Kisah Menyayat Hati Budak Digilis Kenderaan di China tak dipedulikan Orang Ramai

budak 2 tahun digilis kenderaan di chinaSalam hormat,

Tak sanggup tengok, sakit hati dan pelbagai perasaan lagi bermain di fikiran aku bila tengok klip video Kisah Budak digilis Kenderaan di China yang tidak dipedulikan orang ramai. Biarpun ianya berlaku di China, sebenarnya kisah seperti ini sememangnya berlaku di sekeliling kita. Cuma mungkin keadaannya yang berbeza. Jika ianya berlaku di depan mata kita, Apakah yang akan kita lakukan? Adakah kita juga sama seperti orang ramai di dalam video berkenaan? Sungguh tragis dan menyayat hati..

Bayangkan budak sekecil itu digilis dan dilanggar oleh kenderaan yang jauh lebih besar daripadanya. Malah bukan sekali, sebaliknya sehingga 2 kali. Mustahil jalan yang sesibuk itu tiada seorang pun yang perasan apa yang berlaku. Mujurlah ada kamera CCTV yang dapat merakam apa sebenarnya yang berlaku.

..

Bayangkan bukan seorang dua yang melihat kejadian itu. Jika dilihat dari rakaman CCTV berkenaan, ada 18 orang (ini hanya jumlah yang terakam di CCTV) yang melihat budak berkenaan tapi hanya memejamkan mata tidak mempedulikannya. Adakah begini mentaliti masyarakat sekarang yang dikatakan bertamadun ini?

Lihat saja disekeliling kita, berapa ramai yang sanggup menghulurkan pertolongan apabila melihat orang kemalangan, diragut, atau sekurang-kurangnya terjatuh? Yang ramainya adalah orang yang melihat, bukannya yang memberi pertolongan. Mengapa keadaan seperti ini berlaku? Tak mahu ambil tahu atau menyibuk hal orang lain? Tak mahu jaga ‘hal tepi kain orang’?

Kisah benar dalam video ini sekurang-kurang dapat menyedarkan kita agar lebih prihatin dengan mereka di sekeliling kita. Mungkin kali ini berlaku pada orang lain. Apa perasaan kita jika ianya berlaku terhadap kita? Anak-anak kita? atau saudara-mara kita dan orang yang melihat bersikap sedemikian. Sadis bukan?

Ingatan ini adalah untuk kita semua dan ambillah ianya sebagai iktibar dan pengajaran. Pertama, mengambil berat anak-anak di bawah pengawasan kita. Kedua, cuba memberikan pertolongan semampunya kepada mereka yang memerlukan pertolongan.

p/s – Sungguh menyedihkan dan menyayat hati..aduss..Bagaimana jika ianya berlaku di depan mata kita, apakah tindakan kita? :-(

 

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , ,

    Kongsikan pendapat anda..
    • Fauzie Jasmani UpProfits 18 October 2011 at 10:13 AM

      Shuichi Hikarimoji, Jas Linda, Nurul Syahada, Dira Salim, Fendi Mohd Effindi,..Sejauh mana prihatinnya kita jk ianya berlaku di depan mata kita?

    • Sayidi Shuib 19 October 2011 at 8:40 AM

      SLM SEMUA@MARI SERTAI PELUANG TERHEBAT INI YG AKAN MENGUBAH KEHIDUPAN KITA SELAMANYA:-http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=11473

    • Post a comment

      CommentLuv badge