Sempena bulan Ramadhan nih, sedap btol berbuka dengan kurma. Macam-macam jenis plak tu yang ada di pasaran. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis kurma. Ada kurma safawi, mariami, ajwa ( kurma nabi ), kurma yang masih lagi bertangkai, kurma rotab ( ni manis seperti madu ) dan banyak lagi.
Makan kurma nih, banyak khasiatnya menjadikan ianya antara menu utama juadah berbuka puasa.
Dalam memilih kurma di pasaran, hati-hati diingatkan kerana kebelakangan ini terdapat pelbagai jenis kurma yang diragui halal haramnya. Btol ker? Was-was juga jadinya. Apapun, seeloknya kita rujuk kepada yang pakar & lebih mengetahui.
Antara jenis2 kurma yang diragui :
Kurma dari Israel (diragui kerana buatan orang Yahudi & dari Israel)
Kurma Jenama Mother
Kurma ni diragui kerana kononnya dicelup HolyWater. Tambahan pula gambar kotaknya pun macam gambar kepercayaan agama lain selain Islam. Sejauh mana kebenarannya tidaklah pula diketahui. Jika ragu2 & was-was seeloknya kita tanya pada yang pakar atau yang lebih mengetahui.
Di Malaysia nih..pelbagai jenis kurma boleh kita dapati. Untuk mengelakkan keraguan kita tuh, rasanya lebih elok kita dapatkan kurma yang telah pun disahkan halal oleh badan berwajib. Mencari yang halal itu Fardhu bagi setiap orang muslim..Wallahualam bissawab..
Mencari yang halal itu Fardhu bagi setiap orang muslim..















