Serah borang SBPA sebelum 15 Januari 2012 - tarikh serah borang SBPA – serah borang SBPA dilanjutkan – SBPA lanjut 15 Jan – SBPA 15 Jan 2012 – tarikh serah borang SBPA dilanjutkan – tarikh akhir serah Borang SBPA
Salam hormat,
Selepas rundingan antara CEUPACS dan JPA berkenaan SBPA. Akhirnya, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bersetuju supaya tarikh akhir menyerahkan borang opsyen skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dilanjutkan kepada 15 Januari ini bagi memberi lebih masa kepada kakitangan yang berkaitan.
Perkara itu adalah antara persetujuan bersama antara JPA dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dalam perbincangan kedua-dua pihak berkaitan pelaksanaan SBPA. Satu taklimat khusus berkaitan SBPA dan penyelarasan gaji akan diadakan kepada wakil CUEPACS dan semua jabatan pada minggu depan.
Sebelum ini, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan lama. CUEPACS dan JPA juga secara dasarnya bersetuju dengan pelaksanaan SBPA dan akan bersama-sama menyelesaikan lima isu dibangkitkan sebelum ini termasuk dasar pemisah atau ‘exit policy’.
Dasar Pemisah atau ‘Exit Policy’
JPA juga meminta penjawat awam yang sudah menandatangani surat tawaran opsyen SBPA supaya tidak bimbang kerana seorang wakil CUEPACS akan dilantik selaku pemerhati dalam pelaksanaan dasar pemisah atau pelaksanaan tindakan tatatertib.
Ketua jabatan dan agensi tidak berkuasa memecat kakitangan bawahan sesuka hati dan hanya JPA boleh berbuat demikian. JPA juga bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan ‘exit policy’ daripada enam bulan kepada setahun bagi membolehkan penjawat awam meningkatkan prestasi kerja dan tahap produktiviti mereka.
Sekiranya produktiviti mereka tidak bagus, barulah JPA akan menasihatkan penjawat awam berkenaan supaya berhenti cara ‘baik’ sebelum tindakan ‘exit policy’ diambil, sekali gus memudahkan mereka mencari rezeki di tempat lain dan boleh menikmati kemudahan pencen seperti pesara kerajaan lain.
Diharap dengan penjelasan ini dapat menghuraikan sedikit sebanyak kekusutan berkenaan isu bantahan SBPA sebelum ini. Penjawat awam juga berpeluang mengambil sedikit masa untuk meneliti samada memilih skim SBPA atau terus dengan skim perkhidmatan yang lama.
p/s – Selamat memilih..tapi jangan sampai lupa pulak tarikh akhir serahan Borang Opsyen SBPA pada 15 Jan 2012 ni..










