Sirih Pulang ke Gagang

Sirih Pulang ke Gagang

HSI

Ini bangunan tempat aku bekerja, bukan taman tema yer.. ;-)

Bagaikan Sirih Pulang ke gagang. Maybe maksud perumpaan itu sesuai dengan keadaan kerjaya aku ketika ini. Sepertimana yang telah aku ceritakan dalam entri Tahun Baru 2012, aku telah kembali ke cawangan asal aku bekerja. Ya, setelah bertukar 3 cawangan dalam masa setahun akhirnya kembali ke tempat asal, dekat dengan rumah..Alhamdulillah.

Namun, kembalinya aku ke cawangan asal menuntut aku memberikan lebih komitmen terhadap kerja sebab ada tugas khas menanti. Disebabkan itulah komitmen terhadap blog ini juga sedikit terjejas kerana terpaksa memberikan tumpuan yang lebih terhadap kerjaya. Tak per, mungkin hanya untuk permulaan sehingga aku dapat menyusun kembali masa untuk kembali aktif berblogging. Tapi apa yang pasti, maybe tidaklah dapat sekerap dulu.

Kerap atau tidak sebenarnya tidak menjadi masalah sebab blog ini digunakan untuk perkongsian informasi dan tempat aku meluahkan pendapat terhadap isu-isu semasa untuk diperbincangkan. Ada masa terluang, pembaca boleh membaca dan berkongsi pendapat bersama aku di blog UpProfits nih atau sekadar bersantai di sini. Takder masa menulis, aku pula menjadi readers di blog-blog lain walaupun hanya silent readers. Apa yang penting, perbincangan ilmiah dan positif dapat diteruskan dan dikongsikan.

Walaupun telah kembali ke cawangan kerja asal, suasana tidaklah sama seperti setahun yang lalu. Namun berkat pengalaman kerja yang ditimba di 3 cawangan berlainan, maybe dapat dipraktikkan dan digunakan di sini. Bagi aku, kerja di mana pun sama jer. Tapi kalau dapat kerja dekat dengan rumah dan keluarga, siapa yang tidak suka bukan. Apa yang penting, dapat masa yang lebih bersama keluarga tercinta especially anakku Danish yang sedang membesar.

Terima kasih readers dan rakan-rakan bloggers yang terus memberi sokongan untuk aku terus berada dalam arena blogging. ;-)

.

p/s – Jika dulu orang guna perumpaan sirih, perumpaan baru ‘Telefon Pulang ke Gagang’. Maksudnya sama jer, pulang ke tempat asal. Tapi perumpaan yang nih lebih ditujukan kepada rakan-rakan sekerja aku nih..dah guna telefon, letak balik elok-elok, orang lain nak guna. Nak bergayut, guna telefon sendiri. Sekian. ;-)

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • ,

    Kongsikan pendapat anda..