Ujian Memandu 2012 guna Kereta Automatik?

Ujian Memandu 2012 guna Kereta Auto?
Salam hormat,
Tak tahu nak cakap berita baik atau buruk. Jika selama ini ujian memandu menggunakan kereta transmisi manual, bermula Mei 2012 nanti ujian memandu untuk mendapatkan Lesen Percubaan akan menggunakan kereta transmisi automatik pula.
Cadangan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu itu dijangka dilaksanakan di seluruh negara pada Mei setelah pengubahsuaian terhadap Kurikulum Baru Pendidikan Pemandu siap.
Kurikulum ini perlu diubah kerana perbezaan silibus ujian memandu sebelum ini yang mengandungi sistem ujian memandu menggunakan kereta manual berbanding penggunaan kereta automatik nanti. Pengubahsuaian itu juga akan memberi penekanan kepada usaha melahirkan pemandu yang berhemah dan berdisiplin.
Walaupun dengan pengenalan penggunaan kenderaan transmisi automatik ini, pelajar masih berpeluang untuk memilih sama ada mahukan kenderaan manual atau automatik untuk belajar.
Apabila cadangan itu dilaksanakan nanti, dijangka akan lebih ramai rakyat negara ini memiliki lesen memandu yang sah (bukan lesen terbang) terutama golongan yang telah berumur dan wanita.
Jika sebelum ini kurikulum Ujian Memandu lebih kepada kemahiran dan pengetahuan tentang undang-undang di jalan raya sebab itu ada ujian undang-undang dan ujian berkaitan kemahiran, tapi sekarang akan ditambah satu elemen lagi iaitu bagaimana untuk jadi pemandu lebih bertimbang rasa dan berhemah.
Usaha melahirkan pemandu yang berdisiplin, berhemah dan bertimbang rasa dapat membantu mengurangkan kadar kemalangan maut kerana 60 hingga 70 peratus kemalangan itu disebabkan faktor manusia.

Awas! Ujian Memandu sedang dijalankan..
Namun, secara peribadi, adalah lebih digalakkan untuk belajar menggunakan transmisi manual berbanding automatik. Bukan apa, memandu kereta transmisi auto, tak perlu ke kelas pun boleh belajar dan lulus cemerlang.
p/s – Bercerita bab punca kemalangan jalanraya, memang sebahagian besarnya sebab sikap. Tak kira guna kereta manual atau pun auto, sikap kita boleh jadi berbeza bila pegang stereng. Tu sebab ada pepatah,’Orang kita memang sopan santun, tapi tidak di jalan raya’.







setujuuu! hehehhe…
nnti ramai la yg nk senang lulus,amik lesen kete auto,tapi drive kete manual.. mana ada peruntukan undang2 untuk saman pemegang lesen kete auto yg memandu kete manual..asal ada lesen je bleh la bwk kete
Lbh baik drp xder lesen langsung..kalu kena saman pun berganda..
Dajjal sungguh. Kalau aku tau, aku tangguh je dulu. Lambat sangat diwartakan.
weh bukan keta manual ka?
hahaha , fan aku untung lahhh
tp dpt lsen klas A..lsen org ccat
Ezzy Wan Mana ada, dah boleh bawak manual jugak la. Lesen Auto untuk org cacat tu cerita tahun-tahun lepas. Perabih baca artikel tu.
Faten Afifah Untunglah aku tak tumbuk muka kau.
hg ngeri apa Mohd Ngerfan Bin Lennon..klau hg mai cini klau auto kna ambk lesen A
Ezzy Wan Yang tu cerita dulu-dulu la bro. Aduhai. Tunggu ja bulan 6 nanti. Sekarang dia belum buat lagi. Alahaiii, cuba baca dan paham betul betul.
orait2 hg ni Mohd Ngerfan Bin Lennon klah ckgu lesen eh..lesen amek dh?
Ezzy Wan Hahaha. Tengah duk amik la ni. Minggu dpn InsyaAllah habih
sama la kita Mohd Ngerfan Bin Lennon..awai2 keja mmpoih..hahaha..la ni dak dah