[Review Blog] Miss Dalila Blog..

Salam pembaca Blog UpProfits,

Review Blog ini adalah atas permintaan pemilik blog ini iaitu Miss Dalila.

Latar belakang penulis blog :

Beliau menggelarkan diri beliau sebagai Dalila. Berbintang Gemini. Kata beliau,  ‘A journey a thousand miles begin with the first step” ..Suatu perkara yang dirancangkan perlu dijalankan, Suatu perubahan yang hendak dibuat mesti ade permulaan, Sebuah cita-cita bukan sekadar angan-angan sahaja.

 

Mengenai Blog Miss Dalila :

Blog ini mula dibuat pada 31/7/2010. Dah hampir setahun juga. Follower beliau setakat ini (14/4/11) pun dah 124. Blog ini banyak mengandungi catatan beliau dan mungkin juga menjadi umpama diari beliau untuk menulis. Jika dilihat daripada entri, beliau tidak menumpukan kepada tajuk2 atau fokus tertentu. Mungkin beliau hanya menulis apa yang difikirkan beliau pada dan ketika itu.

Komen dan cadangan pembaikan Blog Miss Dalila :

Nak komen atau memberi cadangan, seperti biasa perlulah dianalisa dahulu. Lepas tu kalau beliau nak terima atau pun tidak, terpulanglah kepada beliau. Komen dan cadangan ini adalah ikhlas daripada aku sebagai pembaca kerana pada pendapat aku, masih banyak penambahbaikan yang boleh dilakukan oleh beliau untuk memantapkan lagi Blog ini.

Antaranya :-

  • Widget – Rasanya tak perlulah kot ada terlalu banyak widget kat Front Page. Hanya akan memberatkan blog jer. Lagi satu, masuk2 blog ni je pengunjung akan didendangkan lagu background dari Ghuci Music. Bagi yang suka dengar tu okay la, bagi yang tak suka? Tercari2 button nak stop kan muzik tu. Tak dapat cari, exit blog. Haa..sapa yang rugi? Cadangan aku, kalau nak letak juga background music tu, jangan AutoPlay. Widget2 lain yang tak perlu tu, keluarkan. Gambar2 ke apa, letak dalam pages khas atau Gallery.
  • Front Page – Selain widget, better dihadkan entri di ‘front page’. Bukan apa, terlalu panjang berjela yang hanya akan memberatkan lagi blog. Letak dalam satu atau dua pun dah cukup. Mungkin beliau boleh gunakan aplikasi ‘Read More‘ untuk memendekkan entri di ‘front page’. Letak juga ‘page button’ untuk nak memudahkan pengunjung selak page lain.
  • Tab Menu – Tiada. Mungkin kerana beliau tak gunakan Tag & Categories yang akan mengklasifikasikan entri-entri beliau. Tapi kalau ada adalah lebih baik. Bukan semua orang suka baca entri2 kita. Mereka mungkin hanya mencari apa yang mereka suka baca saja. Kalau apa yang dicari tiada atau sukar dicari, mereka akan berkunjung ke log lain pulak dan meninggalkan blog kita tanpa jejak.

Rasanya tu jelah kot penambahbaikan yang perlu diutamakan. Berkenaan SEO dan sebagainya, bolehlah Cik Dalila belajar2 untuk memantapkan lagi blog ini. Macam yang saya kata tadi, ‘Mana yang baik tu ikut, kalau tak nak ikut tu abaikan ajer’. Selamat Maju Jaya!

 

p/s – Kalau korang nak berkenalan dengan Miss Dalila ni, Jom terjah ramai2 blog dia —> [KLIK]

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • Kongsikan pendapat anda..