Lisa Surihani dan Yusry – Semoga Perkahwinan Berkekalan..

Lisa Surihani dan Yusry – Semoga Perkahwinan Berkekalan..

Lisa Surihani dan Yusry nikah

Tahun 2012 nih semakin ramai artis dan selebriti memilih untuk menamatkan zaman bujang mereka untuk melangkah ke alam perkahwinan. Ini termasuklah Lisa Surihani dan Yusry diikuti oleh Ana Raffali dan pasangannya Naim. Sama cantik dan sama sepadan. Semoga perkahwinan mereka berkekalan hingga ke hujung nyawa.

Mungkin ramai peminat lelaki Lisa Surihani dan peminat wanita Yusry yang frust menonggeng kerna kecewa dengan berita perkahwinan ini. Tapi apakan daya, Lisa telah memilih Yusry sebagai teman hidupnya dan begitu juga sebaliknya. Biarpun ini bukanlah perkahwinan pertama Yusry, namun mungkin dah ditakdirkan  jodoh mereka bersama. Sama cantik dan sama sepadan.

Majlis Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry telah pun berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya pada 23 February 2012 dengan berwalikan abang sulung Lisa. Manakala Majlis Resepsinya berlangsung pada hari Ahad berikutnya 26 February 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Biarpun Majlis Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry ini dilihat serba sederhana tapi tetap meriah dengan kunjungan sanak saudara, rakan media dan peminat kedua-duanya.

Kalau peminat-peminat Lisa Surihani dan Yusry KRU nak lihat gambar-gambar menarik sekitar Majlis Perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry, Majlis Resepsi, dan lain-lain bolehlah berkunjung ke sini.. [KLIK]. Ada banyak lagi gambar-gambar dan video menarik dari Jurugambar profesional Pretty Peektures.

p/s – Tahniah Lisa Surihani dan Yusry. Semoga Perkahwinan mereka berkekalan hingga ke akhirnya..

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , ,

    Kongsikan pendapat anda..