Kenapa Samsung Galaxy Note jadi Idaman?

Gadjet Impian - Samsung Galaxy Note
Samsung dan Apple kini menjadi jenama Gadjet Impian ramai orang. Tahun baru 2012 ini tak mustahil ramai yang berazam nak dapatkan salah satu produk jenama tersebut. Termasuklah aku. Kalau korang mengikuti entri aku sebelum ini, sudah tentu tahu apa Gadjet Impian aku. Ya, Samsung Galaxy Note. Cuma nak beli tu kenalah ambil masa kumpul duit. Nak cepat, cuba nasib sertai Contest, Cabutan Bertuah atau yang seumpama dengannya. Manalah tahu usaha kita tuh boleh membuahkan rezeki.
Sebenarnya memang dah lama aku ikuti perkembangan pesat trend Gadjet di Malaysia. Cuma buat masa ini hanya dapat memerhati perkembangan trend Gadjet semasa. Bak kata orang, jangan kita ketinggalan zaman dan tenggelam dalam arus teknologi masa kini. Bermula dengan perkembangan trend Handphone, kemudian diikuti dengan notebook, DSLR dan kini smartphone dan tablet. Jangan terkejut kalau budak sekolah pun dah ada Gadjet sendiri.

Gadjet Antik menanti untuk di'upgrade'..
Koleksi Gadjet aku ketika ini hanyalah sebiji handphone 2G, Laptop 15″ dan Camera Kompak. Jangan korang gelak pulak dengan Gadjet Antik aku tuh..hehe. Bukan kolot atau tak mahu mengikuti perkembangan Gadjet masa kini cuma lebih mengikut kemampuan semasa terlebih dahulu..hehe.
Kalau ikutkan hati, mahu saja aku beli gadjet idaman hati. Tengok kecanggihan smartphone baru, tertarik. Tengok rakan-rakan sekerja bimbit Tablet dan iPad baru pun aku tertarik. Tengok gambar-gambar menarik rakan-rakan hasil dari DSLR pun aku tertarik juga. Whoa, semua tertarik nih takkan la nak beli semua kan? Berangan jelah dulu..Hahaha.
Sehinggalah muncul produk terbaru Samsung Galaxy Note. Aku rasa produk ini merupakan pilihan terbaik untuk dimiliki selain produk Apple kerana ia menawarkan apa yang aku mahu All-in-One. Jika digunakan dengan sebaik-baiknya, tak mustahil ianya boleh menambahbaik dan membantu kehidupan kita. Bagaimana? Nanti aku cerita..
Bagaimana bantuan Gadjet boleh membantu kehidupan?
Mengikut trend Gadjet semasa, produk jenama Apple dan Samsung antara jenama pilihan ramai orang diikuti dengan HTC dan lain-lain. Kualiti, harga, populariti dan spesifikasi terbaik menjadi keutamaan dalam persaingan itu.
Pada mulanya, aku terasa ingin memiliki Tablet samada iPad 2 atau pun Galaxy Tab. Tapi bila dah survey kelebihan dan kekurangan Gadjet tersebut, aku ‘hold’ sekejap niat aku tu memandangkan aku dah ada laptop. Lagipun, aku ingat tablet nih semua boleh buat ‘call’ macam Handphone. Bolehlah sekaligus menggantikan Handphone 2G antik aku tuh nanti. Rupanya hanya Galaxy Tab jer yang ada menawarkan ciri-ciri tersebut tapi rasa macam terlalu besar pulak nak letak di telinga, kenalah pakai earphone..hehe.

Agak-agak yang mana satu Galaxy Note?
Selain tuh, aku ingat kalau aku ada tablet, tak perlulah aku nak usung laptop aku tuh ke mana-mana selain untuk memudahkan urusan kerja. Aku sangka, kegunaan tablet sama seperti laptop. Rupanya hanya untuk kerja atau dokumentasi yang simple sahaja. Maknanya, aku tetap perlukan Laptop aku tuh untuk membuat kerja-kerja dokumentasi. Takkan nak beli tablet semata-mata nak main Angry Bird jer..hehe.
Kalau cerita bab kamera pula, memang menjadi kemestian tatkala berkunjung ke destinasi menarik. Memang suatu kerugian kalau terlepas shot atau event menarik gara-gara takder kamera nih. Tapi tak dinafikan, selalu juga tertinggal. Kalau tak tertinggal pun, bateri habis. Kamera handphone? Kamera VGA yang ada dalam Handphone 2G antik aku tuh, tak berapa nak membantu. Lagipun memori Handphone 2G tu kecil jer, tak pasal-pasal jadi mangsa delete kalau memori tak cukup. Tengok rakan-rakan berkongsikan gambar-gambar cantik dari DSLR mereka, tak dinafikan cemburu pun ada. Tapi setakat nih hanya mampu berangan jelah nak ada DSLR sendiri suatu hari nanti. Masa jer yang akan menentukan..
Tapi nak memiliki semua gadjet-gadjet tu dalam satu masa macam mustahil pula. Selain sebab harga, boleh ke aku bawa semua tuh sekali. Dalam kepala dah terbayang beg besar nak isi gadjet-gadjet tuh kalau aku ke mana-mana. Kalau nak ikut keutamaan, mana satu nak bawa yer. Dilema juga nak pilih tu..hahaha. Sehinggalah muncul Samsung Galaxy Note. Aku rasa, ia pilihan terbaik untuk menyelesaikan segala permasalahan aku tuh.
Kenapa Samsung Galaxy Note jadi Pilihan?
Ciri-ciri dan spesifikasi Galaxy Note memang memukau dan aku percaya boleh membantu menambahbaik dan memudahkan urusan harian aku.

Galaxy Note - aplikasi pelbagai fungsi All-in-One
Apa yang buat aku tertarik dengan Galaxy Note nih adalah ciri-ciri Smartphone dan Tabletnya selain didatangkan dengan Kamera 8MP. Kat sini jer dah ada semua ciri-ciri Gadjet Impian aku, All-in-One. Tak perlulah aku nak fikir nak beli Smartphone, Tablet dan DSLR secara berasingan. Bukankah ianya dah menjimatkan?
Saiznya juga sederhana dengan paparan skrin HD Super AMOLED 5.3″. Kalau korang melihatnya sebagai Handphone, memang nampak agak besar tapi jika melihatnya sebagai tablet, tidaklah terlalu besar. Pendek kata, masih boleh masuk poket. Tablet yang bersaiz 10.1″ pun orang boleh usung ke sana ke mari, inikan pula Galaxy Note..hehe.
Antara kelebihan Samsung Galaxy Note :-
- Paparan cantik skrin HD Super AMOLED (pertama dan terbesar 5.3″) sangat sesuai untuk aspek multimedia.
- Skrin besar (5.3″, 800 x 1280 pixels), ringan (178g) dan nipis (9.65mm).
- Camera 8MP + lensa depan 2MP (tak perlu risau tertinggal kamera lagi)
- Rakaman Video HD (tak perlu risau terlepas event menarik untuk diabadikan jadi kenangan)
- Smart Stylus S-Pen (boleh guna untuk catat nota, organiser, edit gambar, melukis dan sebagainya)
- Bateri 2500 mAh (semestinya tahan lama. Standby: Up to 960h (2G), Up to 820 (3G). Talk time: Up to 26h (2G), Up to 13h (3G))
- Sistem Operasi Dual-Core 1.4 GHz ARM Cortex A-9 pasti sangat lancar digunakan.
- Memori Internal 16GB/32GB berserta RAM 1GB + Card Slot MicroSD up to 32GB
- dan lain-lain lagi.
Aku memang dah lama mengimpikan memiliki sebuah smartphone atau tablet bagi menggantikan handphone yang aku pakai sejak 2004. Harap-harap tahun 2012 ini impian tuh dapat direalisasikan. Jika ianya dapat membantu memudahkan urusan harian aku, kenapa tidak aku memilikinya. Target tahun 2012..Samsung Galaxy Note.
..
p/s – Jika bro DenaiHati dikenali dengan slogan Hidup Untuk Memberi, jangan pula kita dikenali dengan ‘Hidup Untuk Menerima’ jer. Jika kita benar-benar mahukan apa yang kita impikan, usahalah ke arah itu. Insya-Allah impian pun boleh menjadi kenyataan. Artikel ini pun adalah sebahagian usaha aku untuk memiliki Gadjet Impian.. doakan aku berjaya yer..Aminn..
- Entri Original sempena Gadjet Impian -
**************************************
“Contest Gadget Impian anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Eizil.com, Anarm.net, eQurban.com, Silver Asia Sdn Bhd, Kedai Kak Siti, Jaws.my dan Serverfreak“
**************************************











Mat Tampal liked this on Facebook.
Kawaii Yuyue Affens liked this on Facebook.
Kenapa Samsung Galaxy Note jadi Idaman? http://t.co/haJjFrR7 via @upprofits @denaihati @abgteror http://t.co/UzvNaCnq
Moga dapat apa yang diimpikan. Sya pun ada terpikat juga dengan SGN ni, tapi last2 rembat SGT je
Good luck!
Sya Isya recently posted..CERITA KISAH INFO TERLARIS MASA KINI
wah hebat kawan aku nie….harap2 dia menang yerk
hafizal recently posted..Lawatan Ke Muzium Kapal Selam Di Pantai Klebang Melaka
Akan lbh hebat lg jika mendapat sokongan rakan2..rajin2 ler komen kat artikel Denaihati tu yer..komen pjg sket, lbh 7 patah perkataan atau komen akan di’delete..huhu..jgn lupa Like, Tweet, +1 dan LinkedIn sekali..
sekali panjang berjela lah lepas baca ni mcm nyesal jek pilih iPhone4s heheheh
puanbee recently posted..Jahit Manik Sekebun Bunga Dan Sulaman Manik Crumble
Hahaha..ni lah karangan namanya PB..
[...] Padu diperlukan Bantu Capai Impian Contest Gadjet Impian Denaihati kini sampai ke kemuncaknya. Satu demi satu artikel tugasan peserta akhir dikeluarkan oleh [...]
hoho..xtahu plak kena delete kalau komen pendek…
nie kalau komen pun akan dikira markah gak ke?
Acap recently posted..Cara Terbaik Meluahkan I Love You
Tu syarat yg diberikan penganjur bro Acap..maybe penganjur mahu komen2 berkualiti jer kot dikira dan bukannya komen SPAM..kalu bro nk bantu tmbh markah amatlah dialu-alukan..hehe..juz klik jer banner Gadjet Impian kat sidebar tuh..
hehehe…


kalau dah sampai sini maksudnya memang dah lama like…
jap2 nk + twit semua…
Acap recently posted..Cara Terbaik Meluahkan I Love You
Owh..ye ker? anyway thanks bro Acap..sokongan anda sgt2 ler dihargai..
RT @upprofits: Kenapa Samsung Galaxy Note jadi Idaman? http://t.co/haJjFrR7 via @upprofits @denaihati @abgteror http://t.co/UzvNaCnq
RT @upprofits: Kenapa Samsung Galaxy Note jadi Idaman? http://t.co/boonDjKz
RT @upprofits: Kenapa Samsung Galaxy Note jadi Idaman? http://t.co/haJjFrR7 via @upprofits @denaihati @abgteror http://t.co/UzvNaCnq
RT @upprofits: Kenapa Samsung Galaxy Note jadi Idaman? http://t.co/boonDjKz
Pilihan yang cukup tepat. Good luck! Aku jamin kau takkan menyesal kalau guna GNote…
shraqs recently posted..Microsoft Melancarkan Social Site msnNOW Bakal Menyaingi Google Trends
Ramai juga yg dh gunakan note ckp mcm tuh..terserlah kepuasan hati mereka..hrp2 berjaya la jd Top 5 contest tuh..tolg2 ler bantu tmbh mata yer bro..
RT @upprofits: Kenapa Samsung Galaxy Note jadi Idaman? http://t.co/haJjFrR7 via @upprofits @denaihati @abgteror http://t.co/UzvNaCnq
NIE HARAPAN DAPAT LAH YERK…KAWAN2 DOAKAN JEK
Aminn..results lom keluar lg..semua peserta turut mengharapkan impian menjadi kenyataan..
meleleh aku tgk tepon nie…
Dh tangkap leleh tuh kena dapatkan satu bro..hehe
Singgah beri sokongan buat rakan seperjuangan.
Good Luck ye
Terima kasih MJ..tgh pelik nih..Bang Iwan dan Bang Dadan tak leh akses sini..rasanya xder setting yg leh block user dari Indonesia..
teruskan usaha..semoga impian jadi nyata
Aminn..moga2 doa rakan2 juga boleh membantu impian ini agar menjadi kenyataan..
**mula2 igt sapa la si kimmie nih..rupanya si rosezha..knp kimmie jd rosezha pulak?
rosezha tu guna kat blog DH masa mula2 dulu, lepas tu smpi skrg tak tukar. Takpe kimmie/rosezha memang org yg sama. Maaf jika telah mengelirukan
Haha..mula2 terjah blog kimmie tu igtkan dh tersalah masuk umah sbb xjumpa rosezha tp jumpa kimmie..tgk lek URL blog baru tau rosezha ngan kimmie tuh org yg sama..
i plan nak beli satu..
makasih mas udah berkunjung
Sama-sama wawan..akan berkunjung lg nnti..
saya rasa Samsung Galaxy S II lebih baek..
Spesifikasi sama..cuma skrin Note lbh besar..
[...] Eiz1004.upprofits.com – Samsung Galaxy Note [...]
alhamdulillah, setelah sekian lamanya menunggu dan menulis, kini ianya akan menjadi milikmu…tahniah…lepas lagi rajin lah berphoto dan bercerita….tak sangka jugak Little Scarf Collections terpilih untuk menjadi penaja nya….
Btol tuh Kak Siti..syukur alhamdulillah..akhirnya impian menjadi kenyataan..terima kasih gak kat LSC sbb sudi menjadi penaja..ada nk taja apa2 lg tak? hehe
[...] kasih kepada kak Siti dari Little Scarf Collections (LSC) kerana sudi menjadi penaja Samsung Galaxy Note [...]