Pengukuhan nilai dolar AS punca Harga Emas Jatuh Mendadak

Turun Naik Pelaburan EmasSalam hormat,

Pengukuhan nilai Dolar AS kebelakangan ini menjadi antara punca penyusutan hampir 20 peratus harga emas. Aliran kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.

Kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), disebabkan penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.

Selain emas, harga perak juga mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April. Turun naik harga Logam Perak lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaannya dalam industri masa kini.

Jika sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak. Bagaimanapun, emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).

Namun begitu, dalam jangka panjang, emas dan perak masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang. Dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar.

Harga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini juga sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi. Untuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat.

Bagi pelabur-pelabur emas dan perak, penyusutan harga sebegini bukanlah bermakna ianya suatu yang merugikan sebaliknya boleh dijadikan masa yang sesuai untuk menambah belian sebelum menjana keuntungan ketika harganya naik kelak.

 

p/s – Naik untung, turun pun untung..bijak, bijak..saya musti piley.. ;-)

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , ,

    Kongsikan pendapat anda..
    • muse 27 September 2011 at 10:57 AM

      hmmm ini adalah satu taktik yang digunakan oleh US untuk menjatuhkan nilai emas dan mengukuhkan niali dollar. tapi juga ini masa terbaik untuk membeli emas pada harga yang murah sebagai pelaburan jangka panjang

      • Fauzie Jasmani @ eiz1004 27 September 2011 at 2:57 PM

        Bkn taktik AS nk jatuhkan emas tp usaha diorg nk naikkan kembali nilai Dollar AS yg dh merudum..hehe

        Yup, mmg nih masa terbaik utk borong emasa atau perak..sbb pelabur emas dan perak percaya yg ianya akan melonjak naik kembali.. ;-)

    • puanbee 27 September 2011 at 11:11 AM

      turun ke ? tengok harga emas yg dijual duk mcm tu je …
      puanbee recently posted..Ada Beza Tak Foundation Mary Kay dengan Foundation Lain ?My Profile

      • Fauzie Jasmani @ eiz1004 27 September 2011 at 2:59 PM

        Yg kat kedai tuh mmg lmbt sket update la PB..kena tgk yg realtime yg diorg trade kat Gold and Silver..lbh kurg mcm Forex gak la..

    • Post a comment

      CommentLuv badge