Salam hormat,
Program Perumahan Rakyat 1Malaysia atau PR1MA mendapat sambutan hangat sejak dilancarkan Julai lalu. Tujuan pelaksanaan PR1MA adalah untuk meningkatkan akses golongan berpendapatan sederhana kepada perumahan kos sederhana serta menggalakkan pemilikan hartanah kediaman terutamanya kepada kumpulan berpendapatan isi rumah di bawah RM6,000 sebulan. Tarikh tutup permohonan adalah sehingga tengah malam 12 Oktober 2011.
Fasa pertama Projek PR1MA untuk suku ke-3 tahun 2011 ini menawarkan sebanyak 560 unit rumah di Presint 11, Putrajaya. Daripada jumlah itu, 420 unit berkeluasan 815 kaki persegi (76 meter persegi) ditetapkan pada harga RM120,000 setiap satu, manakala 140 unit lagi dengan keluasan 1,006 kaki persegi (93 meter persegi) berharga RM150,000. Pemaju Projek fasa pertama ini dibangunkan oleh Putrajaya Holdings Sdn Bhd (PjH).
Permohonan ini tiada sistem kuota, malah ia terbuka kepada mereka yang layak. Mereka yang berminat dan berkelayakan tidak perlu khuatir terhadap permohonan mereka kerana proses dan peruntukan unit kediaman itu akan dilakukan secara telus. Unit berkenaan akan diperuntukkan melalui proses cabutan undi terbuka yang diadakan pada 15 Oktober 2011.
Syarat Permohonan PR1MA
- Warganegara Malaysia.
- 21 Tahun Ke atas.
- Bekerja ATAU Menetap di Putrajaya.
- Pendapatan Isi Rumah (Bujang / Suami dan Isteri) tidak melebihi RM6,000.
- Pengundi Berdaftar di Parlimen Putrajaya (P.125)
Perhatian!!! Mana-mana permohonan yang tidak menepati syarat-syarat di atas TIDAK AKAN DIPROSES sama sekali!
Pautan Borang Permohonan Online PR1MA
- Pemohon guna Kad Pengenalan Biru [ KLIK ]
- Pemohon guna Kad Pengenalan Polis / Tentera [ KLIK ]
- Semakan Pendaftaran / Penerimaan Permohonan [ KLIK ]
Lain-lain Pautan berkaitan PR1MA
- Brochure PR1MA @presint 11 Putrajaya [ KLIK ]
- Senarai Projek PR1MA Fasa Pertama [ KLIK ]
- Soalan-soalan Lazim atau FAQ [ KLIK ]
Pelancaran Program Perumahan Rakyat 1Malaysia ini sememangnya membantu golongan yang memerlukan rumah mampu milik. Diharap untuk fasa-fasa seterusnya dapat diperluaskan ke seluruh negara dan tidak hanya tertumpu di kawasan Lembah Klang sahaja.
p/s – Tunggu Projek PR1MAdi area JB..entah Fasa ke berapa la yer?
**UPDATE : Cara Mohon PR1MA Online







susah tak nak mohon…
Xsusah..janji cukup syarat..tang syarat tu jer yg ramai xlepas..huhu
lu tinggal di kuala terengganu x leh apply k
selain putrajaya tmpt lain x there ke….n mcm na nk mohon.
Buat masa ni hy di Presint 11 Putrajaya, leh rujuk link senarai lokasi lain di Senarai Projek PR1MA Fasa pertama..kat artikel tuh juga ada pautan borang nk mohon..tp pastikan cukup syarat..Good Luck!
kaw lain selain putrajaya xda ke? dh close ke nk apply? bru tau pasal nie..
Buat masa nih kbyknnya area lembah klang jelah lisa..Utk Fasa pertama kt putrajaya dh close..tggu fasa kedua plak..utk senarai lokasi, tgk kat link senarai lokasi PR1MA..
tq coz jwb soalan sy. bila fasa kedua dibuka? dan mcm mana nk tgk link lokasi? kene apply online ke kene isi borang selalunya?
Fasa pertama pun actly baru start..utk area presint 11 putrajaya dh close..next utk area bandar tun razak Cheras pd suku ke-4 2011..utk lokasi2 lain lisa leh tgk kat sini [KLIK]
owh ye ke.. selalunya camne nk tau yg fasa ke-2 nie dh boleh apply? mmg nk sgt apply. tpi x tau cara. bru tau hri nie. tu pon my mom kat jb bgtau. dorunk bgi tau dlm paper ke dh bole apply skung? lisa x paham sgt camne nk apply,nk tau dibuka fasa tu..
kena sentiasa mengikuti perkembangan semasa..diorg dh bgtau kat senarai projek tuh dan bila perlaksanaannya..slps nih di Bandar Tun Razak Cheras pulak pd suku ke-4 2011 (3 bulan terakhir 2011)..lisa tggu saja pengumumannya nnti..
..jk ada perkembangan terbaru juga akan di’update’ di blog ini..
erk.. 3 bulan terakhir 2011? it coming soon rite??? anything plz update…
thx u so much coz sudi jwb soalan sy ek.. really appreciate it.
Yup lisa..ur welcome..xnk terlepas update dri blog nih jgn lupa subcribe email..nnti apa2 update lisa akan dpt melalui email..
ok.. dh subscribe dh.
thx u so much ek..
saye nk mohon yg dekat ara damansara laa…mcm mane yer.
hi..klu berminat nk mohon mcm mane yer? blh pm me the link tk..
jom beli rumah..!
kat hulu selangor.. xder perancangan ke?
Buat masa ni kat Hulu Selangor lom ada perancangan tp kat sungai buloh ada..tu pun tahun 2017 nnti..yg lain yani leh refer senarai projek fasa pertama nih [KLIK]
selain putrajaya tempat lain ada ke? dan mcm na nk mohon?
[...] hingga RM300,000 seunit. Projek rumah mampu milik yang akan dibangunkannya itu nanti berbeza dengan projek perumahan mampu milik pemaju hartanah lain kerana berkonsepkan gaya hidup berkualiti yang akan menumpukan kepada meningkatkan kualiti hidup [...]
[...] Pasti ramai yang tercari-cari Cara Memohon PR1MA Online selepas pengumuman pembinaan 10,000 unit Perumahan Rakyat 1Malaysia di lokasi baru iaitu Pulau Pinang. Pemohon kini boleh mendaftar secara atas talian sahaja jika [...]
Cm ne ek nk mohon n isi borng…kat sblh penang cm ne nk tau kt dh leh mohon..
Cuba check caranya di entri Cara Mohon PR1MA (http://eiz1004.upprofits.com/cara-memohon-pr1ma-online/)..ikut jer step by step..