Zoo Johor | Cuti-cuti malaysia

Zoo Johor | Cuti-cuti malaysia

zoo johor - entranceSetiap kali cuti hujung minggu, mesti ramai yang berfikir ke mana destinasi menarik yang ingin dituju. Apatah lagi ketika cuti panjang persekolahan, pasti anda mahu ajak anak-anak anda jalan-jalan bercuti. Jika anda berada di Johor Bahru, Zoo Johor juga boleh menjadi antara destinasi menarik untuk dikunjungi sempena Cuti-cuti Malaysia anda tuh.

Sebenarnya, dah lama aku nak bawa anak kesayangan aku Danish berjalan-jalan. Tapi apa yang menarik yer di Johor Bahru selain Shopping Complex? Dan yang paling penting, destinasi Budget..hehe. Kali ni, aku pilih Zoo Johor yang terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Abu Bakar di tepian Pantai Lido.

Danish dan Mama tengok rusa

Kenapa Zoo Johor?

Sebenarnya anak aku si Danish nih dalam proses pembelajaran. Yelah, umur dah masuk 3 tahun lebih, banyak yang dia tak tahu dan perasaan ingin tahu tuh memang menebal dalam peringkat umur nih. Jadi rasanya lebih baik bawa ke tempat yang boleh membantu proses pembelajarannya. Lagipun, daripada hanya tengok gambar jer dalam buku dan tv secara visual, baik melihatnya dalam dunia realiti.

Mama! labuya (buaya).. - Danish

Sekurang-kurangnya kenal la juga dengan nama-nama haiwan nih. Bagus juga untuk pembelajaran anak-anak zaman sekarang nih sebelum tak dapat tengok lagi haiwan-haiwan tuh akibat beberapa spesis yang akan diancam kepupusan nanti. Tak der la sampai rusa jadi kuda, lembu pula jadi gajah plak nanti. ;-)

Banyak info menarik mengenai Zoo Johor yang ramai tidak mengetahuinya. Zoo ini adalah Zoo Tertua di Malaysia dan dipercayai adalah Zoo pertama di Asia. Ia dibina oleh Sultan Johor terdahulu; Sultan Sir Ibrahim pada 1928 sebelum berpindah tangan kepada Kerajaan negeri untuk menguruskannya pada 1960-an.

Terdapat lebih 100 spesis haiwan di Zoo Johor ini. Walaupun ianya tidaklah sebesar Zoo Negara, Zoo Melaka atau pun Zoo Taiping, namun ianya tetap boleh dijadikan antara destinasi percutian yang menarik di Johor Bahru terutamanya ketika Cuti Umum dan Cuti Sekolah.

Zoo Johor - Gajah area

Masa kitorang ke sana gajah ni takder sebab pergi training di Pahang..

Bagi mereka yang mahukan Destinasi Percutian Budget, Zoo Johor boleh menjadi pilihan. Bayaran masuk hanya RM3 (RM2 bayaran masuk, RM1 persembahan haiwan) untuk dewasa dan RM2 (RM1 bayaran masuk, RM1 persembahan haiwan) untuk kanak-kanak bawah 12 tahun. Dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang.

johor-bahru-zoo-map

Kalau tak tahu nak ke Zoo Johor, tengok Peta ni..

 

p/s – Orang Singapura pun ramai yang jadikan Zoo Johor nih destinasi percutian keluarga. Sedih juga bila ada segelintir orang Malaysia yang tidak menghargainya.

Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca..

  • Suka artikel ni? Klik Google+1, Tweet, Like dan kongsikan dengan rakan2 anda.
  • Baca juga artikel menarik lain yang berkaitan.--->
  • Tak mahu terlepas updates terbaru? Subcribe jer email.
  • Nak jadi kawan? Follow jer Facebook, Twitter & Google+ di bawah.
  • , ,

    Kongsikan pendapat anda..
    • Fauzie Jasmani UpProfits 17 December 2011 at 7:12 AM

      Jom jalan-jalan pergi Zoo.. Cc : Nurul Syahada, Jas Linda, Dira Salim, Nabilah Saniran, Fendi Mohd Effindi, Pidah Nuar, Erman Saniran.

    • Dira Salim 17 December 2011 at 7:16 AM

      wahhhh~ ermm dh lama bebenor x p zoo johor ni..kekecik dolu ada la p..huhuhu~.

      • Fauzie Jasmani UpProfits 17 December 2011 at 7:23 AM

        Hahaha..saja bawak Danish gi jln2 tgk labuya..

      • Dira Salim 17 December 2011 at 7:26 AM

        hahahahaha~ kelako la..mana la danish dpt ayat tu kn nk banding dgn buaya tu..tp abg G, nape gambo sket je..haplod la byk2 sket..heheheh~

      • Fauzie Jasmani UpProfits 17 December 2011 at 9:31 AM

        Dira Salim ..actly gi sblm lek perak aritu..la nih baru nk kuar citer dia..hehe

      • Dira Salim 17 December 2011 at 1:22 PM

        hehehehe~ biasa la tu lmbt hapdet..heheheh~ (:

      • Fauzie Jasmani UpProfits 18 December 2011 at 8:34 AM

        Dira Salim …xper lmbt sket hapdet tp citer mcm baru je smlm gi..hehehehe

      • Dira Salim 18 December 2011 at 8:34 AM

        betoi3~ hahahahah.. (:

      • Fauzie Jasmani UpProfits 18 December 2011 at 8:44 AM

        Dira Salim …tp tu lah..sang gajah xder plak arituh sbb gi training kat pahang..saja la tuh nk claim mileage..training kat johor nih pun leh aper.. ;-)

      • Dira Salim 18 December 2011 at 8:45 AM

        hahahaha~ owhhh gajah pon leh claim milage ea..kahkahkah~ mseh ada byk hewan lg ke kt zoo johor tu..??

      • Fauzie Jasmani UpProfits 18 December 2011 at 8:50 AM

        Dira Salim ..byk lg..skrg dh ada persembahan haiwan plak lg..meriah la jugak..

      • Dira Salim 18 December 2011 at 8:51 AM

        yaka..?? ermm nnti leh la try ajak ayah bwk raimi..hehhee~ (:

      • Fauzie Jasmani UpProfits 18 December 2011 at 8:59 AM

        Dira Salim ..nk bawak ehem ehem pun leh..hahahaha

      • Dira Salim 18 December 2011 at 9:02 AM

        ehem2 tu sapa la pulak..?? hahhaah~ xdanya la haiii..

      • Fauzie Jasmani UpProfits 18 December 2011 at 9:10 AM

        Dgr2 ada org nk tunang..dpt menantu la pak alim..huhu

      • Dira Salim 18 December 2011 at 9:15 AM

        hahahah~ pndai la tu..ntah sapa la yg wt gosip gitu tu..sabo je la..heheheh~

      • Fauzie Jasmani UpProfits 18 December 2011 at 9:19 AM

        Angin la cakap..kalu xder angin, pokok xkan bergoyang..tanya sama pokok~…lalalalalala

      • Dira Salim 18 December 2011 at 3:27 PM

        hahahhah~ saja ja angin tu kn..memandai je dia yek.. (:

    • alieza dayasari 17 December 2011 at 4:09 PM

      agak menarik ya zoo di johor ni.
      hari tu blog walking… dah tgk zoo melaka… taiping…. kini johor plak…
      perkongsian yg menarik….

      • Fauzie Jasmani @ eiz1004 17 December 2011 at 5:58 PM

        Sekadar berkongsi jer alieza..mana tahu leh beri idea kat orang len yg nk dtg bercuti di Johor ni..x best la asik nk jenguk shopping complex jer kan..hehe

    • puanbee 18 December 2011 at 6:11 PM

      lama tk ke zoo , zoo johor murah lah di bandingkan dengan zoo taiping huhu~

      • Fauzie Jasmani @ eiz1004 18 December 2011 at 6:18 PM

        Mmg murah giler..tp zoo taiping lg besar dan lbh byk binatangnya..leh ler bawak anak2 berjalan..

    • Kenapa Samsung Galaxy Note jadi Idaman? 13 February 2012 at 7:25 PM

      [...] cerita bab kamera pula, memang menjadi kemestian tatkala berkunjung ke destinasi menarik. Memang suatu kerugian kalau terlepas shot atau event menarik gara-gara takder kamera nih. Tapi tak [...]

    • Post a comment

      CommentLuv badge