Ombak Rindu – Filem Adaptasi Novel | Lakonan mantap Aaron Aziz, Maya Karin dan Lisa Surihani

gambar ombak rinduSalam hormat,

Satu demi satu Filem Adaptasi Novel mewarnai industri perfileman tanah air. Kali ini filem Ombak Rindu pula dijangka bakal menarik perhatian peminat-peminat filem tempatan untuk menyaksikan lakonan mantap Aaron Aziz, Lisa Surihani dan Maya Karin. Filem Ombak Rindu ini diadaptasikan daripada hasil karya novelis Fauziah Ashaari yang dihasilkannya kira-kira 12 tahun lalu.

Sinopsis Ombak Rindu

Filem ini mengisahkan mengenai Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz.

Apakah mereka akan bermadu? Saksikan kesudahan cerita ini di pawagam-pawagam berhampiran.

ombak rindu novelombak rindu filem

Filem Adaptasi Novel vs Filem Seram

Pastinya kemunculan filem Ombak Rindu akan mengubah sedikit lanskap perfileman kita yang sarat dengan cerita seram walaupun diakui genre itu cukup diminati. Namun, kehadiran filem bergenre drama romantik sedikit sebanyak memberi pilihan kepada penonton untuk berubah selera.

Filem yang mengambil lokasi sekitar Kuala Lumpur, Langkawi, Kedah dan Danok (Thailand) itu dibarisi Maya Karin sebagai Izzah, Aaron Aziz (Hariz), Lisa Surihani (Mila), Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa dan Kamarul Yusof.

Lirik & Lagu Tema Filem Ombak Rindu

Kisah tragis menyayat hati itu juga disulami lagu tema yang menyentuh sanubari hasil gubahan Nurzaidi mengambil judul bersempena nama filem yang disampaikan Hafiz bersama Adira.

..

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Tuhan aku tahu banyak dosa ku
Hanya ingat Kamu kala duka ku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya untuk cintaku

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dari ku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung

Hujan bawa air mata ku
Yang mengalir membasuh luka ku
Agar dia tahu ku terseksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu terserah
Moga cahaya di penanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya

Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisi ku

Sumber : BH Online, Anizyn.blogspot.com, iqbalhakimi.com

 

p/s – Tangkap leleh beb! Kerinduan yang berombak-ombak.. ;-)

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , , , , ,

    Kongsikan pendapat anda..
    • [...] 2011, ramalan aku pastilah si lelaki kacak Aaron Aziz. Lihat saja filem-filem lakonannya seperti Ombak Rindu dan KL Gangster semuanya meletup habis. Semua filem-filem hebat pasti ada nama Aaron Aziz sebagai [...]

    • Post a comment

      CommentLuv badge