Jelitawan Malaysia dinobat Miss Tourism International 2011

Jelitawan Malaysia dinobat Miss Tourism International 2011

Aileen Gabriella Robinson

Miss Tourism International (MTI) 2011

Seorang lagi rakyat Malaysia membanggakan nama negara selepas dinobatkan sebagai Miss Tourism International 2011 menewaskan 10 jelitawan lain pada pertandingan akhir yang berlangsung di Sunway Resort Hotel & Spa.

Jelitawan Malaysia, Aileen Gabriella Robinson, 22, berjaya mengalahkan jelitawan dari 54 negara. Gelaran itu yang sebelum ini dipegang Nathalie Den Dekker dari Belanda menyarungkan mahkota itu kepada Aileen Gabriella.

Peserta pertandingan Miss Tourism International ini biasanya dipilih daripada pelancong-pelancong asing dan tempatan yang mengunjungi Malaysia sepanjang tahun 2011. Selain bertujuan mengiktiraf jelitawan-jelitawan yang hadir sebagai pelancong ke negara ini, ianya turut menggalakkan industri pelancongan.

Pertandingan Miss Tourism International (MTI) 2011 kali ini turut meraikan ulang tahun ke-15 MTI. MTI adalah unik dalam erti kata kerana ia satu-satunya pertandingan ratu cantik sempena ketibaan tahun baru dan sambutan itu membabitkan delegasi dari 54 negara untuk sama-sama meraikan detik 12 tengah malam Tahun Baru 2012.

.

Sumber

p/s – Semakin ramai ler jelitawan yang datang sebagai pelancong nanti. Untuk lelaki ada tak? ;-)

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , ,

    Kongsikan pendapat anda..