Salam hormat,
Bermula dengan suka-suka dengan meng’upload’ video nyanyiannya berjudul ‘Baby’ (penyanyi asal : Justin Bieber) ke laman Youtube, nama Najwa Latif mula meniti bibir peminat seni suara tanahair. Lagu Cinta Muka Buku ciptaannya yang dimuatnaik ke Youtube selepas itu melonjakkan lagi namanya sehingga mendapat hit yang tinggi di Youtube.
Tujuan asal beliau pada mulanya supaya beliau dapat memperbaiki cara nyanyian dan petikan gitar dalam lagu yang dimuatkan dalam Youtube itu, namun segala-galanya berubah sehingga beliau berpeluang menjadi artis rakaman bersama NAR Records.
Berbekalkan bakat bermain gitar dan mempunyai suara lemak merdu, pelajar berusia 16 tahun ini, kini semakin popular. Nama Najwa Latif atau nama sebenarnya Imratul Najwa Abdul Latif bukan sahaja menjadi sebutan di seluruh dunia, tetapi juga semakin mekar dalam persada seni suara tanah air. Biarpun tanpa sebarang album dia sudah dikenali ramai.
Jom layan klip video dan lirik lagu Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif..
..
Lirik Lagu ‘Cinta Muka Buku’ – Najwa Latif
Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan suruh aku terima kamu
Ooh hati ku rasa sesuatu
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oohh kenakah rasa itu
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita cari peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam-tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Ooh ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
Bagaimana harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata cinta
Otak kata jangan hati pula kata ya
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju
Ooh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku
p/s – We are Support to Najwa Latif and Cinta Muka Buku!











mmg sdap jugak suara si dia…
Famili Ceria recently posted..Apabila Butang "Mute" Ada Dalam Dunia Realiti
salam..best lagu ni…:)
anak kak liza yg darjah 5 tu suka lagu ni.
Liza @ Adzriel AB recently posted..Syair hijab menyentuh hati
Maknyer suka x? hehe