Piala Thomas jangan mengalah sebelum berjuang ke akhirnya

Tahun 2012, pasukan badminton negara akan menghadapi dua kejohanan berprestij; Piala Thomas / Uber dan Olimpik London. Namun, tumpuan nampaknya lebih terarah ke Olimpik London berbanding Piala Berprestij Piala Thomas yang pernah menjulang nama Malaysia menjadi sebahagian nama besar sukan Badminton.
Sungguh mengecewakan apabila pengurusan pasukan sendiri tidak berkeyakinan akan kemampuan pasukan naungannya menghadapi Kelayakan Piala Thomas yang akan berlangsung di Macau pada 14-19 Feb 2012 itu nanti. Jika tidak berjaya ke akhir Piala Thomas di Wuhan 20-27 Mei nanti, pasti pasukan ini terutamanya pihak pengurusannya akan dikenang sebagai pasukan paling lemah dalam sejarah Badminton negara. Jangan lupa, Malaysia adalah negara pertama yang memenangi Piala Berprestij ini pada 1948/49 dan kali terakhir Malaysia memenanginya adalah pada 1992 ketika menjadi tuan rumah di Kuala Lumpur.
Kalau dilihat daripada prestasi semasa pemain yang terumbang-ambing, sesiapa saja sukar meramalkan peluang pasukan Malaysia ke pusingan akhir Piala Thomas. Bukan saja pemerhati sukan, malah pengurusannya sendiri yang bertanggungjawab membentuk skuad mantap Piala Thomas juga tidak meyakininya. Tapi janganlah mengalah sebelum berjuang ke titisan keringat terakhir. Barulah boleh dinamakan pejuang.
Setiap pemain harus yakin dengan kemampuan diri masing-masing. Pemain yang tersenarai bukanlah calang-calang, malah adalah yang terbaik dari segi ranking. Jika Datuk Lee Chong Wei pemain No 1 Dunia, Hafiz juga pernah memegang gelaran Juara All England. Begitu juga beregu emas negara yang ditatang bagaikan anak emas; Khoo-Tan, juga menduduki ranking ke-6 dunia disamping bakat muda seperti Liew Darren dan beregu Lim-Goh. Kalian adalah yang terbaik ketika ini dan yang terpilih untuk menggalas tugas membawa pulang Piala Thomas ke pangkuan negara.
Kalah dan menang memanglah adat pertandingan. Tapi janganlah memalukan nama negara dengan mengalah sebelum berjuang. Buktikan kalian adalah pemain terbaik dan balas kepercayaan yang diberikan kepada kalian. Jangan mengalah sebelum berjuang hingga ke titisan keringat terakhir. Ayuh! Bangkit!
p/s – Adat pejuang, tidak mengalah sebelum berjuang.











Derita Merindu liked this on Facebook.
Piala Thomas jangan mengalah sebelum berjuang ke akhirnya http://t.co/nAIRRmqI
bila tengok gambar tu terkenang semasa duluuuuu…hehe..masa tu kan pemain paling beremosi nak tahu sape? cheah soon kit..kihkihkih..dia memang selalu tunjuk muka x puas hati yg ketara kalau ada apa2 hal yg berlaku..
agak2 malaysia leh menang piala thomas tahun ni tak?
mrs.yie recently posted..CARA MENDAFTAR SEBAGAI PENGUNDI | SYARAT KELAYAKAN DAFTAR PEMILIH
Peluang masih ada..apa2 pun kena layak ke pusingan akhir dulu baru mencongak peluang menjulang piala Thomas..
setuju sangat, mudahan ada perubahan besar kali dgn membawa pulang piala thomas
Denaihati recently posted..iPad 2 Gadget Impian Hans
Hrp2 begitulah..harapan besar seluruh rakyat Malaysia..
assalamualaikum…..Malaysia Boleh jgn mengalah sebelum mencuba yer…:)
maszull recently posted..Follower Mama Yang Ke 1550..
Wa’alaikumsalam..btol tuh, pejuang sejati akan berjuang berhabis-habisan sehingga ke titisan keringat terakhir..
Lawan dulu sebelum menyerah…skuad harimau kena keluarkan taring duluuuuu!!!! Lawan sampai habis tenaga weiiii….- alamak…terober la plak…
Yas recently posted..Saya Nak Hosting Percuma Pengendali Blog
Hahaha..kita sebagai penyokong pulak yg lbh semangat..besar harapan penyokong2 skuad negara nih..
[...] hendak seribu daya. Apalagi demi mengejar sebuah impian. Usaha mesti diteruskan dan adat pejuang tidak boleh beralah sehingga ke titisan keringat terakhir. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan kenalan yang sudi membantu baik yang lama mahupun yang [...]