Jom tengok Layang-layang Gergasi di Pasir Gudang!

Festival Layang-layang Sedunia 2012 telah pun berlangsung bermula hari ini 15 Feb hingga 19 Feb 2012. Setiap tahun memang aku sekeluarga tidak melepaskan peluang berkunjung ke Bukit Layang-layang Pasir Gudang untuk menyaksikan himpunan layang-layang gergasi dari pelbagai negara. Memang berpesta beb!
Gambar atas tuh adalah gambar tahun 2011 lepas. Menarik bukan? Festival kali ke-17 untuk tahun 2012 nih maybe aku akan pergi hujung minggu nih bersama keluarga tercinta. Biasanya, layang-layang gergasi dari pelbagai negara tuh hanya akan ada pada hujung minggu (Sabtu dan Ahad). Tak Sabtu, Ahad aku pasti akan ke sana. Masa bawak anak aku si Danish tahun lepas pun dia dah teruja. Apatah lagi tahun nih, akal dah cerdik..hehe. Al-maklumlah diam tak diam dah 3 tahun lebih umurnya.
Sekurang-kurangnya, ada juga aktiviti menarik untuk riadah bersama keluarga pada hujung minggu. Kalau teman-teman pembaca sekalian pun ingin turut serta, jom berkunjung ke Pasir Gudang. Festival macam nih setahun sekali jer. Bukit Layang-layang memang antara destinasi menarik di Johor untuk dikunjungi apatah lagi ketika musim Festival macam nih. Siap ada Muzium Layang-layang lagi di sana. So, jangan lepaskan peluang.
Kalau tak tahu bagaimana nak ke sana, nih ada beberapa info yang maybe dapat membantu..
Festival Layang-layang Sedunia 2012 | Pasir Gudang World Kite Festival
- Tempat : Bukit Layang-layang Pasrir Gudang
- Tarikh : 15~19 Feb 2012
- Keterangan lanjut berkaitan Jadual program atau apa saja info berkaitan Festival Layang-layang Sedunia Pasir Gudang ni, boleh layari laman sesawang : Kite Fest Pasir Gudang
p/s – Wau Bulan dan wau-wau Melayu lain tetap mempunyai keunikannya yang tersendiri. Tetap megah melayang bersama Layang-layang Gergasi yang jauh lebih moden dan canggih..











Jom tengok Layang-layang Gergasi di Pasir Gudang! http://t.co/wYinTPeq
Jom tengok Layang-layang Gergasi di Pasir Gudang! http://t.co/Yt1Gdg1Q via @upprofits @denaihati http://t.co/UzvNaCnq ..
RT @upprofits: Jom tengok Layang-layang Gergasi di Pasir Gudang! http://t.co/Yt1Gdg1Q via @upprofits @denaihati http://t.co/UzvNaCnq ..
RT @upprofits: Jom tengok Layang-layang Gergasi di Pasir Gudang! http://t.co/wYinTPeq
RT @upprofits: Jom tengok Layang-layang Gergasi di Pasir Gudang! http://t.co/Yt1Gdg1Q via @upprofits @denaihati http://t.co/UzvNaCnq
RT @upprofits: Jom tengok Layang-layang Gergasi di Pasir Gudang!,, http://t.co/5A4V1tK2
assalamulaikum…mama pun teringin nak pi juga kemungkinan hujung minggu juga baru dpt pergi…:)
maszull recently posted..Spontan Khamis… Senyuman Itu Satu Sedekah
Wa’alaikumsalam mama..layang2 gergasi dari pelbagai negara tuh rasanya hujung minggu baru dpt lihat byk..kena tgk diorg punya jadual program..byk aktiviti2 yg dijalankan sepanjang festival berlangsung..mmg sesuai utk aktiviti riadah bersama keluarga..
Teringat plak zaman budak2 dulu. Masa main layang2 dah tak ingat dunia…
shraqs recently posted..Hayao Miyazaki Studio Ghibli
Hehe..walaupun hanya layang2 kertas surat khabar..tu pun smp xigt nk lek umah..memori zaman kanak2 tuh..
dulu masa study kt johor rajin gak g tgk lyng2 nie..
Mesti study kat area pasir gudang kan? hehe