Happy New Year! Azam Tahun Baru 2012 saya ialah..

Happy New Year! Azam Tahun Baru 2012 saya ialah..

Happy-New-Year-2012Salam hormat,

Kenapa setiap orang perlu ada azam?

Jika ada azam, maka adalah sasaran dan matlamat yang hendak dicapai. Setiap orang pasti ada azam masing-masing setiap kali tibanya tahun baru. Ada orang berazam ingin berhijrah dari nakal kepada yang lebih baik, dari hidup yang biasa-biasa ke hidup yang luar biasa, dari kegagalan ke kejayaan demi kejayaan, azam nak kahwin dan bertemu pasangan, dan bermacam-macam jenis azam lagi. Biasanya berazam untuk ke arah kehidupan yang lebih baik.

Ada ke yang berazam ke arah yang tidak baik? Tak perlu lah jika begitu..

Cabaran Tahun 2012

Tahun 2012 pasti memberikan cabaran yang berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya. Setiap kali tibanya tahun baru, pasti umur kita juga akan meningkat. Begitu juga dengan corak pemikiran kita yang semakin matang. Namun, biar umur meningkat tapi nampak muda daripada muka matang tapi perangai macam budak-budak. Biarlah kematangan pemikiran kita seiring dengan umur kita yer atau berfikiran matang jauh melebihi umur tapi bukan sebaliknya.

Azam Tahun Baru 2012 saya ialah..

Kerjaya

Dari segi kerjaya, aku mahukan kerjaya yang tetap dan stabil. Kerja aku sekarang nih pun alhamdulillah, walaupun hanya makan gaji, tapi cukup untuk aku dan keluarga buat masa ini. Tapi kalau ada peluang yang lebih baik, apa salahnya mencuba bukan.

Umur semakin meningkat, kerjaya yang stabil dan yang lebih penting dekat dengan keluarga. Kerja dan keluarga perlulah seimbang sebab kedua-duanya sama penting.

Jika tahun 2011 dulu aku sering bertukar cawangan kerja atas sebab keperluan kerja. Tahun 2012 ni nanti, harap-harap dapatlah tempat kerja yang lebih dekat dengan keluarga. Bukan apa, dapatlah lebih masa dengan keluarga. Kerja jauh nih susah, keluar gelap balik pun gelap. Kesian kat Danish yang sedang membesar nih tak dapat nak bermain dan bermesra dengan ayahnya ni.

Tapi bab tempat kerja dekat dengan rumah nih rasanya awal tahun 2012 lagi dah boleh capai sebab peluang tuh dah ada. Boleh masukkan sebagai azam tahun baru ke? ;-)

Hubungan dengan Keluarga dan Rakan-rakan

Tahun 2011 memang banyak peningkatan yang aku dapat berkaitan hubungan aku dengan keluarga dan rakan-rakan. Boleh aku katakan sebagai tahun kejayaan jugalah. Misalnya hubungan aku dengan keluarga, lebih banyak masa dapat aku luangkan bersama mereka berbanding sebelum ini.

Tahun 2011 juga ramai rakan-rakan lama zaman persekolahan yang aku bertemu kembali. Ada yang sempat bersua muka, ada juga yang hanya dapat bertanya khabar di talian internet. Malah rakan-rakan baru juga bertambah ramai, rakan-rakan di tempat kerja (sebab selalu bertukar cawangan) dan rakan-rakan maya (internet, blog dsb).

Tahun 2012 nih, azam aku mahu luangkan lebih banyak masa bersama keluarga. Dengan peluang kembali ke cawangan tempat kerja asal aku nanti, maybe boleh terlaksana kot..insya-Allah.

Harapan aku juga akan bertemu lebih ramai lagi rakan-rakan lama atau yang baru pada tahun 2012 ni. Kalau ada Re-Union Rakan Sekolah seperti tahun sudah best jugak kan. Tahun lepas tak dapat pergi sebab komitmen kerja, kalau ada lagi reunion tahun nih insya-Allah akan diusahakan.

Pendapatan Internet

Menjadi bloggers memang tak pernah terfikir sebelum ini tapi hobi yang part time ini jadi bertambah menarik bila mana aku dapat meluahkan apa saja pendapat aku tentang sesuatu isu untuk aku bincangkan dengan orang lain. Pendapat setiap orang pasti berbeza bukan. Mana yang baik boleh kita ambil pengajaran, yang tak elok tuh kita abaikan jelah.

Berblogging juga bertambah menarik bila aku boleh menjana pendapatan sampingan darinya. Seronok bila ada side income macam nih. Walaupun target sebenar aku pada tahun 2011 dulu adalah nak capai income 4 angka sebulan melalui internet ini, tapi tidak kesampaian. Setakat ni hanya 2~3 angka jer sebulan (turun-naik), namun tetap bersyukur sebab ada juga hasilnya walaupun 10% dan tidaklah membuang masa kan.

Azam tahun 2012 nih nak cuba realisasikan azam tahun lepas yang tidak kesampaian tuh. Mana tahu, tahun nih berjaya juga nak capai income 4 angka sebulan. Yang penting kita usaha dulu. Ada target, barulah best! Samada capai atau tidak sasaran kita tuh bergantung sejauh mana usaha yang kita berikan tuh..insya-Allah.

Tahun 2012 ini aku berharap semoga akan memberikan semangat baru untuk aku mencipta kejayaan demi kejayaan dalam kehidupan. Sasaran telah ditetapkan yang penting sekarang adalah usaha ke arah mencapai target yang telah ditetapkan itu..insya-Allah dengan izin-Nya akan tercapai.

p/s – Happy New Year! Rakan-rakan sekalian doakan saya capai target saya yer, mana tahu akan terlaksana berkat doa rakan-rakan sekalian. Apa pula azam tahun 2012 rakan-rakan? mana tahu kalau sudi berkongsi..apapun saya doakan kalian juga akan mencapai apa yang diimpikan tahun 2012 ini..insya-Allah..Good Luck! ;-)

 

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • ,

    Kongsikan pendapat anda..
    • Fauzie Jasmani UpProfits 1 January 2012 at 5:51 AM

      Happy New Year! Apa azam tahun baru 2012 korang? cc: Nurul Syahada, Jas Linda, Shuichi Hikarimoji, Safarin X Abgteror, Dira Salim, Pidah Nuar, Norasmah Hj Selamat, Latifahbee Kay, Azmanar Doa, Fendi Mohd Effindi, dll.

      • pidah 1 January 2012 at 10:50 PM

        azam nak jaga hanpon & camera sebaik mungkin x nak bagi masuk air… hu3….

    • Denaihati 1 January 2012 at 8:41 PM

      selamat tahun baru 2012
      Denaihati recently posted..Welcome 2012, Goodbye 2011My Profile

      • Fauzie Jasmani @ eiz1004 1 January 2012 at 9:41 PM

        Thanks bro..smg apa yg dirancangkan pd thn 2012 nnti akan berjalan lancar..slmt thn baru 2012..

    • Danny Fenton 5 January 2012 at 2:17 PM

      Happy New Year For Everyone.I hope you all happy in the year 2012

    • [...] Tahun 2012 bakal menjadi tahun yang menarik untuk 1MCC kerana ia melancarkan Liga 1MCC untuk mempromosikan bola sepak di peringkat akar umbi dan pintu terus terbuka untuk menyediakan program belia bola sepak yang berstruktur dan teratur untuk peminat dari umur 8 hingga 18 tahun. FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) telah memberi lampu hijau kepada LIGA 1MCC untuk dimulakan pada pertengahan Feb 2012. [...]

    • Kenapa Samsung Galaxy Note jadi Idaman? 13 February 2012 at 7:20 PM

      [...] dan Apple kini menjadi jenama Gadjet Impian ramai orang. Tahun baru 2012 ini tak mustahil ramai yang berazam nak dapatkan salah satu produk jenama tersebut. Termasuklah [...]

    • Post a comment

      CommentLuv badge