Kebelakangan ni aku tengok semakin banyak plak group2 MLM, Skim Piramid, dan macam2 lagi. Macam cendawan tumbuh selepas hujan. Memangler ada diantaranya melakukan perniagaan secara sah cukup dengan produk/servisnya, ada sijil2 dari badan2 berkaitan tetapi ada juga yang ala ala Skim Cepat Kaya. Baru-baru nih, meletup lagi kisah salah satu group yang dikatakan ala Skim Cepat Kaya ni diserbu KPDNKK. Korang tengok jelah Laporan Video nih..
Actually, aku pun nyaris2 masuk group nih dulu. Tapi sebab modal, aku tangguhkan. Maybe tu ler kot hikmahnyer. Tapi pada pandangan aku, syarikatnya tak salah sebab diorang ada produk & untuk menjadi ahli pun tak ler setinggi yang di war2 kan. Pulangan keuntungan pun sebenarnya daripada usaha masing2.
Tapi yang silapnya, maybe dek kerana nak cepat kaya, nak dapatkan komisen tinggi, ahli2nyer gunakan strategi pemasaran memasing seperti buat Pakej2 produk la, janji pulangan keuntungan yang tinggi la, dan macam2 lagi. So, biler ahli2 baru yang masuk dek kerana terpengaruh dengan janji2 manis nih tadi, buat tak menjadi, mula la katakan skim nih penipu. Tapi yang buat, menjadi, tak kata apa2 plak ek?
Biasanya, yang menipu tu orang. Kalau apa yang diorang buat nih btol & tak salah, kenapa perlu sembunyi2kan fakta jika ditanya prospek misalnya produk apa, syarikat apa, berdaftar ke tak, plan pemasaran, dan macam2 lagi. Yelah, kita kalau nak melabur duit, jika tinggi pula tu, mestilah kita nak tahu semua tu. Bukan apa, tak nak tertipu. Jika kita dah berpuas hati semua tu, sebagai prospek, kita berhak untuk pilih samada nak join atau pun tidak. Btol?
Okaylah, aku pun tak nak komen lebih2. Cuma aku nak ingatkan kepada para pembaca blog aku, berhati2lah dalam memilih apa jua bisnes baru samada online mahu pun offline agar tidak tertipu. Pilihan sebenarnya ada ditangan kita, ‘tepuk dada, tanya selera’.











