up profits

Advertisement

  • new JomNiaga - RM2 PPL Setiap Pendaftaran Baru
  • new Buat Duit Online dengan Klik-klik. Daftar Percuma sekarang!
  • new Jana RM1,000 Sebulan Dari Rumah Melalui Internet
  • Ultrabook Toshiba Portege Z830 segalanya Ultra

    Ultrabook Toshiba Portege Z830 segalanya Ultra

    ultrabook toshiba portege z830

    Ultrabook adalah suatu definisi baru kategori komputer yang diberikan untuk mengisi jurang antara Komputer Riba dan Tablet. Kehadiran pelbagai jenis tablet yang ringan berbanding Komputer Riba menjadi antara sebab Ultrabook ini diwujudkan. Ultrabook sememangnya berada dalam kelasnya yang tersendiri dengan menawarkan ciri-ciri mantapnya yang ultra nipis (biasanya kurang 20mm atau 0.8″), Ultra ringan dan berkuasa. Pendek kata, segalanya Ultra. Review Gadjet kali ini akan memfokuskan kepada Ultrabook keluaran Toshiba iaitu Ultrabook Toshiba Portege Z830.

    Melihat ciri-cirinya yang nipis dan ringan, sekali pandang semua orang pasti akan terpesona dan tergoda biarpun baru kali pertama melihatnya. Apatah lagi setelah mengetahui apa yang boleh ditawarkan oleh Ultrabook keluaran Toshiba ini. Tak mustahil setelah anda mengetahui kelebihan Portege Z830 ini, ianya akan menjadi Gadjet Impian. Alangkah bagusnya andai impian untuk memilikinya boleh menjadi kenyataan.

    Ultra Ringan

    Dengan berat hanya 1.12 kg, Ultrabook Toshiba Portege Z830 ini jauh lebih ringan berbanding Komputer Riba biasa. Dengan ciri-cirinya yang ultra ringan ini, masukkan saja ke dalam beg sandang anda jika mahu ke mana-mana pasti tidak membebankan.

    Ultra Nipis

    Dengan ketebalan yang hanya 15.9mm atau 0.63″, Ultrabook Toshiba Portege Z830 ini di iktiraf  sebagai Ultrabook ternipis mendahului pesaing dalam kategorinya. Pasti tiada alasan untuk anda meninggalkannya walaupun untuk ke mana-mana. Ianya mudah dibawa.

    Ultra Pantas dan Berkuasa

    Ultrabook Toshiba Protege Z830 ini hadir dengan CPU Intel model Core i3, Core i5 dan Core i7, RAM sehingga 6GB, 128GB SSD (Solid State Drive) yang memberikan lebih kuasa dan kepantasan. Mereka yang gemarkan kepantasan dan gadjet berkuasa tinggi pasti akan menggemarinya.

    Ultra Jimat

    Baterinya yang tahan lama sehingga 8 jam pasti memudahkan urusan anda seharian dan yang paling penting menjimatkan masa. Ini ditambah lagi dengan fungsi ‘Instant On’ dan High-Speed Start yang sudah pasti menjimatkan masa berharga anda.

    Ultra Lasak

    portege-z830-honeycomb-structureAntara keistimewaan Ultrabook keluaran Toshiba ini adalah ciri-ciri Kalis air, tahan bebanan (sehingga 100kg), dan diperbuat dari Magnesium Alloy Casework yang telah terbukti kukuh dan telah pun teruji.

    Ultrabook Toshiba Portege Z830 di pasaran Malaysia terdapat dalam 2 versi pilihan iaitu  Intel Core i5 1.6GHZ dengan anggaran harga RM 3999. Manakala  Intel Core i7 1.8GHZ dengan anggaran harga RM 4999 sahaja. Jika dibandingkan harga dan kualiti yang ditawarkannya, anda pasti akan berpuas hati sebab segalanya Ultra!

    *************************

    Projek Review Ultrabook Toshiba anjuran Denaihati.com ditaja bersama oleh Toshiba & Intel MalaysiaEizil.comAnarm.neteQurban.com, Alansarproperties.comKedai Kak Siti, azri.my dan Jerungperkasa.com

    *************************

    Advertisement

    Comments