Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan

Populariti dan Networking Besar beri Kelebihan

networking vs popularityDiam tak diam dah masuk hari ke-6 artikel aku di Contest Gadjet Impian di’publish di Blog Denaihati. Penat memang penat, tapi tetap teruskan perjuangan demi sebuah impian. Menang kalah tuh sememangnya adat pertandingan. Apa yang penting adalah apa yang kita pelajari daripadanya. Namun secara ‘basic’nya, boleh disimpulkan Populariti dan Networking Besar mampu memberikan kelebihan.

Bukan jeles atau iri hati dengan kelebihan orang lain tapi secara positifnya jadikan ianya sebagai suatu sesi pembelajaran. Populariti dan Networking sememangnya memberi kelebihan besar kepada yang mempunyainya. Bukan saja dalam kontest seperti Gadjet Impian ini, malah mungkin juga dalam perniagaan, keusahawanan dan kehidupan kita seharian. Tak rugi sebenarnya ada ramai contact dan kawan. Bila-bila masa memerlukan, pasti akan ada yang sedia membantu.

Itu yang aku nampak agak kurang pada diri aku dan perlukan penambahbaikan. Melihat rakan-rakan blogger lainnya dengan mudah mendapatkan mata berkat bantuan dari rakan-rakan dalam networking dalam komuniti mereka membuatkan aku terfikir betapa perlunya membina networking. Mungkin sebab itulah adanya idea perniagaan berbilang tingkat atau MLM yang memanipulasikan kuasa networking. Semakin besar network kita maka kita semakin berkelebihan.

Popular dan dikenali juga suatu bonus. Popular tak semestinya memerlukan seseorang tuh jadi gila glamer dan sebagainya tapi cukuplah sekadar ramai kenalan yang mengenali siapa kita. Mungkin itu adalah salah satu sebab kenapa selebriti atau mereka yang popular dan terkenal sering dijadikan duta atau wakil satu-satu produk. Selain menggunakan populariti mereka untuk tujuan promosi, networking peminat mereka yang besar juga boleh membantu menghasilkan keputusan yang positif.

Sepanjang kontest Gadjet Impian juga dapat dilihat situasi sama berlaku. Kalau blogger tuh seorang yang popular dan dikenali, tambah lagi dengan network yang besar, tersangatlah berkelebihan. Tapi jika tidak disertakan dengan usaha yang berterusan dan leka dengan kelebihan yang ada, jangan terkejut pula jika tewas kepada blogger picisan dan biasa-biasa seperti aku ni yer..hehe. Kisah arnab dan kura-kura mungkin boleh dijadikan pengajaran.

Untuk membina popularity dan network yang besar memerlukan komitmen yang tinggi. Banyak faktor yang mempengaruhinya. Cuba kita kaji apa kelebihan mereka yang popular dan mempunyai network yang besar tuh dan bagaimana mereka mendapatkan kelebihan itu? Perlu rupa paras yang cantik dan hensem..mungkin. Perlu buat cerita panas dan kontroversi..mungkin. Atau hanya berkawan dengan mereka-mereka yang telah popular dan mempunyai network yang besar saja..pun mungkin juga. Tapi sebenarnya apa yang penting adalah membina hubungan baik di dalam komuniti kenalan kita. Hargai mereka. Biarlah kita dikenali atas sebab-sebab yang baik dan positif. Ianya sedikit sebanyak boleh membantu membina kredibiliti kita.

Biarpun tidak mempunyai networking yang besar, apalagi dikenali, namun aku tetap bersyukur kerana tetap mendapat sokongan rakan-rakan yang sentiasa mesra di Blog Denaihati biarpun baru mengenali mereka. Biarpun menyedari kekurangan yang ada, tetapi itu bukanlah alasan untuk kita tidak boleh berjaya. Bak kata orang, hendak seribu daya. Apalagi demi mengejar sebuah impian. Usaha mesti diteruskan dan adat pejuang tidak boleh beralah sehingga ke titisan keringat terakhir. Terima kasih kepada semua rakan-rakan dan kenalan yang sudi membantu baik yang lama mahupun yang baru. Sokongan dan bantuan anda sekalian amatlah dihargai. Terima kasih. Semoga Impian boleh menjadi kenyataan. ;-)

p/s – Macamana nak membina populariti dan network yang besar yer? Ada sesiapa boleh ajar? Banyak betul yang aku belajar dalam kontest besar macam Gadjet Impian ni. Think positive! ;-)

p/s II – Aku tak popular apatah lagi punya networking yang besar. Tu sebab aku minta pertolongan pembaca-pembaca Blog UpProfits yang baik hati untuk memberi sokongan dan bantuan seadanya. Jangan lupa tolong tambah markah kat artikel kontest : Samsung Galaxy Note Idaman UpProfits di Blog Denaihati tu yer. Sokongan Padu rakan-rakan untuk membantu mencapai impian tersangatlah diperlukan. TQVM. ;-)

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • ,

    Kongsikan pendapat anda..