Hukum Perniagaan FOREX Online difatwakan Haram

Hukum Perniagaan FOREX Online difatwakan Haram

hukum-forex-online

Akhirnya Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan telah memutuskan Perniagaan FOREX (Foreign Exchange) Online adalah Haram. Sebelum ini timbul sedikit kemusykilan berhubung hukum Forex Online yang semakin mendapat tempat sebagai sumber pendapatan online dari segi agama. Sekurang-kurangnya, ianya dapat menjawab segala persoalan yang timbul berhubung hukum halal haram perniagaan ini.

Sebenarnya, aku juga ada menyimpan hasrat untuk menceburi bidang Forex Online sebelum ini selepas melihat semakin ramai yang menjana keuntungan darinya. Tapi hasrat itu terpaksa ditangguhkan sebab kekurangan ilmu berkenaan Forex untuk mendalami ilmu Forex ini terlebih dahulu sebelum menceburinya gara-gara melihat risiko untung ruginya yang terlalu tinggi. Boleh kata hanya sebilangan kecil saja yang berjaya dengan Forex nih berbanding yang gagal.

Tambah lagi bila mana ianya telah difatwakan Haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, hajat nak meneruskan hasrat berkenaan pun jadi terbantut. Melihat daripada kenyataan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, perniagaan pertukaran mata wang asing (Forex) ini adalah haram kepada individu kerana tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

Alasannya, ianya boleh mengakibatkan spekulasi mata wang dan mengganggu kestabilan pasaran mata wang. Namun begitu, lain-lain perniagaan pertukaran mata wang asing seperti melalui Pengurup Wang atau dari Bank ke Bank masih lagi dibenarkan.

SPEKULASI MATA WANG HARAM

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan semalam memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing.

Pengerusi Jawatankuasanya, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin, berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan pertukaran wang asing membabitkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

 “Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu membabit penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata, keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak panel syariah Bank Negara pada muzakarah itu. – BERNAMA

- Berita Harian Online

Setelah pengumuman Hukum FOREX ini, pastinya ianya akan menimbulkan perdebatan dan perbincangan di kalangan pengamal Forex Online ini. Setiap orang pasti ada pandangannya yang tersendiri berkenaan isu ini. Setiap jenis perniagaan termasuk Forex sememangnya berisiko. Tapi kalau ianya berisiko tinggi dan boleh menjejaskan kestabilan ekonomi kita dan orang lain, eloklah pilih jenis perniagaan lain yang kurang berisiko. Tak kisahlah apa jenis perniagaan pun, sebagai seorang muslim, apa yang penting, ianya halal dan menurut Islam.

p/s – Dalam perniagaan memang kita digalakkan Berani untuk mengambil risiko. Tapi jika ianya melibatkan hukum halal haram menurut Islam, lebih baik merujuk kepada mereka yang berilmu.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , ,

    Kongsikan pendapat anda..