up profits

Advertisement

  • new JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
  • new Buat Duit Online dengan Klik-klik. Daftar Percuma sekarang!
  • new Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet
  • Senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia sehingga kini | Daulat Tuanku!

    Senarai-Yang-Di-Pertuan-AgongSalam hormat,

    Sepertimana semua Rakyat 1Malaysia sedia maklum, Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu’azam Shah pada hari ini (13 Disember 2011) telah pun selesai melafaz sumpah memegang jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 dalam upacara penuh adat istiadat di Istana Negarai. Ini merupakan kali kedua baginda dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong.

    Sistem penggiliran Yang di-Pertuan Agong dalam kalangan sembilan Raja Melayu dimulakan sejak negara Merdeka pada 31 Ogos, 1957. Tapi tahukah anda nama-nama Yang di-Pertuan Agong dari dulu hingga kini?

    Senarai Yang di-Pertuan Agong Malaysia

    1. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

    Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad

    Mangkat: 1 April 1960 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong pertama)

    Ditabal: 2 Sept 1957

    Tempoh Jawatan: 3 Ogos 1957 – 1 April, 1960

    2. SULTAN SELANGOR

    Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala’iddin Sulaiman Shah

    Mangkat: 1 Sept 1960

    Ditabal: 1 Sept 1960 (mangkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong kedua)

    Tempoh Jawatan: Menjalankan tugas Yang di-Pertuan Agong sejak 4 April 1960 berikutan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman)

    3. RAJA PERLIS

    Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail

    Mangkat: 16 April 2000

    Ditabal: 4 Jan 1961

    Tempoh Jawatan: 21 Sept 1960 – 20 Sept 1965 (Raja paling muda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong iaitu pada usia 40 tahun)

    4. SULTAN TERENGGANU

    Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin

    Mangkat: 20 Sept 1979

    Ditabal: 21 Sept 1965

    Tempoh Jawatan: 21 Sept 1965 – 20 Sept 1970

    5. SULTAN KEDAH

    Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah

    Ditabal: 20 Feb 1971

    Tempoh Jawatan: 21 Jan 1970 – 20 Sept 1975

    6. SULTAN KELANTAN

    Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim

    Mangkat: 29 Mac 1979

    Ditabal: 28 Feb 1976

    Tempoh Jawatan: 21 Sept 1975 – 29 Mac, 1979

    7. SULTAN PAHANG

    Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah

    Ditabal: 10 Julai 1980

    Tempoh Jawatan: 26 April 1979 – 25 April 1984

    8. SULTAN JOHOR

    Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail

    Mangkat : 23 Jan 2010

    Ditabal: 15 Nov 1984

    Tempoh Jawatan: 15 April 1984 – 25 April 1989

    9. SULTAN PERAK

    Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah

    Ditabal: 18 Sept, 1989

    Tempoh Jawatan: 26 April 1989 – 25 April 1994

    10. YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN

    Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman

    Mangkat : 27 Dis 2008

    Ditabal: 22 Sept, 1994

    Tempoh Jawatan: 16 April, 1994 – 25 April, 1999

    11. SULTAN SELANGOR

    Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah

    Mangkat: 21 Nov 2001 (mangkat semasa memerintah sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-11)

    Ditabal: 23 Sept 1999

    Tempoh Jawatan: 26 April 1999 – 21 Nov 2001

    12. RAJA PERLIS

    Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail

    Ditabal: 25 April 2002

    Tempoh Jawatan: 13 Dis 2001 – 13 Dis 2006

    13. SULTAN TERENGGANU

    Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

    Ditabal: 26 April 2007

    Tempoh Jawatan: 13 Dis 2006 – 12 Dis 2011

    14. SULTAN KEDAH

    Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah (Dilantik untuk kedua kali)

    Diharap dengan adanya perkongsian ini kita sama-sama dapat menambahkan pengetahuan kita mengenai sejarah negara kita Malaysia. At least kalau ditanya siapa Yang Di-Pertuan Agong Malaysia sekarang ini, tak der la tergagap-gagap nak jawab. So, Berbanggalah menjadi anak Malaysia.

     

    p/s – Daulat Tuanku! ;-)

     

    Advertisement

    Comments
    • AMIRJAN BIN RAZID 20 March 2013 at 9:39 PM

      Ampun Tuan ku sembah patik harap diampun,tuanku siapakah raja malaysia 2013

    • Apa kata anda..