
Salam EidulFitri dari UpProfits.com!
Lagi beberapa hari akan berakhirnya Ramadhan dan menjelangnya Syawal. Memang sedih rasanya ingin meninggalkan Ramadhan, tapi dengan menjelangnya Syawal, kita akan meraikan kemenangan. Bukan sebab meraikan berakhirnya Ramadhan, tetapi meraikan kemenangan kita dalam melaksanakan tuntutan agama terutamanya puasa di mana kita bukan saja berjaya menahan makan & minum, malah menahan & mengawal nafsu kita. Diharap kita akan sama-sama memperoleh manfaat daripada-Nya.
Bagi golongan pekerja, ada yang sudah mula bercuti untuk mempersiapkan diri menyambut Syawal yang bakal menjelang. Ada yang masih membeli-belah di saat-saat akhir membeli baju raya, kueh raya dan sebagainya. Yang pasti, nak sambut raya mesti meriah..hehe! Bagi pemegang Kad Emas SVR, dah pasti ler shopping sakan kat Pasaraya Giant / Kamdar. Yelah, nak kumpul point katakan, manaler tahu jika point dah banyak, bolehlah ditukar menjadi duit raya. hehe!
Bagi yang merancang untuk pulang berhari raya di kampung, berhati-hatilah di jalanraya. Bak kata orang ‘Biar Lambat, Asalkan Selamat!’..’Ingatlah Orang Tersayang’. Jangankan kerana teruja nak balik kampung sambut raya sampaikan kena beraya di Hospital plak kan. Dalam perjalanan pulang ke kampung tuh, ahli SVR janganler lupa isi minyak kenderaan anda di Stesen2 Petronas, gunakanlah sepenuhnya Kelebihan kita sebagai Pemegang Kad Emas SVR. Bukan rugi pun kan, malah untung ada ler..hehe!
Kepada Ahli-ahli MyMode dan MYeCASh plak, jangan lupa tambah nilai MyP anda. Bukan apa, sepertimana yang kita sedia maklum..musim2 perayaan macam ni, dah pasti banyak kedai Top Up yang tutup. So, tak payah ler kita nak pening2 fikir camaner nak Top Up kalau prepaid kita habis nanti. Lagipun manaler tahu kalau ada kecemasan ke apa sepanjang perjalanan pulang ke kampung ataupun masa beraya nanti. Tak ker haru jadinya nanti. Kita dah ada kemudahan, gunakan jelah sebaik2nya. Silap2 sambil beraya, boleh ber’bisnes’ sekali. Bak kata orang, ‘Sambil Menyelam, Sambil Minum Air’! hehe!
Dikesempatan ini, saya ingin memohon ribuan ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki andai ada salah dan silap samada disedari atau pun tidak. Buanglah yang keruh & ambillah yang jernih..moga-moga kita akan mendapat keberkatan daripada-Nya.
Sekian.

![]()










