MyKahwin.my | A-Z Direktori Perkahwinan Anda

MyKahwin.my - Direktori Perkahwinan anda

Melangkah ke alam perkahwinan sememangnya dinanti pasangan bercinta. Disatukan dalam ikatan perkahwinan bagaikan suatu impian yang menjadi kenyataan. Namun, persediaan ke alam perkahwinan sememangnya amat memeningkan lebih-lebih lagi jika tanpa perancangan rapi. Alangkah bagusnya jika segalanya tersedia dan mudah didapati, lengkap segala yang diperlukan dalam persiapan perkahwinan bagaikan One Stop Centre. Pendek kata dari A – Z.

Menyedari hakikat itulah, laman web MyKahwin.my diwujudkan, Direktori Perkahwinan yang serba lengkap untuk anda kunjungi dari A-Z. Pendek kata, apa saja yang anda perlukan untuk persediaan Majlis Perkahwinan bersejarah anda pasti ada di sini.

Apa itu MyKahwin.my?

MyKahwin.my sebenarnya merupakan satu laman web direktori perniagaan khususnya untuk mereka yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan PERKAHWINAN, FOTOGRAFI, MAK ANDAM, KATERING dan lain-lain lagi. Ditubuhkan khas untuk membantu para peniaga perkahwinan mengiklankan perniagaan mereka secara PERCUMA.

Sememangnya ianya suatu peluang keemasan kepada usahawan-usahawan berkaitan Majlis Perkahwinan untuk mempromosikan perkhidmatan mereka di sini. Pemasaran Online sebegini sememangnya suatu alternatif kepada cara pemasaran perkhidmatan secara konvensional sebelum ini. Dunia serba canggih kini , semua informasi yang diingini boleh didapati dengan mudah hanya di hujung jari.

Direktori Perkahwinan MyKahwin.my

MyKahwin.my - Direktori Perkahwinan

Direktori Perkahwinan di MyKahwin.my dibahagikan mengikut kategori. Ini bagi memudahkan pelanggan untuk mencari perkhidmatan yang diinginkan dan membuat perbandingan mengikut kesesuaian bajet, lokasi, dan citarasa pelanggan. Perancangan yang rapi dalam menghadapi Hari Bersejarah Raja Sehari sememangnya diperlukan agar ianya menjadi suatu saat manis yang akan dikenang selamanya dan sukar dilupakan. Sekurang-kurangnya apa yang disajikan di MyKahwin.my ini akan memberikan idea dan inspirasi buat pasangan mempelai merancang hari bahagia mereka.

Antara Kategori yang terdapat dalam Direktori Perkahwinan MyKahwin.my adalah :-

  • Andaman dan Solekan
  • Cenderahati dan Aksesori
  • Gubahan Hantaran dan Bunga
  • Jabatan Agama Islam
  • Kad Kahwin
  • Katering
  • Kompang dan Seni Silat
  • Pakej Bulan Madu
  • Pusat Kursus Kahwin
  • Butik Pengantin
  • Dewan, Ballroom, Hotel
  • Hiburan, Deejay, dan Karaoke
  • Jurufoto dan Juruvideo
  • Kanopi dan Khemah
  • Kek dan Coklat
  • Pengacara Majlis
  • Spa, Sauna dan Kosmetik
  • dan lain-lain.

Apa Kelebihan Direktori MyKahwin.my?

  • Pantas, Mudah dan Menjimatkan masa – Segala yang anda perlukan terdapat di Direktori MyKahwin.my dan disusun mengikut kategori pilihan.
  • Lebih pilihan – Setiap kategori menyediakan pelbagai pilihan kepada anda mengikut kesesuaian bajet perkahwinan, lokasi pilihan dan citarasa anda.
  • Pengiklanan Percuma – Bajet untuk beriklan di media massa baik media cetak mahu pun media elektronik pasti akan menelan kos yang banyak untuk mengiklankan perkhidmatan / perniagaan anda. Tapi beriklan di Direktori MyKahwin.my, ianya disediakan PERCUMA.

Jenis-jenis Pengiklanan di MyKahwin.my

  • Percuma – Beriklan di Direktori MyKahwin.my mengikut kategori pilihan,
  • Berbayar – Pengiklanan Banner di Laman Utama MyKahwin.my dari RM15 ke RM20. Pihak MyKahwin.my juga turut menyediakan perkhidmatan membuat Banner dengan harga yang berpatutan dari RM30 ke RM50.

Ya! Saya berminat beriklan di MyKahwin.my . Bagaimanakah Caranya?

Untuk mengiklankan perkhidmatan anda di MyKahwin.my, anda perlulah mendaftar terlebih dahulu. Caranya juga amat mudah, semudah 1-2-3.

  1. Daftar MyKahwin
  2. Terima Email
  3. Pilih Direktori (Kategori Pilihan)
  4. Masukkan Perkhidmatan anda

Mudah bukan?

Sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut boleh hubungi Mohamad Faizal Bin Saadon (Managing Director) melalui telefon (+6016-263 1551) atau email (aku@MyKahwin.my)

**********************

mykahwin

Penaja Utama

Pertandingan Review Dan Menang Android Toshiba AS100 ini telah ditaja oleh MyKahwin.my dengan kerjasama blog 2DayBlogger.Com. Jom kita ke 2dayblogger.com untuk belajar dan berkongsi ilmu Blogging dan Isu Semasa bersama Faisal Abdullah.

**********************

Tag / Jemputan Khas :-

Abgteror, MalaysiaScore, Cahaya-Aimuni, Puanbee, MyGlobalNetworks

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , , ,

    Kongsikan pendapat anda..