Miss Nuff Jual Mahal, Cik Innity Datang Menggoda | 3 Berita Baik Sekaligus

melonjak kegembiraan

Salam 1bloggers,

Hahaha..tajuk tak leh blah. ;-)

Memang dah lama niat dihati ingin beralih arah dari Miss Nuff, tapi tahu diri serba kekurangan. Biar pun Miss Nuff agak jual mahal, tetap juga berterima kasih kerana sudi menemani menari-nari di sini. Biarpun lagaknya umpama Mak Datin yang mahukan layanan ekslusif. Melihat keanggunan Cik Innity, hati tergoda, mata menjeling cemburu ingin memilikinya.

Bukan korang semua tak tahu, bukan senang nak memikat hati Cik Innity. Strategi memikat dipasang, usaha dimulakan siang malam tak pernah mengenal erti jemu untuk menambat hati Cik Innity yang menggoda, cuba menurut apa keperluan Cik Innity.

Masuk saja bulan ke-3, ku gagahkan jua meluahkan rasa hati pada Cik Innity. Dengan harapan Cik Innity tidak menolak lamaran. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, Cik Innity yang menggoda telah pun menerima. Hati gembira tidak terkata.

Namun begitu, Miss Nuff tidak ku lepaskan begitu saja. Tapi tidaklah boleh berlagak ekslusif lagi, perlulah menerima kehadiran Cik Innity bersama. ;-)

Hahahaha..ayat tak leh blah..bermadah pujangga lah pulak. ;-)

Okay, apa pulak Berita Baik yang nak dikongsikan tuh? 3 Berita Baik Sekaligus plak tuh.

  1. Cik Innity dah terima lamaran dengan sekali luah jer..
  2. Blog UpProfits dah masuk senarai Top 500 Alexa Malaysia.
  3. Menang Hadiah Contest di Blog MyGlobalNetworks.

Alhamdulillah, bersyukur jelah atas rezeki kurniaan-Nya. Segala usaha dan penat lelah untuk menaikkan Blog UpProfits ini telah membuahkan hasil. Insya-Allah, aku tidak akan lupa kepada rakan-rakan bloggers yang sentiasa memberikan sokongan selama ini. Terima Kasih Semua!

 

Sumber : Nuffnang vs Innity

 

p/s – Bersyukur atas rezeki kurniaan-Nya. Alhamdulillah …

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • Kongsikan pendapat anda..