Malaysia wajar mencontohi Korea Selatan selain Jepun?

Korea Selatan dahuluSalam hormat,

Selain Jepun, sebenarnya aku kagum melihat kepesatan pembangunan Korea Selatan. Rasanya, Malaysia patut mencontohi apa yang dilakukan dua negara berkenaan dengan membuat pengkajian, penelitian dan pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan Korea dengan mengubahsuaikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia.

Negara Jepun dan Korea adalah merupakan dua buah negara yang begitu pesat membangun, dalam beberapa bidang, mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat sendiri. Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta.

Dasar Pandang ke Timur

Menyedari hakikat itulah mantan Perdana Menteri; Dato`Seri Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan Dasar Pandang ke Timur pada 8hb. Februari 1982 untuk meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara.

Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah ‘kerajinan dan disiplin bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja, keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya pengeluaran (productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita.

Mencontohi Kepesatan Pembangunan Korea Selatan – Dari Negara Termiskin menjadi Negara Terkaya

Bayangkan dalam tempoh hanya 4 dekad, Korea Selatan cepat berubah dari negara termiskin, menjadi salah satu negara paling kaya dan tercanggih di dunia dengan nilai ekonomi Trillion dollar. Bagaimana mereka melakukannya?

Korea Selatan dahuluPada tahun 1950, Korea Selatan adalah salah satu negara termiskin di dunia. Setaraf dengan negara-negara termiskin di Afrika dan Asia. Ekonominya hanya bergantung kepada pertanian gara-gara perang dengan Jepun dan Korea Utara.

Tahun 1963, pendapatan perkapitanya cuma $100. Tahun 1995 sudah meningkat ke $10,000. 2007, $25,000. Goldman Sachs meramalkan Korea tahun 2050 nanti akan jadi negara nombor 2 terkaya di dunia, dengan pendapatan perkapita $81,000. Korea, juga tercatat sebagai bangsa dengan pertumbuhan ekonomi tercepat sepanjang sejarah dan inilah keadaan bandar di Korea Selatan yang berubah menjadi kota mewah ini.

Korea Selatan kiniProduk-produk elektronik Korea, Samsungdan LG, telah menguasai pasaran dunia. Dari smartphone canggih, television plasma, LCD dan semikonduktor. LG sendiri sekarang adalah perindustrian pembuat panel plasma terbesar di dunia. Samsung, adalah konglomerat terbesar di dunia, yang hanya dikalahkan oleh General Electric.

Industri pembuatan kapal Korea, Hyundai dan Samsung Heavy Industries, adalah yang terbesar di dunia dan mengalahkan Jepun pada tahun 2004. Hyundai, juga menjadi perusahaan otomotif ke 5 terbesar di dunia.

Korea juga telah jadi negara termaju di dunia dalam hal infrastruktur teknologi. Sejak tahun 2000, seluruh masyarakat Korea telah menikmati jaringan internet 100 Mbpps, siaran television interaktif high-definition, teknologi komunikasi 4G.

Para pemimpin Korea juga punya visi yang sangat maju dalam penyerapan dan pengembangan teknologi. Inilah kunci dari semua bangsa-bangsa termaju. Tahun 1959, kerajaan Korea sudah mendirikan Korean Atomic Energy Commision. Pertengahan tahun 1960, Kementerian Sains dan Teknologi dibentuk. Lalu Korea Institute of Science and Technology yang dibentuk untuk research industri.

Dan setelah itu, proses pembelajaran sains dan teknologi dilakukan secara besar-besaran. Para cendekiawan asing dan segala macam teknologi terbaru dari Barat diserap habis-habisan. Seperti Jepun, R&D digalakkan, orang-orang serta badan-badan research yang unggul diberi dana yang sangat besar oleh kerajaan.
Industri-industri dengan potensi pasaran masa depan yang besar dianalisis dan dikejar habis-habisan, baik oleh kerajaannya dan swasta.

Dan bagaimana cara agar bangsa Korea punya kemampuan yang tinggi untuk menyerap sains dan teknologi ? Kuncinya adalah ….

Pembangunan manusia-manusia unggul!

Manusia-manusia unggul yang punya kemampuan tinggi dalam menyerap ilmu dan teknologi. Pembangunan manusia-manusia unggul, melalui pendidikan unggul. Pendidikan terbaik di dunia.

Sejak lama, pemerintah telah berjuang supaya kanak-kanak Korea memiliki nilai matematik dan sains yang tinggi. Tidak dalam ukuran Korea sendiri, tapi dalam skala global. Jadi sistem pendidikan terbaik di dunia harus dibentuk.

Dan Korea telah berjaya. Tingkat IQ Korea secara nasional adalah yang tertinggi di dunia. Dan kanak-kanak Korea juga memiliki ranking teratas dalam kemampuan matematik, sains, problem solving, dan membaca dalam peringkat OECD, Organisation for Economic Co-operation and Development.

Bagaimana dengan orang kita?

Jangan malu kerana anak-anak kita pun cepat mengikut rentak orang Korea. Malangnya bukan meniru bagaimana remaja Korea menyerap teknologi terkini tetapi apa yang kita serapkan adalah bidang hiburan mereka melalui drama, muzik dan fesyen K-Pop mereka.

Remaja kita begitu teruja dengan budaya K-Pop walaupun tidak faham dengan bahasa dan budaya mereka. Ini menunjukkan kemajuan Korea Selatan bukan sahaja dalam ekonomi, sukan malah bidang hiburan yang menjadi taraf dunia yang sering menjadi ikutan.

k-pop

Rujukan artikel – pmr.penerangan.gov.my dan Forum CariGold

 

p/s – Banyak lagi yang perlu dilakukan Malaysia ke arah mencapai Wawasan 2020 dan menjadi negara maju walaupun telah 5 dekad Merdeka. Contohi bagaimana Korea Selatan dan Jepun melakukannya..tapi dengan syarat, semua rakyat Malaysia kenalah bekerjasama melakukannya. Malaysia Boleh! ;-)

 

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • ,

    Kongsikan pendapat anda..
    • puanbee 14 December 2011 at 8:55 PM

      hiburan tu cepat ja ikutnya , kalau bab lain susah liat je anak2 sekarang ni ..

      • Fauzie Jasmani @ eiz1004 15 December 2011 at 8:58 AM

        Yup, btol tuh..tp kita sbg ibu bapa dan penjaga nih juga perlu mainkan peranan didik anak2 sejak dri kecil..melentur buluh biar drp rebung.. ;-)

    • Juan 14 December 2011 at 9:01 PM

      korea memang best

      • Fauzie Jasmani @ eiz1004 15 December 2011 at 8:59 AM

        Yup mmg best..especially teknologi internet dia..mmg superb pantas..Juan minat K-Pop x? ;-)

    • Gasen 3 May 2012 at 12:17 AM

      Saya setuju dengan maklumat sdr. 30 tahun dahulu Korea Selatan dan Taiwan adalah sebaris dengan Malaysia dari segi kemajuan negara dan kedudukan ekonomi tapi pada hari ini mereka jauh meninggalkan kita. Insyaallah dengan ada wawasan yang jauh dan perancangan yang baik serta pelaksanaan yang mantap negara kita juga mampu berkembang maju. Kita patut didedahkan macam mana orang korea boleh maju dengan cepat sekali dalam pelbagai bidang.

    • Post a comment

      CommentLuv badge