Kenaikan Kadar Baru Caruman KWSP Syer Majikan berkuatkuasa Januari 2012
Salam hormat,
Menjelang tahun 2012, pencarum KWSP menerima khabar gembira apabila KWSP memaklumkan kenaikan kadar baru caruman syer majikan bagi pekerja-pekerja yang menerima upah/gaji bulanan RM5,000.00 dan ke bawah akan berkuat kuasa mulai upah/gaji bulan Januari 2012 (caruman Februari 2012).
Kadar baru caruman KWSP syer majikan ini melibatkan dua kategori pekerja seperti berikut:
- Pekerja yang berumur kurang dari 55 tahun – Kadar baru caruman syer majikan adalah 13% (kenaikan 1%); tertakluk kepada jumlah upah/gaji dalam Bahagian A, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.
- Pekerja yang berumur 55 tahun dan ke atas sehingga 75 tahun – Kadar baru caruman syer majikan adalah 6.5%; tertakluk kepada jumlah upah/gaji dalam Bahagian C, Jadual Ketiga, Akta KWSP 1991.
Selaras dengan perubahan kadar caruman ini, KWSP mengeluarkan Jadual Ketiga Akta KWSP 1991 terkini untuk panduan majikan yang boleh dimuat turun dari laman rasmi KWSP.
Download Jadual Ketiga Akta KWSP 1991 (untuk panduan Majikan)
Pertanyaan lanjut boleh disalurkan ke:
a. Maklum balas online melalui Enquiry
b. Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000
c. Mana-mana Pejabat KWSP
Diharap dengan berita kenaikan ini dapat meringankan beban pekerja menjelang hari tua nanti. Sekurang-kurangnya isu ketidakcukupan wang menjelang usia persaraan nanti dapat dikurangkan selain pekerja itu sendiri yang perlu bijak menguruskan wang simpanan KWSP mereka selepas persaraan.
.
p/s – Kadar Caruman KWSP Majikan lebih Tinggi untuk Pekerja Berpendapatan RM5 Ribu Ke Bawah Berkuatkuasa Gaji Januari 2012..maknanya satu lagi Berita gumbira buat pencarum KWSP. Jangan boros selepas bersara nanti sudah..







Satu lg berita baik buat pencarum KWSP menjelang 2012..caruman majikan naik.. Cc : Shuichi Hikarimoji, Hafizal Mohamad, Mohamad Azlan, Jasudin Mohamed, Latifahbee Kay, Norasmah Hj Selamat, Dira Salim, Aman Damai.