Salam hormat,
Kebelakangan ni Pelaburan Emas semakin mendapat tempat di hati Rakyat 1Malaysia. Ini disebabkan nilai Emas yang stabil di pasaran berbanding wang. Tapi bukan semua pelaburan emas tu bagus ye, ada juga yang Scam @ tipu. Atas permintaan rakan, aku tengah research satu pelaburan emas yang dinamakan Virgin Gold atau VGMC. Nak tahu apa yang aku jumpa?

Mula-mula masa aku search tuh nampak macam ok tapi bila belek-belek lagi ‘Marketing Plan’ dia, rasa macam was-was plak. Sebab apa?
- Kompeni luar negara,
- Minimum pelaburan USD1k,
- Nilai emas ditukarkan kepada credits,
- Keuntungan tetap 10% setiap bulan.
Bab keuntungan tetap 10% setiap bulan tu yang aku sangat musykil. Bukankah pelaburan emas juga seperti pelaburan lainnya, ada juga turun dan naik. So, keuntungan tetap tu dari mana pula? Takkan dari deposit peserta yang join tu pula? Modal minimum pelaburan tu pun boleh tahan juga besarnya. Kalau benar keuntungan 10% setiap bulan tu dibayar daripada deposit peserta yang masuk, apa akan jadi pada peserta yang terkemudian? Tu sebab aku kata ianya ada ciri-ciri pelaburan scam.
Bila terbaca pendedahan dari bro Aidid (orang yang sama yang mendedahkan isu Gelang Magnet), keraguan aku tuh ada juga benarnya. Malah ianya turut diakui Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Amaran kepada Pelabur - Suruhanjaya Sekuriti

Sekiranya ada sebarang keraguan atau mahukan penjelasan lanjut, boleh hubungi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia melalui Jabatan Hal Ehwal Pelabur & Pengaduan di talian 03-6204 8999 atau email aduan@seccom.com.my .
Credits : Aidid Mu’addib
p/s – Pelaburan Emas itu bagus tetapi kena la siasat dulu dengan siapa kita melabur. Ternanti-nanti pengumuman Contest Kahwin Oh Kahwin bro Aried yang turut menawarkan emas sebagai hadiah. Harap2 penganjur2 tu bukan Scam yer bro Aried..










