Masuk PERCUMA ke Planetarium Negara mulai Jan 2012

Masuk PERCUMA ke Planetarium Negara mulai 2012

planetarium negara

Planetarium Negara

Salam hormat,

Peminat Astronomi dan Sains Angkasa di negara ini pasti ada yang pernah mengunjungi Planetarium Negara. Aku sendiri pun pernah pergi bersama Rombongan Sekolah dulu. Bermula 1 Januari 2012 depan orang ramai yang mengunjungi galeri pameran Planetarium Negara tidak akan dikenakan sebarang bayaran (masuk percuma) berbanding RM1 ketika ini.

Kemasukan PERCUMA itu adalah bagi memberi peluang kepada lebih ramai orang untuk mengenali dengan lebih dekat lagi mengenai bidang astronomi dan sains angkasa.

Bagaimanapun Tiket PERCUMA itu hanya untuk Galeri Pameran sahaja manakala untuk menyaksikan Pertunjukan Planetarium terdapat sedikit perubahan harga tiket.

Kadar Baru Tiket Planetarium Negara

kadar baru tiket planetarium negara 2012

Kadar baru tiket Planetarium Negara mulai Jan 2012

Berdasarkan laman sesawang Planetarium Negara bermula 1 Jan harga tiket untuk Pertunjukan Planetarium bagi dewasa naik dari RM3 ke RM6, manakala bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun harga tiket naik kepada RM4 berbanding RM2 sekarang.

Cuti Umum dan Cuti Sekolah 2012 nanti, boleh lah bawa keluarga bercuti ke sana. Bagus untuk pembelajaran anak-anak sebagai pendedahan dalam bidang astrologi dan sains angkasa. Tu sebab banyak sekolah menganjurkan rombongan ke sana untuk para pelajar mereka. Manalah tahu anak-anak kita nanti berminat dengan Sains dan nak jadi saintis atau ahli Astronomi pula nanti.

map planetarium negara

Peta nak ke Planetarium Negara

Untuk maklumat lanjut mengenai mengenai Planetarium Negara atau perubahan kadar harga sila hubungi 03-2273 4303/5484 atau layari laman sesawang Planetarium Negara.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , , , , , , ,

    • Post a comment

      CommentLuv badge