Apa? Kena bangun pagi-pagi? ke Sekolah?!!! Haa..kenapa? Dah berat nak bangun pagi setelah lama bercuti? Selamat Kembali ke Sekolah kepada adik-adik yang masih bersekolah. Ucapan nih ditujukan bukan saja kepada adik-adik yang bersekolah jer, tapi termasuklah cikgu-cikgunya sekali. Termasuklah juga mereka yang lain berkaitan persekolahan.
Sesi persekolahan 2012 bermula..
Walaupun beberapa negeri mengalami masalah memulakan sesi persekolahan akibat banjir. Namun ianya tidak menghalang sesi persekolahan dibuka bagi negeri-negeri yang tidak mengalami masalah tersebut. Malah, adik-adik yang baru bersekolah pasti bersemangat nak bertemu rakan-rakan baru, cikgu-cikgu dan memulakan sesi pembelajaran.
Kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan besar seperti UPSR, PMR dan SPM juga pasti perlu menyediakan diri sejak dari awal sebelum menghadapi peperiksaan yang bakal menentukan hala tuju masa depan mereka nanti. Semua dengan tujuan yang sama yakni ingin mengubah nasib diri dan keluarga ke arah yang lebih baik. Berkat azam dan semangat baru, tak mustahil apa yang diimpikan boleh menjadi kenyataan.

Hari Pertama sesi Persekolahan
Pengalaman Pertama Mula Bersekolah
Melihat keletah anak-anak kecil memulakan sesi persekolahan mereka, teringat pula pengalaman aku di awal persekolahan dulu. Teruja, seronok dan macam-macam lagi mewarnai sesi mula sekolah. Tapi ada jugak yang menangis. Tak tahu la sebab takut ke apa, maybe sebab tak pernah berenggang dengan ibu bapa. Tu yang manja lain macam je tu.
Aku? Teruja jumpa kawan-kawan baru sampai terlupa sekejap mak aku yang tunggu di luar kelas sebab takut aku menangis..hehe. Tu antara pengalaman waktu mula-mula bersekolah ler.
Seronoknya Alam Persekolahan
Memang seronok semasa di alam persekolahan. Kalau masa boleh dikembalikan, mahu saja kembali ke alam persekolahan. Setuju? Yelah, masa sekolah dulu mak bapak suruh belajar pandai-pandai untuk masa depan tak berapa nak dengar. Bila dah habis sekolah baru menyesal tak belajar sungguh-sungguh bila tak dapat kerja best. Nak salahkan sapa? Salahkan diri sendiri jelah..
Zaman persekolahan dulu memang best. Aktiviti-aktiviti sekolah, aktiviti bersama rakan sebaya, group study dan sebagainya mengimbau kembali kenangan silam.
Sekarang ramai rakan-rakan sekolah aku dulu termasuk aku dah pun selamat jadi ibu bapa dan penjaga. Yang masih belum berkeluarga tu tak pastilah pula aku kenapa. Maybe sebab belum bertemu jodoh kot or belum puas bujang? hehe
Tanggungjawab sebagai ibu bapa dan penjaga pasti memberikan suasana berbeza. Walaupun anak aku si Danish tuh belum bersekolah lagi, dah pun terasa susah payah ibu bapa kita semasa membesarkan kita dulu. Apa lagi bila anak-anak dah mula bersekolah. Makin bertambahlah komitmen. Namun, setiap usaha kita sebagai ibu bapa pasti berbaloi jika hasilnya nanti membanggakan. Cuma harapan sebagai ibu bapa agar anak-anak tak lupakan jasa kita sebagai ibu bapa dan penjaga kelak. (Maybe perasaan itu juga yang dirasakan ibu bapa kita terhadap kita kan?)
Re-Union Bekas Pelajar

Siapa ada simpan lagi lencana Sekolah?
Pasti seronok kan jika berpeluang bertemu kembali rakan-rakan sekolah dulu. Tahun lepas sekolah aku baik sekolah rendah, sekolah menengah dan sekolah teknik ada buat sesi Re-Union untuk bekas pelajar. Tapi satu pun aku tak dapat join atas sebab-sebab tertentu. Harap-harap tahun 2012 nih nanti akan adalah sesi Re-Union sedemikian. Pasti akan diusahakan untuk turut serta..insya-Allah. Setelah lama tak jumpa sehingga ada yang dah berbelas-belas tahun, pasti banyak yang nak diceritakan. Betul tak?
Aku sentiasa je cuba menjejak kembali rakan-rakan sekolah dulu. Nasib baik ler ada laman sosial seperti Facebook yang banyak membantu menemukan kembali dengan rakan-rakan sekolah dulu. Rupanya ramai yang bertapa dalam FB nih tanpa disedari. Walaupun tak dapat berjumpa, at least tahu juga sikit-sikit perkembangan semasa mereka.

Mana pergi rakan-rakan sekolah aku nih dulu yer..

Darjah berapa nih ek? tak ingat pulak..hehe
Group Bekas-bekas Pelajar SKP TLDM dan SMP TLDM! Join sini..
p/s – Tiba-tiba pulak teringat kenangan alam persekolahan..sentimental btol..hehe.. Selamat Kembali ke Sekolah adik-adik!











Apa khabar yer kwn2 sekolah aku dulu? Cc: Safarin X Abgteror, Shuichi Hikarimoji, Mohamad Azlan, Mazuin Hamzah, Ruzila Mushahar, Shah R'shad, Irman Sani Mohd Sani, Misyar Gaban, Irmanaim Mat Isa, Azrizal Latiff, dll.
mana kou nak nangis bila dah bleh main macam2 lam kelas tuh kan….
Hahaha..siap suh mak aku balik umah lg sbb sian dia tggu kat luar..tp pelik gak, apsal mak ko gi sekolah xbalik2 yer..hehe
Fauzie Jasmani UpProfits mak aku sayang lebih kat aku….tu yang tunggu sampai ptg
Safarin X Abgteror ..hahaha..sayang lbh ek..ngan org xkenal leh la hang sembang..hehe..dh mak hang cikgu, sure la dok skolah smp ptg..hahaha
Baik2 je…
Alhamdulillah..
selalunya nama dalam facebook nama samaran. susah jugaj nak trace balik semuanya
wandisini recently posted..Selamat Tahun Baru 2012
Btol tuh..mcm aku, aku trace dulu mana yg guna nama btol..pastuh link member atas member la..kalu ada group geng2 sekolah, lg cpt jumpa..tu pun kalu diorg jenis yg bersosial dlm FB ler..yg anti-sosial susah sket nk jejak..hehe
sekolah-sekolah sekolah……..???? Nak g sekolah antar anak esok hehehehe
hafizal Mohamad recently posted..Jejaka terhangat Malaysia Tahun 2011
Anak bini ko yg no brp? bkn anak ko kecik lg ke bro? hahaha
sekolah seronok .. adoiii rinduuu
puanbee recently posted..Jom Ke My Agro Hypermart Ada Lucky Draw iPhone 4s , TV LCD 40″ Dan iPad 2 Wow!
Rindu nk gi sekolah ek? Sok htr anak PB gi masuk sekolah..hehe
ye lah 3 trip hohoh .. td dah hantar ni balik tunggu no 2 lak , sat g ambik hantar ambik .. tk sama dengan kita bersekolah ..
puanbee recently posted..Jom Ke My Agro Hypermart Ada Lucky Draw iPhone 4s , TV LCD 40″ Dan iPad 2 Wow!
Kalau PB rasa teringin sgt..masuk jer ke kelas sekali..hahaha..3 trip tuh..terbaekkk!
seronok tengok pelajar berlari-larian disekolah. hehe..
ohcikgu recently posted..Safee Sali tak berkenan kontrak 3 tahun.
Kdg2 seronok..kdg2 pening jugak yer cikgu dgn keletah pelajar..hehe
rindu plak masa gi sekolah dulu. siap kena lempang lagi..
titan recently posted..Pipi kacak kena lempang..
Apasal smp kena lempang plak tuh bro? sbb xmo gi sekolah ker> hehe