Salam hormat pembaca sekalian,
Dunia Internet kebelakangan ini semakin meriah, lebih-lebih lagi bila ramai yang dah menyedari akan kelebihan internet sebagai Lubuk Emas yang boleh digali. Bila semakin ramai yang dah menjana keuntungan dan berjaya buat duit dengan blog, perniagaan internet, laman lelongan Online dan sebagainya. Maka, semakin ramai juga yang ingin turut serta memeriahkannya. Namun, tanpa ilmu di dada, segalanya pasti tidak akan menjadi.
Review Artikel kali ini adalah dari Blog RahsiaRajaLelong.com milik saudara Eruwan Gerry. Beliau adalah antara orang yang pakar dan berpengalaman dalam selok belok Lelongan Online dan merupakan di antara sebilangan kecil “Education Specialist trained by eBay” di Malaysia. Kalau anda seorang yang suka membeli-belah secara Online, pasti anda pernah dengar laman Lelong.com.my dan portal eBay kan?

Okay, dalam banyak-banyak artikel milik saudara Eruwan, saya lebih tertarik dengan artikel bertajuk ‘10 Tip untuk Mengelakkan Penipuan di eBay‘. Sebagai seorang Pakar Pembimbing Terlatih eBay, sememangnya beliau seorang yang berpengalaman dan berpengetahuan luas mengenai selok belok jual beli di eBay dan tahu bagaimana untuk mengenalpasti pihak-pihak yang ingin menipu anda sebagai pembeli di portal eBay. Diharap, tips-tips ini nanti dapat memberi panduan dan manfaat kepada kita semua.
Antara 10 Tips beliau untuk mengenalpasti ciri-ciri si penipu di eBay adalah :-
- Tawaran terlalu baik
- Tentukan tahap tertinggi
- Pastikan membida barangan wujud
- Jangan berurusniaga di luar eBay
- Maklumat Pembayaran Wang tepat
- Penjual yang mempunyai Feedback Rendah
- Pembida ‘hantu’
- Penjual yang menggunakan Perkhidmatan Escrow atau orang tengah
- Guna cara pembayaran berekod atau bercetak
- Berurusniaga hanya dengan Pembida Veteran dan mereka ber’feedback’ tinggi.
Huraian penuh berkenaan tips-tips di atas boleh didapati di artikel asal Blog RahsiaRajaLelong.com . Tips-tips yang diberikan sememangnya perlu diketahui oleh sesiapa jua yang mahu berurusan di portal eBay untuk dijadikan panduan agar tidak tertipu dengan si penipu yang berlegar-legar mencari mangsanya. Usahlah terpengaruh dengan kata-kata manis dan tawaran yang tidak masuk akal kerana pasti ada muslihat disebaliknya. Seperti ingatan saya di awal bicara tadi, penuhkanlah ilmu di dada kerana tanpa ilmu, segalanya pasti tidak akan menjadi.
Keseluruhan artikel dan huraiannya adalah baik, namun masih ada penambahbaikan yang boleh dilakukan bagi menjadikan artikel tersebut lebih mantap. Misalnya dengan menambah bukti screenshot (sekiranya ada) bagi menyokong dakwaan. Biarkan gambar yang berbicara dan menjadi bukti penipuan-penipuan yang dilakukan si penipu ini. Selain itu, boleh juga dikongsikan pengalaman-pengalaman dari pengguna eBay lain yang turut menjadi mangsa penipuan agar menjadi panduan dan pengajaran kepada pengguna eBay lainnya.
Sekian, Selamat Maju Jaya!
Artikel Asal : 10 Tip Mengelakkan Penipuan di eBay
p/s – Jika nak berjaya, belajarlah dengan orang yang telah berjaya..











ooo bagus tips nih eiz rajinnya sekarang update entri
puanbee recently posted..Ikan Terubuk Masin Sarawak Mali ..
Tips org..sy review jer..hehe..
Kena ler rajin2 kan diri update entri..nnti xder plak org nk jenguk blog nih..hehe..selain tu, nk sajikan entri fresh kpd readers..
mcm2 taktik..sebab tak ada screenshot tu, ianya berlaku hasil pengalaman..jadi mana sempat nak screenshot semuanya kan..:D
aku sendiri menjual dan juga membeli di Ebay..memang banyak cabaran dan halangan..dah dapat momentumnya..USD10K sebulan tu rasanya takde masalah..
cuma aku masih bertatih lagi..jadi le 400-500 sebulan ye tak?

reezluv recently posted..Buat Duit Dengan Blog Flipping
USD ker bro? Kira dasat la tuh bro, tu bkn bertatih dh tuh, dh berjalan..hehe..aku je yg masih bertatih nk wat income dri internet nih..huhu
itu bukan aku..hahaha..ada mmber ebayer lain..:D
reezluv recently posted..Buat Duit Dengan Blog Flipping
Hahaha..citer mcm bro nyer income jer..baru nk teruja dgr..hehe
kalau aku tu,best le..aku dulu takat dapat dalam RM400-RM500 je sebulan..sebab buat part time je..ada buat part time je sampai Rm4K-RM5K sebulan..camne die buat tah le
reezluv recently posted..Buat Duit Dengan Blog Flipping
Bab pemasaran dan promosi ler yg ramai org kalah termasuk ler aku..masih belajar2 lg teknik promosi..ada produk baik pun kalu xtahu nk promote, xguna gak kan..huhu