Top Blog Melayu edisi September 2011 | Top 500 Alexa Malaysia

Top Blogger MalaysiaSalam hormat,

Nampaknya semakin hari semakin ramai blogger yang mengeluarkan Senarai Top Blogger kebelakangan ini.  Ada senarai Top Blog, ada senarai Top 10, senarai Top Blog Melayu dan bermacam-macam lagi. Mungkin disebabkan sambutan hangat yang diterima atau mungkin untuk dijadikan inspirasi dalam berblogging. Blog UpProfits seperti biasa tetap akan mengeluarkan senarai Blog-blog Melayu yang menduduki carta Top 500 Alexa Malaysia untuk edisi September seperti biasa sejak bermula May lalu.

Sejak senarai Top 500 Alexa Malaysia ini dikeluarkan. Semakin ramai yang berlumba-lumba untuk memasuki carta. Pelbagai cara digunakan semata-mata untuk memasuki carta Top 500 Alexa di Malaysia. Namun, persaingan untuk menempatkan diri di dalam carta biarlah berasaskan persaingan yang sihat. Agak mengecewakan bila mana ada yang menggunakan cara yang tidak jujur sehingga mengundang rasa tidak puas hati blogger-blogger lain. Entah apa tujuannya juga tidaklah pula diketahui. Namun cara yang tidak jujur sebegini tidak akan dihormati blogger-blogger lain biarpun anda berada dalam carta Top 500.

Trafik dan Alexa

Kedua-duanya sememangnya saling berkaitan. Malah ada juga yang mengatakan Trafik = $$$. Namun, untuk mendapatkan kedudukan Alexa yang baik, trafik organik yang diperoleh perlulah tinggi dan yang pentingnya stabil. Mungkin disebabkan terlalu mengejar trafik inilah yang menjadikan sesetengah blogger mengabaikan kualiti dalam berblogging. Blogger ‘copy paste’ muncul bagai cendawan tumbuh, salahguna penggunaan iFrame, buruk memburukkan blogger lain, salahguna kepandaian meng’hacked’ laman lain, dan bermacam-macam cara negatif semata-mata mengejar trafik.

Fikirkanlah kembali tujuan kita berblogging, adakah sebab nak jana pendapatan? sebab nak glamer dan femes ala retis? sebab nak berkongsi informasi, pendapat atau sebagainya. Yang pasti, kita tentu ada sebab musabab yang tersendiri. Jujurlah dalam berblogging kerana anda akan lebih dihormati. Peace! ;-)

Senarai Top Blog Melayu edisi September 2011 | Top 500 Alexa Malaysia

  1. beautifulnara.com (alexa : 63/11504, PR3)
  2. blogserius.blogspot.com (alexa : 85/17995, PR2)
  3. denaihati.com (alexa : 111/21263, PR4)
  4. ohbulan.com (alexa : 112/22533, PR3)
  5. amanz.my (alexa : 131/28630, PR4)
  6. itsmesaiful.blogspot.com (alexa : 164/35239, PR2)**
  7. informasi.my (alexa : 181/69279, PR0)**
  8. ohartis.com (alexa : 189/52362, PR3)
  9. milosuam.blogspot.com (alexa : 211/39617, PR3)
  10. benashaari.com (alexa : 228/42237, PR3)
  11. papagomo.com (alexa : 248/43115, PR3)
  12. mummynemo.com (alexa : 260/51952, PR2)
  13. tukartiub.blogspot.com (alexa : 267/44981, PR4)
  14. uptomu.net (alexa : 270/79522, PR0)**
  15. 2dayblogger.com (alexa : 294/34461, PR2)
  16. ohtidak.com (alexa : 296/64146, PR4)
  17. borakkosong.com (alexa : 320/63072, PR2)
  18. puanbee.com (alexa : 335/47731, PR2)
  19. akustressgiler.blogspot.com (alexa : 342/72473, PR1)
  20. amenoworld.blogspot.com (alexa : 372/66732, PR3)
  21. enciknakal.com (alexa : 388/69886, PR2)
  22. cikepal06.blogspot.com (alexa : 394/53352, PR4)
  23. mediamalaya.com (alexa : 407/73912, PR3)
  24. ariffshah.com (alexa : 415/58228, PR3)
  25. prince91.com (alexa : 419/87299, PR2)
  26. ayeemayam.com (alexa : 425/93704, PR3)
  27. melvister.com (alexa : 427/67699, PR2)
  28. rotikaya.com (alexa : 428/106540, PR2)**
  29. abgteror.com (alexa : 442/69188, PR2)
  30. trioseposen.com (alexa : 449/107493, PR2)
  31. kujie2.com (alexa : 466/51633, PR3)
  32. ammboi.com (alexa : 478/65276, PR2)
  33. aku-freaky-falcon.blogspot.com (alexa : 485/91306, PR3)
*Petunjuk :
(alexa : MY/Global, PageRank) .. Ranking Alexa adalah sehingga 26 September 2011 @ 1pm
—> Ranking Tidak berubah
—> Ranking Naik
—> Ranking Turun
—> Baru Masuk Senarai

Penurunan yang ketara berbanding edisi Ogos. Jika edisi Ogos terdapat 56 Blog tersenarai, untuk edisi September ini hanya 33 Blog Melayu yang tersenarai. Maknanya terdapat 25 blog telah terkeluar senarai. Apapun, Tahniah kepada yang tersenarai.

Jika kita rasa kita dah buat yang terbaik tetapi masih tidak disenaraikan dalam Top 500 Alexa Malaysia tu, maknanya mereka yang tersenarai tu dah buat jauh lebih baik dari apa yang telah kita buat. Jujurlah dalam berblogging, dan tak perlu menipu dan guna cara kotor pulak semata-mata nak tersenarai dalam Carta Top 500 Alexa. Happy Blogging! ;-)

 

p/s – Blog UpProfits mana ek? (alexa : 1047/117808, PR2) ..hehe..tetap Happy Berblogging! ;-)

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , , , , ,

    Kongsikan pendapat anda..