya (mungkin ada yang dah  OK). Adakah ianya akan kekal begini atau bersifat sementara tidaklah pula diketahui. Namun, jangkaan pemerhati merasakan ianya bersifat sementara kerana buat masa ini hanya terdapat perubahan API (application programming interface) Google.

Cara mengetahui dan Memeriksa Pagerank

Ada 2 cara terbaru untuk memeriksa dan mengukur Pagerank selepas semua indikator PR digantung Google Oktober ini :-

  1. Install Google Toolbar – check PR nya masih ada, dan masih valid. Tetapi Google toolbar ini terbatas hanya untuk browser Internet Explorer (IE), bukan di Firefox.
  2. Menggunakan SEOquake – tetapi Google API-nya harus diubah ke API Google yang baru iaitu http://toolbarqueries.google.com/tbr.

Cara mengubah API SEOquake ke API Google yang baru

  • Klik kanan ikon SEOquake
  • Klik Preference dan kemudian google pagerank
  • edit
[NAME]=Google pagerank
[TITLE]=PR
[URL_R]=http://toolbarqueries.google.com/search?client=navclient-auto&hl=en&ch={gchecksum}&ie=UTF-8&oe=UTF-8&features=Rank&q=info:{url|encode}
[REGEXP]=Rank_.*?:.*?:(\d+)
.
Ganti dengan..
.
[NAME]=Google pagerank
[TITLE]=PR
[URL_R]=http://toolbarqueries.google.com/tbr?client=navclient-auto&hl=en&ch={gchecksum}&ie=UTF-8&oe=UTF-8&features=Rank&q=info:{url|encode}
[REGEXP]=Rank_.*?:.*?:(\d+)
.
Buat masa ini, itulah 2 cara yang dapat digunakan untuk mengukur Google pagerank setelah update pagerank yang mengejutkan di awal Oktober ini. Selain itu, sejumlah laman pagerank checker juga sudah mulai mengemaskini algoritma dan mengganti Google API mereka supaya kembali berfungsi misalnya Rank Checker.
.
Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua..
.
.
Rujukan : http://sejutatrik.blogspot.com/
.
p/s – Bangga juga bila PR blog aku kini sebaris dengan laman2 popular seperti Google, Facebook malah Blog 1Malaysia..semua PR0..hahaha.. Berapa pulak PR blog anda? ;-)

 

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , , , ,

    Kongsikan pendapat anda..