Johor Premium Outlets – Peminat Barangan Branded pasti suka..

Johor Premium Outlets – Peminat Barangan Branded pasti suka..

Johor Premium Outlets Johor Premium Outlets   Peminat Barangan Branded pasti suka..

Tiba hujung minggu atau musim cuti, pasti bosan tanpa aktiviti. Selain aktiviti rutin seperti mengemas rumah dan basuh kereta, mesti menarik bukan kalau dapat berkunjung ke destinasi menarik kala cuti sebegini. Kena pula time gaji baru masuk. Alangkah bagus jika ada destinasi menarik untuk dikunjungi.

Destinasi menarik di Johor yang dipilih untuk dikunjungi kali ini adalah Johor Premium Outlets (JPO) yang terletak di area Kulaijaya, Johor Bahru. Tempat nih baru saja dibuka kepada orang ramai pada Disember tahun 2011 lepas. Dengar komen positif rakan-rakan yang pernah berkunjung, hati turut meronta-ronta untuk mengunjunginya sendiri bersama keluarga tercinta.

Johor Premium Outlet atau lebih dikenali sebagai JPO ini menghimpunkan Jenama-jenama barangan terkenal di bawah satu bumbung. Antaranya Adidas, Armani, Burberry, Canali, Coach, Ermenegildo Zegna, Gap, Guess, Lacoste, Michael Kors, Nike, Oroton, Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo, Tumi dan banyak lagi. Pendek kata, peminat barangan branded dan kaki shopping pasti suka. Tambahan lagi apabila ia menawarkan diskaun antara 25~65 peratus setiap hari. Menarik bukan?

Mulanya aku ingat nak pergi pagi-pagi. Yelah, tempat baru dan tak pernah pergi, nak tercari-cari jalan lagi, takut jammed musim cuti lagi. Lagipun, waktu operasinya bermula jam 10 pagi hingga 10 malam. Lastly, jam 6 petang jugak baru bertolak keluar rumah sebab nak ambil Mak Usu Danish lagi kat Terminal Bas Larkin yang baru tiba dari Gemas. Maka, terus sajalah ke destinasi dituju.

Kalau anda biasa menggunakan Highway PLUS pasti perasan bangunan JPO nih di tepi jalan sebelum exit Tol Skudai. Kalau dari Johor Bahru, lokasi JPO nih memang tak berapa jauh dari Tol Skudai. Masuk jer Tol Skudai, baru KM19 dah kena susur keluar ke Exit Senai Airport. Tol pun baru RM0.80 sen. Signboard ada, confirm tak sesat punya. Nasib baik aku dah survey JPO Map kat internet terlebih dulu, perjalanan pun lancar jer.

Dari jauh dah nampak menara JPO tuh. Memang ada ala-ala Premium Outlet Phuket yang aku pernah berkunjung dulu, tapi rasanya JPO nih besar lagi kot. Cawangan-cawangan Premium Outlets di luar Malaysia juga banyak antaranya di Jepun, Korea, USA dan Mexico. Kiranya target market JPO nih memang untuk Asia Tenggara la tuh especially Singaporean.

jpo 1024x768 Johor Premium Outlets   Peminat Barangan Branded pasti suka..

Vincci Outlets 150x150 Johor Premium Outlets   Peminat Barangan Branded pasti suka..Padini Outlets 150x150 Johor Premium Outlets   Peminat Barangan Branded pasti suka..Guess Outlets 150x150 Johor Premium Outlets   Peminat Barangan Branded pasti suka..johor premium outlets 150x150 Johor Premium Outlets   Peminat Barangan Branded pasti suka..air pancut jpo 150x150 Johor Premium Outlets   Peminat Barangan Branded pasti suka..johor premium outlets jb 150x150 Johor Premium Outlets   Peminat Barangan Branded pasti suka..relaks at jpo 150x150 Johor Premium Outlets   Peminat Barangan Branded pasti suka..jpo 150x150 Johor Premium Outlets   Peminat Barangan Branded pasti suka..

Terdapat lebih kurang 80 jenama barangan branded dari pelbagai pereka seluruh dunia boleh didapati di sini. Kalau ada masa, lebih elok datang lebih awal. Bukan apa, lokasinya yang luas memerlukan lebih masa untuk berjalan. Tu tak termasuk masa rehat akibat penat berjalan lagi..hehe.

Selain tu, jangan lupa buat senarai barangan apa yang ingin dibeli. Kalau tiada senarai atau hanya nak windows shopping, pastikan budget anda mencukupi. Bukan apa, takut rambang mata melihat aneka barangan branded beserta diskaun yang ditawarkan. Kalau anda seorang peminat barangan branded, dijamin pasti puas hati.

Sedar tak sedar jam dah pun pukul 10 malam. Tu pun orang masih ramai lagi berlegar-legar di area air pancut berirama dan berwarna-warni yang menghiasi lanskap JPO. Maybe sebab tempat baru kot..hehe. Oppsss..tengok orang ramai beratur, teringat pulak kat tiket parking..RM3 per entry yer.

Johor Premium Outlets Map Johor Premium Outlets   Peminat Barangan Branded pasti suka..

Peta panduan nak ke Johor Premium Outlets..

Nak lagi informasi lanjut berkaitan Johor Premium Outlets (JPO)? Klik Sini

p/s – Tak kan nak pakai barangan Branded tiruan jer kan. Kalau dapat pakai barangan Branded Ori dengan harga yang berpatutan bukankah lagi bagus. Jom berkunjung ke Johor Premium Outlets!

Jumlah dibaca :749

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , , , , , , ,