Kenapa kena simpan Silver selain tunai? | Pelaburan Perak atau Silver

pelaburan silver atau perakSalam hormat,

Kos sara hidup yang semakin meningkat kini, menarik minat orang ramai untuk mencari pendapatan sampingan. Simpanan dan pelaburan adalah salah satu inisiatif mereka untuk meningkatkan pendapatan. Namun, berita kemerosotan mata wang Amerika dan ekonomi global, memaksa kita memikirkan apa akan terjadi dengan nilai mata wang negara-negara di dunia pada masa akan datang termasuklah kita di Malaysia. Disebabkan itu jugalah ramai yang beralih membeli emas dan perak (silver) sebagai pelaburan

Kenapa kena beli / simpan Silver atau Perak?

Untuk kawan-kawan yang belum ada buat simpanan silver , mesti tanya, “Kenapa perlu aku beli?”

Bila mula cerita tentang kepentingan menyimpan dalam silver  ada sorang kawan ni kata:

“Tak cukup ke simpan duit dalam ASB atau unit trust? Simpanan jugak kan? Confirm ada dividen tiap-tiap tahun. Tak payah nak risau harga jatuh ke atau rumah kena rompak.”

Ini adalah jawapan yang biasa diterima. Memang tak boleh dinafikan yang duit ASB masih dikira simpanan, silver  tak memberi dividen dan turun naik harga silver memang menakutkan (bagi yang tidak faham).

Sebab no. 1 kawan-kawan kena menyimpan dalam silver  ialah kerana kadar hutang lapuk bertrillion dolars yang ditanggung oleh negara-negara barat yang kononnya dilabel negara maju. Dan ‘champion’ penghutang paling banyak adalah tidak lain dan tidak bukan : Amerika Syarikat. Jom cek sini berapa hutang Amerika sekarang. Cuba anda google : US Debt Clock. Terkejut tak bila tengok hutang negara ‘KAYA’ USD14 trillion?

“Lah, apa pulak kena mengena hutang diaorang dengan rakyat Malaysia? Apa kena mengena dengan kena simpan silver ?”

Okay, apa kata kita selidik kes ni..

Kalau kita ada kawan yang suka berhutang, bila dia tak ada tunai dia akan mohon kad kredit. Jenis belanja sakan lepas tu bayar minimum tiap2 bulan. Lepas satu kredit kad dah max dia mintak kat bank lain. Belanja sakan lagi. Bayar minimum sahaja lagi.

Sampai satu hari, takde bank yang akan approve kad kredit. Pinjam pulak kat kawan-kawan. Masih tak sedar diri. Belanja sakan dan buat-buat lupa bayar bila kawan tanya. Lama-lama isytihar bankrap.

Beza Amerika dengan kawan kita yang boros di atas tu tadi, Amerika BOLEH CETAK DUIT untuk konon-konon tunjuk kaya. Setakat ini, Amerika dah cetak 9 trillion dollars untuk berbelanja.

Sekarang lagi senang, mana pakai mesin cetak lagi, tinggal masukkan masukkan command: ‘masukkan 1 trillion dalam bank’ lepas tu tekan ‘Enter’.

Punca Inflasi sebenar bukannya Kenaikan Harga

Lambakan duit inilah yang dipanggil INFLASI SEBENAR. Bukannya kenaikkan harga. Kenaikkan harga barang hanyalah simptom-simptom terjadinya inflasi. Contohnya zaman Jepun dulu, duit daun pisang berlambak-lambak tapi takde nilai. Harga barang tinggi sebab duit dah semakin banyak.

Tak percaya, tunggu dan lihat saja. Bila kepercayaan terdapat sistem matawang terhakis, manusia akan berpusu-pusu cari silver  untuk melindungi harta. Kejadian ni dah jadi berulang-ulang kali dalam sejarah. Contoh: Dinasti Yuan, Weimar Germany, Zimbabwe.

Cuba kawan-kawan google ‘hyperinflation‘.

Bila semua orang dah berpusu-pusu menukar wang kertas yang cepat sangat susut nilai tu tadi kepada silver, harga sudah tentu akan melambung. Selagi kerajaan dunia tak berenti mencetak lagi banyak duit, selagi tu la silver  akan naik harga.

Bukan silver  je yang naik harga, SEMUA barang akan terus naik harga.

Pelaburan Silver sebagai Pelindung Harta

“Kalau kita beli insurans sebagai pelindung kereta, Kita KENA juga beli silver  sebagai pelindung harta.”

Buat masa ini kesedaran masih kurang menyimpan dalam bentuk silver. Untuk yang ada kesedaran pun, mereka masih tercari-cari cara memulakan pelaburan silver. Jika masih tercari-cari Panduan atau Kaedah sebenar Pelaburan Silver, mungkin boleh dapatkan ebook ‘Pelaburan Fizikal di Malaysia + Kajian Kes Tukar Ganda Silver‘ yang akan mendedahkan kaedah terbaik untuk memulakan pelaburan perak.

p/s – Disebabkan Nilai Silver yang lebih murah berbanding emas, tu sebab Silver menjadi pilihan. ;-)

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , ,

    Kongsikan pendapat anda..