
Kahwin Oh!! Kahwin
Oh! Indahnya Alam Perkahwinan..
Tarikh Mula: 3/5/2011
Tarikh Tamat: 3/7/2011
Tempoh : 2 bulan
PERINGATAN: Anda Yang Tidak Kahwin Pun Boleh Join!! Just Write it out…
5 Kategori Hadiah “Kontest Kahwin Oh!! Kahwin”
- Hadiah Utama : Sebuah alquran digital – infonya boleh didapati di alqurandigital2u.com + 3 keping Dirham Kelantan!!
- Hadiah Top Refferer : 3 keping Dirham Kelantan.
- Hadiah Top Commentator: 3 keping Dirham Kelantan.
- Hadiah Top SERPs: 3 keping Dirham Kelantan.
- Hadiah Gambar Kahwin Terbaik : 3 keping Dirham Kelantan.
Keseluruhan Hadiah Dianggarkan Bernilai RM700 dan InsyaAllah terus meningkat!! Info lanjut, layari Blog Ar-rifke
*****************************
Kahwin Oh!! Kahwin
Oh! Indahnya Alam Perkahwinan..
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setiap makhluk di dunia dicipta berpasangan. Naluri semulajadi itu menjadikan kita berkeinginan untuk berpasangan. Tak kira teruna atau dara, tua atau muda, baik atau jahat, duda mahu pun janda sudah pasti ingin menikmati betapa indahnya hidup berpasangan yang akhirnya melangkah menuju ke alam perkahwinan.
Apatah lagi bila melihat insan di sekeliling bermesra, bergurau senda, dan berbahagia bersama orang tersayang, pasti akan terselit sedikit perasaan cemburu walaupun sekelumit. Jauh di sudut hati, pasti kita juga berkeinginan begitu. Ada tempat untuk kita berkongsi suka duka, ada tempat untuk kita meluahkan rasa hati, ada tempat untuk kita bermanja dan mencurahkan kasih sayang dan yang paling penting kita sama-sama dapat menghindari dosa. Oh! betapa manis dan indahnya alam perkahwinan.
Teringat masa zaman bercinta iaitu sebelum menempuh alam perkahwinan, rasa hati teruja dalam melakukan persiapan ke alam perkahwinan. Biar pun penat, tapi segalanya berbaloi. Apalah salahnya berkorban untuk sesuatu yang mungkin berlaku sekali seumur hidup kita ni. Dalam hati sentiasa tertanya-tanya, “Adakah semuanya sudah tersedia? Persediaan perkahwinan, mas kahwin, hantaran dan tok kadi”. Kalaulah ada iklan perkhidmatan atau barang majlis perkahwinan Online seperti sekarang, pasti segalanya akan menjadi lebih mudah. Tok kadi? Alamak! Sudah bersediakah aku nak bersoaljawab dengan tok kadi masa akad nikah ni nanti? Bila mendengar pengalaman dan usikan kawan-kawan, sesiapa sahaja pasti berdebar-debar bila memikirkan cara nak berhadapan dengan Tok Kadi ni. Hmm..tersenyum sendiri aku.. “kata nak menempuh alam perkahwinan, perlu lah penuhkan ilmu di dada”. Sambil-sambil tu minta lah juga tips atau petua alam perkahwinan dari mereka yang berpengalaman. Buat bekalan bagi menempuh alam rumah tangga.
Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, akad ijab dan kabul berjaya aku laksanakan. Maka, secara rasminya aku telah menjejakkan kaki ke alam perkahwinan yang selama ini diimpikan setiap insan bercinta. Maka, secara rasminya juga gelaran pun berubah menjadi suami dan isteri serta bakal menjadi ayah dan mama kepada anak-anak kami nanti. Kini baru ku tahu betapa indahnya alam selepas kahwin. Makan minum berjaga, menjadi lebih bertanggungjawab dan berpendirian dan yang paling penting ada tempat untuk kita mencurahkan kasih sayang secara halal. Secara halal? Hmm..faham-faham sajalah..
Dalam perkahwinan, kehadiran anak-anak dianggap anugerah dan pengikat kasih sayang hidup berkeluarga. Tanpa anak-anak, hidup berkeluarga pasti bagaikan tidak lengkap. Sunyi, sepi, bosan, iri hati dan sebagainya pasti akan menyelubungi hati. Apatah lagi bila melihat keceriaan dan kebahgiaan orang lain di sekeliling kita. Jauh di sudut hati pasti menginginkan perasaan ceria dan bahagia seperti itu. Melihat anak-anak membesar, bersekolah, seterusnya berumahtangga bagaikan kitaran kehidupan yang pasti akan menyentuh hati dan perasaan kita dalam menilai erti pengorbanan ibu bapa kita membesarkan kita selama ini. Pengalaman inilah yang akan mendewasakan kita dan menjadikan kita lebih mensyukuri nikmat Tuhan sekaligus menjadi pedoman agar kita lebih menghargai erti sebuah perkahwinan.
Harapan setiap insan yang berkahwin agar kebahgiaan alam perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke anak cucu. Berikan anak-anak kita contoh yang baik agar mereka dapat mewarisi kebahagiaan yang kita nikmati. Bukan setakat dapat menyambung zuriat malah salasilah keluarga bahagia dapat dikembangkan seantero dunia.
Kepada yang masih bujang dan ragu-ragu untuk menempuh alam perkahwinan, tekadkan dalam hati dan percaya bahawa kebahagiaan pasti akan dimiliki dan bukanlah hanya indah khabar dari rupa. Alam perkahwinan juga umpama kain putih, kita lah yang akan mencorakkan warna-warni keindahan alam perkahwinan kita dan menentukan hala tuju kita dalam sebuah perkahwinan. Pasti ramai yang telah menikmatinya akan bersetuju, betapa indahnya alam perkahwinan.
Sekian, secebis kisah betapa indahnya alam perkahwinan.
*****************************
UpProfits : Oh! Indahnya alam perkahwinan ..sedar tak sedar bulan Jun tahun ni, genap sudah 4 tahun usia perkahwinan aku dan isteri tercinta. Syukur Alhamdulillah kerana dikurniakan-Nya kebahgiaan alam perkahwinan.












tahniah… anda perserta pertama sertai kontest ini.. satu entri yang sangat menarik sekali.. semoga anda memenangi kontest ni.. insyaAllah….
Sambil buat entri, sambil support kontest bro Aried..
[...] Jumlah Dibaca :1Kontest Kahwin Oh!! Kahwin | Senarai Peserta Kontest Kahwin Oh!! Kahwin 1. Kahwin Oh!! Kahwin | Indahnya Alam Perkahwinan Lihat lebih details–> innity_pub = "10a5ab2db37feedfdeaab192ead4ac0e"; innity_zone = "13821"; [...]
alhamdulillah…cuma pastikan anda tinggalkan komen anda di entri kontest… lepas itu share entri anda di facebook ar-rifke.com… ok? huhuhu… btway, like ur post very much!!…
im still single..hehehhe
Tahu..tak sempat pun tinggal komen kat entri tp trackbacks yg pergi dulu..huhu..
begitu indah perkahwinan..akan ku cuba utk menjadi suami yg terbaek buat fmly suatu hari nanti..
airneslobeng recently posted..VIDEO Gaya Mat Rempit India Taip Mesej Sambil Berbaring Atas Motorsikal RXZ
Kita yang mencoraknya bro..
wahhh..smart…kreatif habis..huhu…tahniah2..
Terima kasih.. peserta lain lom submit lagi..silap2 lebih gempak.. huhu..
hehehe..tak sabar nk kawen
apikpehe recently posted..Layan Wayang- THOR dan Jumpa Anjing Comel Tapi Telanjang
pasang la shout bro….leceh la nak masuk email la ape bala lagik….yg simple dah la….hehe
Pasang shout nanti hang xnak komen kat sini..asik nak shout jer.. hahaha.. ok, ok, nanti aku buat.. tp ko mesti kena tolg aku, recommend shout mana yg best.. aku kan newbie.. hahaha
wah,cm best kontest ni!!!
p/s : tq2 sudi ggar kat sni plak..hehhe..
boleh aje lau nak follow..xder halangan…
Kalau rasa best, join ajer kontest ni..rezeki masing2..
mekaceh datang blog saya. follow blogg nie (:
Cama-cama..ahaks~
xkawin lg…cne na join…btw gud luck pd yg join..:)
anis recently posted..pemenang 1st contest anis pic percutian
Xkawin pun tetap leh join..sbb keyword dia juz ‘alam perkahwinan’, cerita bebas..maybe pengalaman sendiri, kawan atau impian kita..
oh,kiranya org yg bujang boleh join?
tapiii,belum ada pengalaman berumahtangga macamana tu?
teehee o.0′
javanese DOVE! recently posted..kelebihan pencuci jamban
Pengalaman alam perkahwinan xder xsemestinya apa yg kita impikan dalam alam perkahwinan pun xder kan. Entri bebas asalkan ada kaitan ngan alam perkahwinan ..
wah tertariklak bila baca artikel ni
kena join ni test ni
agaknya teman leh menang x?
x kawin lagi ni
hiihii
Sesiapa pun leh join.. menang atau kalah tu rezeki masing2..
alhamdulilah bro….
semoga bahagia hingga hujung nyawa…..
kotakhitam recently posted..BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011
Aminn..
4 tahun dikira lama juga tentu banyak asam garam adat berumah tangga sudah ditempohi. Moga bro dan famili didalam keadaan aman dan baik-baiuk sahaja
akubiomed recently posted..Bulan April bersama famili
@akubiomed.. Terima kasih bro, umpama lauk..jika xcukup asam dan garam manakan sedap kan..hehe
Fauzie Jasmani @ eiz1004 recently posted..BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011
macam best..tapi..err.. tak ada pengalaman. huhu
@tim92.. walau pengalaman xder tp impian ada kan..
semoga kekal ke akhir hayat. Amin~
syuwai recently posted..STIKY P0ST GA – LETS GO GREEN SAVE THE EARTH!
@syuwai .. Aminn
yaya datang pandu lalu…..
selamat berkenalan eiz
@yaya.. selamat berkenalan juga yaya.. rajin2 ler singgah..
Salam ziarah
hye2…singgah sini….
kahwin?? uuu……… nt ila join.. takot nk join.. adiah dye sgt besh..
ilavanilla recently posted..Wacana Pengenalan Bersama Bro Wacana -
tahniah da 4 tahun..alhamdulillah,semoga kekal ke akhir hayat

pearl jade recently posted..Doa solat istikharah
@pearl jade.. Aminn..TQ.
tahniah join contest ni bee nk join tk de idea huhu..
gegar sini balik dah follow juga salam kenal kenal
puanbee recently posted..BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011
Jemputlah join Puanbee.. keywordnya ‘alam perkahwinan’, tajuk bebas. Puanbee sure byk pengalaman yg nk dikongsikan..hehe
tahniah,
semoga terus kekal berbahagia hingga ke akhirnya..
kakyong recently posted..BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011
@kakyong.. Aminn..terima kasih kakyong..
assalamualaikum saudara Fauzie
good luck ya, menarik contest tu.akak tak reti nak join.
4 tahun , satu tempoh percubaan yang mencabar kan, sebenarnya?
macam akak, 3 tahun pertama perkahwinan adalah tempoh berkenalan
yang sampai kini rasanya belum habis lagi berkenalan,:).
Wa’alaikumussalam kak ummu, TQ. 3 tahun masih belum habis berkenalan? Tu belum campur masa berkawan dulu..ahaks~
Yelah, lagi lama kita kenal seseorang tu..rupanya byk lagi yg kita xtahu especially pasal pasangan kita. Belajar drp pengalaman..
tahniah dan semoga kekal selamanya… amin
syamila recently posted..Ahmad…Jom Tidoooooo…
comelnyer baby..:)
miss nadya recently posted..Miss Nadya Buat Giveaway Kali Pertama
wahhh mcm best jek kann.. heheh, good luck okeh. gegar mengegar dar abg beng
jom singgah
Gempa sedang melanda, jom pakai sit belt.. heheh
Hadiah buat Mak, bukan mendera okeh. hehehe
cintabunga recently posted..Selamat Hari IBU!!! ouhh- masih sempat lagi okeh heheh
wah…. comel anak…
semogew berkekalan hingga ke anak cucu.. thanks sudi jengah blog kitew… 

farass recently posted..BEN ASHAARI GEGAR BLOG MAY 2011
@farass.. Terima kasih..
syoknyaaa kawen…nak jugak~
@cpahniza.. Cepat2 la kawen..best woo..hehe
hahhaha mcm mana nk join nii? tak pernah kawen lagi? heheh.

lady dayana recently posted..terbaik selama nya -
salam
tak nampak pula nama sponsor hadiah dalam entry ni =)
good luck bro
momoy nak join tapi tak ada idea. huhu…
Katak Puru boleh dimakan???”
Cerita tentang… (kalau korang nak tahu je la)“
@Princess MOMOY.. nama sponsor xletak tp link Sponsor ada jer kat celah2 ayat tu. Hadiah kontest disponsor oleh MyKahwin.my dan 1tradezone.my ..
salam kenal…mcm kebetulan la plak contest ni….tak lama lg dlm 2 minggu saya pon nak melangkah ke alam perkahwinan gittew….
p/s : saya sudah follow (^_^)v
jellymerah recently posted..buat baik tapi dibalas tuba
@jellymerah.. Apa lagi? leh ar kongsikan pengalaman melangkah ke alam perkahwinan tu nanti..ahaks~
Good Luck jellymerah! Selamat melangkah ke alam Perkahwinan!
err..kalo tak kawen camne nak wat post eh..kalo amik pengalaman org agak2 leh kire ke?or amik dari ape yg kite nampak dari perkahwinan org lain..heheheeh
DyaMohd recently posted..Segmen Khas ar-rifkecom Pencarian 100 Blog Top Blogger Baru
@DyaMohd.. Boleh jer.. asalkan gmbr hak milik sendirian berhad..actually byk leh citer.. pasal impian ker, psl kawan kawen ker, adik beradik kawen ker, atau apa saja..tajuk bebas..asalkan xlari topik..’Alam Perkahwinan’.
wah..sweetnya pic tu..:D
Qila recently posted..BlackBerry Messenger
@Qila.. TQ sis..
Moga rumahtangga sentiasa dlm rahmat Allah …ameen
pssst…moga berjaya dalam kontest ni…
@hafizmd ..Aminn, terima kasih.
singgah sini!! syok ke kahwin? teehee.. muda lagi la nak fikir kahwin..:)
nice entry,,Aku tengok entry ni ler sampai aku pun join contest ni..hehehehe..
adamnarzuan recently posted..KAWIN OH KAWIN -PITIS TAKDOK TAPI WASE NAK NIKOH
@adamnarzuan ..kira macam pencetus inspirasi la nih? ahaks~
Xper, rezeki memasing. Good Luck! Semoga berjaya dlm kontest nih..
All the best!
Saya menanti waktu yang sesuai je.
haha.
Norhayati Rostam recently posted..Qadha Selepas Haid
@Norhayati Rostam ..Bilakah itu..hahaha
Haha.
Tengah tunggu la ni.
Ntah bila ya.
Norhayati Rostam recently posted..Qadha Selepas Haid
[...] p/s – Oh! Indahnya alam perkahwinan .. [...]
hohoho..good luck,Sya nak join juga. hope sempatlah, rini last
Sya Isya recently posted..GAMBAR MAJLIS PERNIKAHAN TOMOK DAN AYU
Masa dh dilanjutkan la sya..ada masa lgi smp 3/8/2011..huhu..
haah. dah terbaca kat blog ar-rifke. Alhamdulillah, dapatlah Sya join. Tengah cari idea ni. Ada banyak lagi contest lain ni.
Sya Isya recently posted..KEPUTUSAN TERKINI MALAYSIA VS TAIWAN 3 JULAI KELAYAKAN PIALA DUNIA 2014
Jgn lmbt2 sya, nnti tamat tempoh plak..kalu xsempat, maka cerahlah peluang kami yg 13 org terawal nih..hahaha
gud luck!
salam kenai
Jom join GA Deqlis.. Timaceh
deqlis recently posted..GA LIKE THIS PICCA
[...] mereka. Makin lama makin tidak nampak keserasian itu walaupun matlamat mereka sama iaitu untuk mendirikan rumahtangga. [...]
menarik entry nyer …
eh samelah kite ulangtahun bulan jun

Ummi Hanie recently posted..Pengurangan aktiviti blogging di bulan Ramadhan
Makaseh..ye ker? dh sambut ulangtahun ke brp ummie?
same2 …
dah smbut ulangtahun ke-9 … alhmdllh
wah mantop SEO entry ni , ade can mng

Ummi Hanie recently posted..Noraniza Idris bakal kahwin dengan Ustaz
Makaseh..kalu menang alhamdulillah..peserta pertama join, main redah jer..nk tgk contoh yg dh join pun xder..huhu
tahniah mng yer…
mmg sy dah agak Eiz mng utk kategori top keyword ni ..
merasa dpt dirham klate yer
Ummi Hanie recently posted..Koleksi Soal Jawab berkaitan puasa : Bahagian 2
Rezeki bln puasa ummie..murah plak rezeki bln puasa kali nih..alhamdulilah..
[...] Kepada mereka yang belum terjebak dengan gejala yang tidak sihat akibat sambutan-sambutan seperti Tahun Baru dan Valentine’s Day nih, hindar-hindarkanlah especially pasangan couple yang sedang mabuk asmara. Bukan apa, takut nafsu tak terkawal, terlahirlah pulak insan-insan yang tak berdosa akibat keterlanjuran tak diduga. Dah lah bayi-bayi kecil ini tak bersalah, ada yang kena buang pulak tuh. Sebelum perkara-perkara negatif sebegini terjadi, lebih baiklah dihindar. Disebabkan banyak yang buruk daripada yang baik, sambutan seperti Hari Kekasih ini amat tidak digalakkan especially kepada pasangan-pasangan yang belum berkahwin. Kalau benar nak buktikan cinta dan kasih sayang, cepat-cepatlah berkahwin. Selepas tuh, hari-hari pun boleh menjadi Hari Kekasih dan berkasih sayang. Tak percaya boleh tanya mereka yang telah berkahwin betapa indahnya alam perkahwinan. [...]